Thursday 24 November 2011

Anarkis. PTS.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, exam end module dah selesai. Sangat berhati-hati dengan soalan yang related tu. And, macam biasa, a battle with time also. Semoga kami semua mendapat keputusan yang cemerlang, di dunia dan akhirat, InsyaALLAH. Doakan :) Upcoming, the tebaler module. Adik beradik CNS. Berkembar. =.= YA ALLAH, permudahkanlah.

Khairul Nizam Khairani. Nama yang tidak asing untuk peminat thriller, mungkin, selain daripada Ramlee Awang Murshid, ana juga meminati penulis yang baru hendak meningkat ini. Edaran PTS Publications and Distributors. Pendek kata, ana memang suka baca buku thriller. Yang membuatkan kita berfikir apabila membaca, terbelek-belek muka surat belakang, cari watak terpencil yang ada. Mungkinkah mampu menulis? Perlu banyaaaaaaaaaak belajar lagi :)


Desain:

95%. Alhamdulillah, menarik bagi ana. Warna dia and that big senapang is interesting. Bangunan itu melambangkan kerumitan, kecekalan dan masalah. Awan nampak berapi. Or mungkin api yang membentuk awan. Hidup yang sesak, menjadi buruan. Susunan nama mengikut movie juga patut dipuji.

Tajuk and sinopsis:

95%. Anarkis? Apa tu. Sesuai dengan cerita thriller, tajuk kena berfikirlah juga. Kalau tajuk yang jenis pakai suap, nampak cerita itu macam mudah. Tidak menarik untuk dibaca, namun, jangan cepat judge! Hehe. Kadang-kadang tajuk bosan, tetapi cerita best :) Caption bawah tajuk juga menarik.

Bagi ana, untuk cerita thriller, ana tidak baca sinopsis belakang. Why? Because, walau bagaimanapun sinopsisnya, boring ke, best ke, ceritanya tetap best. Kita still eager dengan bon-bon, pembunuhan, rasuah, duit, fitnah. Tidak perlu perhati macam cerita santai yang lain. Itu pandangan ana. Namun, para penulis masih perlu menitik beratkan tentang sinopsis. Of course lah. Setakat yang ana baca, tiada novel thriller yang mengecewakan. Alhamdulillah. Tahniah!

Cerita:

98% Suka! Novel sebegini ada banyak dimensi. Banyak part. Yang akhirnya, akan bersambung dengan titik temu. Watak yang sama, ada dipaparkan di awal cerita dan disenyapkan dan ditemukan kembali dengan cara yang indah. Cara yang tak terduga. Kalau baca sambil lewa, memang tak faham. Sesuai dibaca waktu minda tengah kreatif. Buku ini lebih matang daripada tulisan awal (jika tidak silap) Kudeta, menandakan penulis semakin kreatif ^^

Untuk menceritakan novel sebegini, tidak mudah dan mungkin tidak rahsia lagi. Jadi, bacalah sendiri. Kalau ana ceritakan, mungkin nampak tidak menarik dengan gaya penulisan ana yang hambar ini. Haha. Okay, ana ceritakan tentang interest ana. Untuk mereka yang tidak minat novel thriller, mungkin tidak suka. Seperti mana ana tidak suka kepada novel romantis. Ulang baca gaya yang sama. Namun, novel Islami sangat diterima ^^

Pengajaran? Walaupun buku cerita yang pendek macam mana pun, boring macam mana pun, InsyaALLAH ada pengajaran di situ. Baik, bertimbang rasa, pemurah, itu satu pengajaran. Tidak lekas marah, itu juga pengajaran. Tetapi, cerita sekarang banyak merapu =.= (lebih tertuju kepada cerita merepek di internet yang merosakkan umat Islam) Haish, rosak.

Overall? 98% :) Terima kasih kerana mewarnakan fikiran ini. Teruskan berkarya dan mencipta warna untuk ummah. Tahniah untuk penulis, pengedar, pencetak, sesiapa yang terlambat. Bersyukurlah kepada ALLAH S.W.T. yang mengurniakan akal fikiran dan semangat untuk meneroka.

Ini coklat Toffifee. Ana sudah cek di internet dan InsyaALLAH, halal. Alhamdulillah. Jika merajuk dengan Qarafi, ana akan meminta beliau belikan coklat sebagai hadiah pujuk. Yang istimewanya, kali ini ana tak merajuk pun, hadiah sudah datang. Hehe. Alhamdulillah, syukran! <3

Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu.

Wallahu A'lam.

3 comments:

  1. untung lerr dah kawen
    merajuk merajuk ade org pujuk !

    hik hik hik :D

    ReplyDelete
  2. Syafiq; Silakan.
    Izyan; Haha. Comellah eizy. Kahwinlah jugaa :)

    ReplyDelete