Sunday, 25 January 2015

Travelog Turki: Istanbul. Tip dan Trik Bajet.


Assalamualaikum WBT :)

Cepat sangat masa berlalu, tak sangka sudah lama tak kemaskini Sulha. :3 Untuk pengetahuan pembaca semua (kalau ada), Sulha ialah nama sepupu saya. Sewaktu blog ini mula ditubuhkan, si dia kecil lagi. Sekarang dah besar panjang! Ya, sangat panjannngggg. 

Seperti yang umum tahu, kata orang, kalau ada tahi lalat di kaki maksudnya kuat berjalan. Ehem. Walau sudah beranak seorang, walau sedang berpantang, walau mengembara sendirian, saya tidak boleh duduk diam! Kena bebel berganda-ganda. :P
Tahun lepas merupakan rekod mengembara hampir 10 kali menaiki kapal terbang, hanya bersama Qays Umar Tee. Papanya sibuk. Bondanya resah duduk sahaja. ^___^

Seawal umur 1 bulan lebih, Qays Umar sudah menaiki kapal terbang. Kalau dulu-dulu, setiap kali mahu take off dan landing, saya akan kepit telinga Qays Umar untuk mengelakkan dia sakit dengan perubahan tekanan (Ummi saya ajar), namun sekarang tak perlu lagi. Take off atau landing, dia gelak aje! Haha.

Eh, mana cerita Turkinya?!

Ehem. Saya cerita yang paling asas dahulu. Bismillahirrahmanirrahim.

1) Tiket kapal terbang.
Saya ke Turki dari seberang laut Mediterranean sahaja, iaitu Alexandria. Harga tiket ialah RM 1100. ^^ Kalau dari Malaysia, biasanya harga permulaan RM 2500. Selalu alert dengan promotion 3 hari yang dibuat oleh Qatar Airways atau Etihad Airways. Kadang-kadang harga boleh jatuh sehingga RM 1900! Subscribe e-mail mereka untuk dapatkan notifikasi promotion. 

2) Tempat tinggal.
Kalau korang sudah sedia maklum, adik ipar saya warganegara Turki. Hotel? Hostel? Tak perlu! Kekeke. Alhamdulillah. Tetapi, untuk pengetahuan umum, harga hostel yang paling murah bermula dengan RM 20 semalaman. Housemate saya yang bertiga tu pernah stay di hostel ini. Minta maaf, saya tak ingat nama! :D



Adik saya Izzah Khadijah bersama suaminya, Hasan Kuruz.

3) Kenderaan.
Di Turki ada sistem tram, bas dan metro yang sangat efektif. Juga ada feri. Tambang RM 2.00 macam naik bas jo. Semua ini ada lane sendiri termasuk bas. ^^ Kagum kan, Subhanallah. Sistem bayar tol pun maju! Bila kita drive kawasan tol, dia dah auto-deduct menggunakan sensor di kereta. Kalau teringat Malaysia punya, eh malu dan segan pula. Susah-susah kena keluarkan kad Touch N Go. Smart Tag pun kena perlahankan sekejap kenderaan. :P

Kadar bayaran, saya tidak pasti. Iyalah, kami memandu sendiri :) Alhamdulillah. 

4) Makanan.
Jangan risau. Banyak yang halal, dan harga standard Malaysia. Yang paling best, ayam bakarnya terlampau murah! Untuk permulaan, Makanan Turki ini tidak pedas dan selalu kering, tidak berkuah macam kita. Kebanyakan tempat seperti gerai menjual berasaskan roti sahaja seperti kebab, syawirmah dan lain-lain. Untuk nasi, kita perlu ke restoran. Orang Turki tak makan nasi. Hew hew. 



Sarapan disediakan oleh keluarga Hasan Kuruz pada hari pertama kami tiba di Istanbul. Kebanyakan makanan mereka suka dikocak bersama telur. Di dalam gambar; roti panjang, roti bijan, daging goreng telur, cheese bermacam-macam jenis, sosej, salad timun dan tomato serta kek. Alhamdulillah, kenyanggg. :)

Bagi saya, jika kita ke sesuatu negara tersebut, makanlah makanan mereka, supaya kita mengenali budaya mereka (antara salah satu tujuan berjalan). Toksah kalut cari tempoyak, budu, sambal dan nasi. Cili sebatang pun nan hado!

Tapi, coklat mereka lebih sedap dari kita. ^^ Sesuai dijadikan souvenir untuk mereka di Malaysia.

Yang asas, sudah diceritakan. InsyaAllah, entri selepas ini tentang perjalanan kami. 



Qays Umar berkoya bersama Papanya. 

Saya rumuskan tip bajet;
1) Beli tiket kapal terbang sewaktu promosi. Subscribe newsletter. 
2) Hostel murah boleh dibook di booking.com
3) Ayam bakar SEEKOR sangat murah! Boleh makan 5 kali jika perut saiz sederhana.
4) Gunakan pas perjalanan sehari untuk mengurangkan bajet kenderaan.
5) Jika korang pelajar, manfaatkan kad pelajar dan buat ISIC! InsyaAllah banyakkk kemudahan di negara orang. 


Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin.
6 Rabiul Thani 1436 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.


Friday, 2 January 2015

Travelog Iskandariah: Magic Planet.


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, menyepi bukan bermakna sakit. Tetapi.. tetapi.. 
                          Bukan kartun saya, tetapi diambil dari page Projek Iqra.

Arggh, kau punya banyak alasan! Tiada alasan yang saya nak beri, melainkan sikap saya sendiri iaitu malas. Astaghfirullah, jangan ditiru perangai ini.

Kasihan pelajar perubatan Iskandariah, cuti sekali sahaja seminggu, iaitu hari Jumaat. Jadi, mestilah hari ini dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan kan? Ya, dalam jadual saya, hari Jumaat ialah hari riadhah satu keluarga. Destinasi kami kali ini?

Magic Planet! 

Tak teringat pula mahu ambil gambar pintu depan. Hehe. Lokasi Magic Planet ini tidak jauh pun, Carrefour je. 



Saya suka konsep Magic Planet yang telah diperbaharui ini. Takdelah serabut sangat macam dulu, dan lebih bersih! Alhamdulillah. Untuk main game dalam Magic Planet ni, dah tak guna sistem token macam dulu tapi guna sistem debit kad. Reload duit pada kad tersebut dan swipe setiap kali mahu bermain game. Minima reload ialah LE 55. Pada machine game tersebut, sudah ditulis harganya. 

Hmm.. Macam mana rupa benda swipe tu?



Perhatikan sikittt yang warna-warni itu, di situlah kad kita diswaip (bahasa Melayu?). Berhati-hati, jangan sampai swipe dua kali, kerana duit akan ditolak macam biasa T_T Selepas swipe sekali, terus tekan start. Jangan nak buat-buat pening kepala. Haha.

Game racing ini berharga LE 7 sekali main.



Jangan risau, Qays Umar tidak memandu berseorangan.



Papa pun ada! Sesiapa yang kenal Qays Umar, mesti tahu betapa fanatiknya dia terhadap stereng kereta. Jenuh Bonda pusing Kuala Lumpur mencari stereng untuk anakanda, masih belum berjumpa. Sementara itu, kita guna stereng original. 



Setiap kali Atok dan Jiddah keluar kereta, terus dia hijack. Jangan risau, pemanduan dikawal dengan teliti. :) Teringat hobi anakanda ini, terus saya usulkan kepada Papa Qays untuk assist Qays Umar memandu dengan lebih real. Kereta sport saya pilih.



Namun, Qays Umar nampak agak kurang berminat. Mungkin pemanduan ini sedikit ngeri. 



Nah, ambil yang ini!

Alhamdulillah, walaupun duit kami keluar sedikit sebanyak, namun melihat wajah ceria anakanda, berbaloi-baloi. ^^ Hmm.. Rasa bersalah sangat kepada Qays Umar sebab kena teman kami stadi, tak banyak masa untuk dia bermain-main di luar macam kanak-kanak lain. Berita gembira! Tahun ini tahun akhir. :)

Tiada yang rugi berbelanja untuk keluarga, moga Allah SWT ganti dengan yang lebih baik. 

Wallahu A'lam

Nusaibah Sallehuddin

8 Rabiul Awwal 1436 H
Istana Darul Hana, Iskandariah.