Thursday 3 November 2011

Ini kisah pengakhiran yang manis. Part siji.




Assalamualaikum W.B.T.

Wisal termenung. CD Ustaz Azhar yang dimainkan sudah antara dengar atau tidak. Termangu-mangu. Tersengguk-sengguk. Dia mahu hentikan! Dia tahu dia salah. Dia pelajar sekolah Islam. Sekolah yang tidak asing lagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan solehah. Terkenal di bumi Armani. Bukan sahaja Armani, malah negara sebelah, Sainaa pun sama! Sampai ke pelusuk bumi Armani, orang kenal, hatta pak cik penjual sayur.

Pelajar Sekolah Menengah Islam Al Azzam ada personaliti yang tersendiri. Sekali lihat, boleh dicam. Oh, itu pelajar sekolah Azzam. Sekolah Islam elit tuu. Dialog yang biasa didengari. Namun, Wisal, dengan segala kecetekan ilmu yang ada, telah melakukan satu kesalahan besar! Mengotorkan nama semua pihak. Mengotorkan nama sekolah, ibu bapa, guru, nenek, atuk, moyang, kucing, rumah. Ahhh, rasa bersalah pada semua.

Apakah kesalahannya? Mencurikah? Berzinakah? Astaghfirullah, pembaca jangan fikir terlampau tinggi. Hehe. Wisal telah berkali-kali mengucapkan "I love you" kepada seorang lelaki dan pastinya ia bukan suami! Berbicara manja. Berbulan-bulan lamanya. Walaupun tidak berpegangan tangan, berjalan bersama jauh sekali, tetapi ucapan itu, perbualan itu, love love itu, mana boleh! Terdengar bicara Ustaz Azhar,"bodoooo". (Ehee. Jangan marah). Tepat terkena diri sendiri. Iyaa, Wisal memang terasa bodoh. Baru sekarang dia terasa. Mahu memaki diri sendiri. Namun, dia sendiri sudah hanyut.

Kesedaran yang hadir menggelatakkan fikirannya. Wisal berpusing-pusing. Semua tidak kena. Dia rasa kecewa. Marah dengan diri sendiri. Akal yang lemah. Sudahlah, jasad memang lemah. Makin melemahkan diri sendiri. Dasar insan tak berguna. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. Maha Penyayang.

Kepada kawannya, Huma, Wisal memohon pendapat. Setelah memohon kepada ALLAH S.W.T., Tuhan Yang Maha Baik. :) Ya, memang itu sahaja solutionnya. Apa lagi, clash. Senang cerita. Amboi, senang bercakap. Tetapi bagaimana? Huma, kawan yang walaupun tidak rapat, dan banyak menimbulkan masalah, sangat-sangat baik, ideanya sangat bernas, suka membantu, sangat adventurous! Part masalah itu, iyelah, orang muda suka mencuba. Hihi.

Wisal sudah teresak-esak. Fayyadh, lelaki terawal dan terakhirnya! Dia tidak mahu kepada lelaki lain. Tidak mahu. Degil sungguh. Namun, dia tahu caranya itu salah. Kalau sudah berkenan, kahwin sahajalah. Alaahh, siapa yang mahu menerima proposal kahwin orang yang belum pun SPA (Sijil Pelajaran Armani) lagi ini? Sobs. Huma memberikan idea. Beberapa rangkap nasyid tentang cinta yang keliru. Cinta anta anti. Sadis sungguh upacara perpisahan pengkleshan (clash) malam ini. Bulan tersenyum ceria, syaitan meraung-raung, ahhh, ada insan yang kembali ke pangkal jalan!

Beberapa baris message sudah siap dikarang akan dihantar. Mungkinkah, message terakhir? Message nasyid lengkap membawa maksud. Wisal sudah teresak-esak. Beberapa buah buku, pembaris, pensil, semuanya menjadi saksi. Ohh, Wisal sedang berada dalam perpustakaan. Bukan asrama. Mana boleh biarkan orang lain dengar. Strategik sikit. Tempat terpencil lagi tidak berpenghuni malam-malam begini. Baru sesuai. Huma memberi dan menambahkan kekuatan. Tampak gembira. Namun cuba menyembunyikan senyumannya.

Wisal semakin tersedu-sedu. Semakin kuat gegaran badannya yang kurus itu. Dan, saat itu butang send dihantar. Perasaan? Saat itu, satu kepedihan, satu kepiluan amat terasa. Tangisan yang sangat hebat. Mengalahkan tangisan anak kecil yang kesakitan.

Namun, dia telah berjaya. Ya, Wisal telah berjaya! Alhamdulillah. Ketenangan yang mahu dikecapi, tercapai. Benarlah, dosa itu mengakibatkan kegelisahan. Dan kalau tidak rasa gelisah, sungguh, berfikirlah dan berfikirlah kenapa kamu tidak rasa gelisah.

Haha. Boringkah? Ana tidak pandai mengarang. Masih perlu belajar dengan Encik Ramlee Awang Murshid. Namun, jika ana kata ini kisah benar. Kisah perjuangan yang benar. Perit pada mulanya, bahagia pada akhirnya. Adakah kamu sudi menerima cerita ini dan mengaplikasi? Ramai yang berjaya menghentikan hubungan terlarang. Dan anda pun boleh! Saya sayang suami saya. Selamat berjayaa ^^

ALLAH, please help us and please strengthen our soul to help ourselves~

Wallahu A'lam. ^^

2 comments:

  1. cerita menarik. at first ingat kak saibah amek cerpen ni kat tmpat lain, rupanya dikarang sdiri. hehe
    :)

    ReplyDelete
  2. Ainaa; Menarik ke? Haha. Tak reti nak buat ayat high class =.=. Sobs. Masih banyak yang perlu dipelajari. Anyway, thanks! ^^

    ReplyDelete