Thursday, 10 November 2011

Ini kisah pengakhiran yang manis. Part loro.





Assalamualaikum W.B.T.

Raya haji yang terlampau banyak aktiviti. :) Minta maaf silent reader. :(

Hari yang tragis dan penuh usaha itu sudah seminggu berlalu. Seminggu menghasilkan berbotol-botol, berbaldi-baldi, mungkin penuh telaga cetek itu dengan air mata. Eh, perlukah dikatakan hari tragis? Bukankah hari itu Wisal mencapai kemenangan? Mencapai ketenangan hati yang sudah lama mahu dicapai, Alhamdulillah.

Teringat mesej hari itu. Bait-bait nasyid dendangan Tashiru. Kumpulan nasyid Jepun? Eh, bukan. Indonesia. Indonesia yang ligat membuat filem-filem dan nasyid-nasyid islamik. Yang menjaga adabnya. Nasyid berjudul Maaf Tak Berpisah. Untuk pasangan bercinta yang sedang berusaha untuk berpisah, untuk melawan kemungkaran, menjauhkan diri dari cinta yang keliru, eloklah dengar nasyid ini. Dengarlah dan hayatilah liriknya. Confirm! Hehe.

Bukanlah mudah untuk Wisal melakukan usaha itu. Dia tidak suka dengan kawannya yang penuh memerli, penuh tidak berhikmah, mengata sepanjang masa. Dia tahu langkahnya salah, namun perlukah diperkatakan sebegitu. Amboi, dia memesej dan yang baik itu mengata. Entah-entah, kesalahan sama banyak sahaja. Kawannya yang penuh hikmah, dia hormati. Dia kagumi. Dia sayangi. Dia dengar pandangan mereka. Namun, entah, PERLU digertak juga dirinya itu.

Untuk memberhentikan terus dan melupakan, Wisal tidak mampu. Tiada sokongan di sisinya. Sungguh tidak mampu. Namun, dia sudah berani untuk menghadapi kawan-kawannya. Tegas, penuh ceria! Dia sudah memberhentikan dan dia rasa bersih dengan itu. Tidak merasa kotor, penuh dengan daki dosa seperti sebelumnya.

Dengan secubit iman yang tersisa, Wisal berusaha untuk membersihkan cara percakapannya dengan Fayyadh. Tiada kata-kata sayang. Tiada bahasa-bahasa tidak bertepatan. Tidak kerap. Mungkin sehari dua kali. Namun, hatinya amat sedih. Lelaki itu amat disayangi. Ish, degil sungguh. Lelaki itu bukanlah lelaki yang terbaik. Berani membawanya ke arah kemungkaran. Perlukah disayangi sebegitu sekali? Huh, jatuh maruah. Dirinya yang high class itu boleh jatuh dengan permainan syaitan. Malu. Sungguh memalukan. Astaghfirullah Al Azeem.

Namun, dia sendiri sudah tidak terdaya untuk menahan perasaan. Menahan rasa pedih. Ahh, perkahwinan perlu disegerakan! Lagipun, umurnya sudah dewasa. Eceh. Baru 18 tahun. Dah lapas belas okayy. Segala persiapan perlu dibincang. Satu tarikh mesti ditetapkan. Sampai bila dia perlu bertindak ibarat tengkorak hidup. Tidak berdaya melakukan pelbagai aktiviti. Sedih sepanjang masa. Sungguh tidak aktif!

Apakah yang akan terjadi?

Apakah yang akan terjadi pada Wisal selepas itu? Adakah berjaya rancangan perkahwinan mereka?

Haha. Sungguh ana tidak pandai menulis. Namun, harapnya pembaca memahami. Hehe. Supposenya, mereka yang berpisah perlu lebih bersemangat, tidak berduka atas dosa lama, atas mereka yang membawa kepada dosa, kecuali dia (pasangan tidak sah) benar-benar bertaubat dan menyesal! Namun, ini kisah benar. Kena ceritakan dengan betul. Namun, percayalah, pengakhirannya manis walaupun banyak halangan. (Jangan diikut perlakuan cerita ini yang tidak membina. Kerana anda lebih berjaya dan mulia dari itu!) Terima kasih atas sokongan!

Wallahu A'lam.

5 comments:

  1. wow..sehari 2kali x kerap??hahaha..tu kerappp giler kot..hahahaha.

    best la citer ni nus..ade sambungan lg x?? ade plzzz..xp

    ReplyDelete
  2. Ati; Hahaha. Tak berubah lagi anti eh. Untuk orang yang SEDANG berubah. Slow-slow lahh. Daripada 80 turun 2 kira okey lah tuu. Kan? Kan? Mana tahu ALLAH kira usaha tersebut. Daripada free hair terus pakai tudung labuh, takut tak tahan lama!

    Apesal anti masak sampai 2 jam? Anti buat kenduri kee? Haha.

    ReplyDelete
  3. oh..hahaha..ntah laa..ana masak 1 jam je..pastu makan and kemas2 dapor..total 2 jam...

    wuiyoo ade keeee orang text 80 msg tiap hri?!!!

    gilernyerr..hahaha..cakap pasal ape tuhhh??

    ReplyDelete
  4. nus..nti kat mesir cane??

    ana tension laaa ngan kawan ana yg sorg ni...

    tapi die lelaki laa..

    tapi jgn salah faham. ana langsong tak suke die. ini bukan love story. dont view it like that.

    cume kawan.die klasmate ana dulu kt ky.

    ana tweet die tny something. about uni stuff and allz. and he never reply my tweet.

    so ana gi laa tanye kat facebook.

    ana ckp laa apsal kau sombong sangat tak balas tweet aku..

    pastu die kate mane ade die sombong..die tak reti gune tweet..

    which is nonsense sb die tweet org lain boleh je.
    so ana ckp laa..tipu lahh.kau mmg saje taknak balas tweet aku kan..


    pastu die ckp...''menyampah laa aku ngan kau..aku malas nak layan kau dah''.

    and hes the type yg ade XXY chromosome..faham tak??

    tapi annoying giler..suke hati mak bapak die jer nak cakap menyampah kat orang..

    dah laa gay nak mati tak nak mengaku...

    euwwww.laaaa

    ni yg bengang ni. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Ati; Haha. Tak perlu dikenang kot. Dia memang XXY kee? Of course la fahamm. Kalau orang sombong dengan ana, ana pun jadi auto sombong gaks. Haha. Dia memang menyampah dengan perangai anti kot. Bagi ana, perkara ini seperti membazirkan masa. Bagi ana lahh.

    ReplyDelete