Monday 28 November 2011

Selidikilah, sebelum ia diambil ke muscle.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Hari ini, Fatimah masak Nasi Lemak Sambal Udang. Sedap tak terhingga. Terima kasih ^^.

Kepada rakan-rakan Universiti Iskandariah, sewaktu kita exam hari itu, telah keluar soalan berbunyi lebih kurang, "Arterial supply of pituitary gland CHIEFLY come from?" Okay, I know arterial supply ialah branch of Internal Carotid Artery, but, adakah soalan ini tricky and actually, Common Carotid Artery? Sebab, ICA ialah branch of CCA.


Biskut Loacker. Sudah berkurun berabad terletak di atas laci makanan ana. Hari itu, ana search, origin; Italy. Family company Alfons Loacker. Kawan senegara Encik Ferrero. Persoalannya yang besar dan penting di sini; adakah ia halal?

Setelah diselidik, Loacker di Malaysia ialah halal. Alhamdulillah ^^. Glad to hear that. Tetapi yang kat Mesir ini. I know this is a Muslim Country. Tetapi, arak kat sini jual bersepah je. Kedai runcit. Sebelahnya, kedai makan, kedai gambar, kedai arak, kedai buah, kedai daging, kedai ayam. Kedai ayam ini pun masalah. Orang kristian? Aduh. Kalau kita tanya, terkebil-kebil mata menjawab. Melarikan mata. Ye, ana tahu ada waiter cina dekat Chicken Rice Shop. Malaysia strict. Kita yakin itu halal, disembelih oleh orang Islam.

Bukan macam dekat Malaysia. Terletak di tempat lain, seal dekat Non-Halal.

Kita kena teliti, kilangnya di mana, supplynya ke mana. Ada brand yang, kalau ke negara Malaysia, dia akan hantar produknya yang bersih, tiada unsur alkohol mahupun khinzir. Tetapi dekat negara orang putih, dia letak alkohol sikit, beef tukar jadi pig.

Makanan halal bukan benda main-main. Yang boleh pakai beli je. Ana cukup hairan. Ana ada bertanya kawan Dirasah Islamiyyah ana, adakah halal biskut Loacker ini? Maka dia berkata, dekat Malaysia, ayahnya beli. Okay, Alhamdulillah, Malaysia tiada masalah. :) Tapi ini Mesir. Dia pun bertanya, PERLU ke kena selidik sampai ke kilang? Sampai pengeluar? Bahan-bahan? Haha. Of courselah PERLU. Dekat website, kan ada Contact Us.

Takkan nak makan secara semborono, walhal kita ada ability untuk cek halal ke tak. Kalau kita tanya, InsyaALLAH dia akan jawab. Ada juga yang jenis, tak mahu cek halal ke tak, sebab kalau tak halal, dah tak boleh makan. Sementara tak tahu, boleh terus makan. Kiranya disabitkan, tidak tahu. Kamu tidak berusaha untuk tahu, benda yang akan diabsorp di intestine, dan akan dihantar menggunakan blood, ke seluruh cell yang ada untuk bekerja, meresap ke muscle. sebati! Kalau ada protein daripada khinzir, sebati, digunakan untuk membina otot kamu. Kalau ada lemak daripada khinzir juga, jadi sebahagian daripada subcutaneous tissue. Nak kikis pun payah.

Daging tersebut dah sehati sejiwa dengan badan. Astaghfirullah. Berusahalah.

"Maka bertanyalah ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui" (An Nahl: 43)

YA ALLAH, peliharalah kami semua.

Wallahu A'lam.

1 comment:

  1. maybe boleh bagi kat saya sumber-sumber yang mengesahkan mengenai halal loacker niksuhaimi77@gmail.com
    Thanks.

    ReplyDelete