Tuesday, 22 November 2011

Baiklah, ana bersangka baik.




Assalamualaikum W.B.T.

Ana telah berjumpa ramai orang hebat. Yang cakap berdegar-degar. AJK sekian. YDP sekian. Zaman sekolah, pengawas. Ketua. Suka berpidato. Buah fikiran yang tinggi. Tidak kisahlah, lelaki ke perempuan. Kalau sebut je nama, ohh. Semua orang kenal. At least, pernah dengar nama. Baik di facebook mahupun alam realiti.

Bila berjumpa orangnya, I sense the charisma. Kekemasan pakaian. Keramahan. Bercakap tentang apa? Of course tentang Islam, perkara-perkara positif. Perkara hebat dan bukanlah remeh temeh yang sia-sia. Orang pun rajin ajak ke sana sini. Bagi ceramah dan macam-macam.

Ana tidaklah mahu menjadi seperti begitu. Eheh. Baguskah perangai ini? Ana tidak suka bercakap hebat di depan orang, namun begitu perangai sebaliknya. Malu beb. Malu! Kata orang, cakap lebat. Malu sungguh kalau dilabel cakap lebat. Ibarat AJK Akademik yang ponteng kelas. Namun, ana cuba untuk mengingati apa yang dinukilkan di blog supaya tulisan ana tidak menjadi fitnah untuk diri sendiri. Tolong ingatkan ana ^^

Ada orang pandai bercakap, ada orang pandai menulis. Semua ada bakat masing-masing. Kak Nusaibah kat luar memang diam. Haha. Thats me. Tidak berminat untuk berkata-kata. Namun, berminat untuk mendengar. Yup, true, there was a turning point.

But, itu bukan point ana sekarang.

You there, yang ana hormati, yang ana sanjungi, melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan! Kesalahan apakah saudaramu itu, sampai perlu diperlakukan sebegitu rupa? Sampai kes dibawa kepada pihak atasan, mahkamah mungkin. Sedangkan kamu orang hebat, saudaramu juga sama hebat. Sama taraf denganmu. Mana hikmahmu? Mana nasihatmu? Lidahmu itu mungkin membawa bencana kepada diri sendiri.

Baiklah, ana bersangka baik.

Wallahu A'lam.

Btw; Exam mode. YA ALLAH, cerahkanlah dan terangkanlah jiwa dan fikiran kami!

No comments:

Post a Comment