Sunday, 25 January 2015

Travelog Turki: Istanbul. Tip dan Trik Bajet.


Assalamualaikum WBT :)

Cepat sangat masa berlalu, tak sangka sudah lama tak kemaskini Sulha. :3 Untuk pengetahuan pembaca semua (kalau ada), Sulha ialah nama sepupu saya. Sewaktu blog ini mula ditubuhkan, si dia kecil lagi. Sekarang dah besar panjang! Ya, sangat panjannngggg. 

Seperti yang umum tahu, kata orang, kalau ada tahi lalat di kaki maksudnya kuat berjalan. Ehem. Walau sudah beranak seorang, walau sedang berpantang, walau mengembara sendirian, saya tidak boleh duduk diam! Kena bebel berganda-ganda. :P
Tahun lepas merupakan rekod mengembara hampir 10 kali menaiki kapal terbang, hanya bersama Qays Umar Tee. Papanya sibuk. Bondanya resah duduk sahaja. ^___^

Seawal umur 1 bulan lebih, Qays Umar sudah menaiki kapal terbang. Kalau dulu-dulu, setiap kali mahu take off dan landing, saya akan kepit telinga Qays Umar untuk mengelakkan dia sakit dengan perubahan tekanan (Ummi saya ajar), namun sekarang tak perlu lagi. Take off atau landing, dia gelak aje! Haha.

Eh, mana cerita Turkinya?!

Ehem. Saya cerita yang paling asas dahulu. Bismillahirrahmanirrahim.

1) Tiket kapal terbang.
Saya ke Turki dari seberang laut Mediterranean sahaja, iaitu Alexandria. Harga tiket ialah RM 1100. ^^ Kalau dari Malaysia, biasanya harga permulaan RM 2500. Selalu alert dengan promotion 3 hari yang dibuat oleh Qatar Airways atau Etihad Airways. Kadang-kadang harga boleh jatuh sehingga RM 1900! Subscribe e-mail mereka untuk dapatkan notifikasi promotion. 

2) Tempat tinggal.
Kalau korang sudah sedia maklum, adik ipar saya warganegara Turki. Hotel? Hostel? Tak perlu! Kekeke. Alhamdulillah. Tetapi, untuk pengetahuan umum, harga hostel yang paling murah bermula dengan RM 20 semalaman. Housemate saya yang bertiga tu pernah stay di hostel ini. Minta maaf, saya tak ingat nama! :D



Adik saya Izzah Khadijah bersama suaminya, Hasan Kuruz.

3) Kenderaan.
Di Turki ada sistem tram, bas dan metro yang sangat efektif. Juga ada feri. Tambang RM 2.00 macam naik bas jo. Semua ini ada lane sendiri termasuk bas. ^^ Kagum kan, Subhanallah. Sistem bayar tol pun maju! Bila kita drive kawasan tol, dia dah auto-deduct menggunakan sensor di kereta. Kalau teringat Malaysia punya, eh malu dan segan pula. Susah-susah kena keluarkan kad Touch N Go. Smart Tag pun kena perlahankan sekejap kenderaan. :P

Kadar bayaran, saya tidak pasti. Iyalah, kami memandu sendiri :) Alhamdulillah. 

4) Makanan.
Jangan risau. Banyak yang halal, dan harga standard Malaysia. Yang paling best, ayam bakarnya terlampau murah! Untuk permulaan, Makanan Turki ini tidak pedas dan selalu kering, tidak berkuah macam kita. Kebanyakan tempat seperti gerai menjual berasaskan roti sahaja seperti kebab, syawirmah dan lain-lain. Untuk nasi, kita perlu ke restoran. Orang Turki tak makan nasi. Hew hew. 



Sarapan disediakan oleh keluarga Hasan Kuruz pada hari pertama kami tiba di Istanbul. Kebanyakan makanan mereka suka dikocak bersama telur. Di dalam gambar; roti panjang, roti bijan, daging goreng telur, cheese bermacam-macam jenis, sosej, salad timun dan tomato serta kek. Alhamdulillah, kenyanggg. :)

Bagi saya, jika kita ke sesuatu negara tersebut, makanlah makanan mereka, supaya kita mengenali budaya mereka (antara salah satu tujuan berjalan). Toksah kalut cari tempoyak, budu, sambal dan nasi. Cili sebatang pun nan hado!

Tapi, coklat mereka lebih sedap dari kita. ^^ Sesuai dijadikan souvenir untuk mereka di Malaysia.

Yang asas, sudah diceritakan. InsyaAllah, entri selepas ini tentang perjalanan kami. 



Qays Umar berkoya bersama Papanya. 

Saya rumuskan tip bajet;
1) Beli tiket kapal terbang sewaktu promosi. Subscribe newsletter. 
2) Hostel murah boleh dibook di booking.com
3) Ayam bakar SEEKOR sangat murah! Boleh makan 5 kali jika perut saiz sederhana.
4) Gunakan pas perjalanan sehari untuk mengurangkan bajet kenderaan.
5) Jika korang pelajar, manfaatkan kad pelajar dan buat ISIC! InsyaAllah banyakkk kemudahan di negara orang. 


Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin.
6 Rabiul Thani 1436 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.


5 comments:

  1. Assalamualaikum...Hi dear...klu tengah cari dress/jubah/top/skirt yg affordable price tp sgt cun untuk dipakai ke usrah, kelas, kenduri kawin, office attire atau jalan2...ape kata try tengok kat fb/ig/web/blog kami...search je padiekaraccolta...dress/top bf friendly pun ada...sesuai utk ibu-ibu atau bakal ibu ;)

    ReplyDelete
  2. Salam nusaibah..sy sedang merangka iti n bajet ke turki ..nak tanye la kalau bby 1 thn naik overnight bas dr cappadocia to pamukalle tu ok tak? Ist - cappadocia nk naik flight

    ReplyDelete
  3. Salam nusaibah..sy sedang merangka iti n bajet ke turki ..nak tanye la kalau bby 1 thn naik overnight bas dr cappadocia to pamukalle tu ok tak? Ist - cappadocia nk naik flight

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam Farah :)

      Bagi saya, boleh sahaja namun ia agak meletihkan. Hehe.

      Ada beberapa cara untuk hilangkan keletihan ibu bapa.
      1) Pastikan anak tidur sepanjang masa.
      2) Bawa buku kesukaannya.
      3) Kartun ><

      Dari segi keluasan kerusi, bas-bas ekspres di Turki agak selesa. Tapi, mereka drive agak laju. Hehe.

      Delete