Tuesday 7 January 2014

Qays Umar itu Malaikat Puteh dan Bonda.


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah dengan segala nikmat kurniaNya walaupun diri ini sentiasa berdosa. T_T 
Qays Umar sudah 4 bulan 3 minggu. Membesar dengan sangat sihat dan comel! Kawan saya yang kreatif menggelarnya "Malaikat Puteh!" Lah, why you so creative?! Ana jatuh cinta dengan nama tersebut. Di samping terbayang tugas yang besar di sebaliknya. Wawaw. 


Malaikat Puteh sedang mendengar cerita Bonda barangkali.

Alhamdulillah, Qays Umar sudah mampu meniarap, mencapai, senyum, ketawa dan lain-lain. Orang berkata, "alaahh, anak kita pun pandai juga. Biasa je." Namun, bagi saya setiap perkembangan Qays Umar ialah satu keajaiban yang sangat membahagiakan. ^^ Fuh fuh. Hiperbola kan.

Untuk menjadi seorang ibu, perkara pertama yang paling penting yang perlu ada ialah DISIPLIN! Masa belajar, makan, online, bisnes akan berubah 270 darjah. T_T Masa mula-mula dianugerahkan Qays Umar, saya agak tidak berjaya menguruskan masa, namun, semakin lama, kita makin belajar. Waktu awal-awal, agak kechiwa dengan diri sendiri. Alhamdulillah, dengan bantuan suami yang super membantu, senang saya nak buat sesuatu dengan terbaik. Leviyu.

Allah SWT suka amalan yang jika kita buat, kita buat yang terbaik dan istiqamah, walaupun kecik. :)

Setengah orang kata 19 masih muda. Bagi saya, tidak sama sekali. Orang terdahulu mampu mencapai macam-macam sewaktu berumur 20 tahun. Kan? Kan? Takkan kita juga tak boleh. Kena keluar dari dunia manja. Hehe. Bagi saya, 20 tahun itu.. Dah tua untuk menjadi orang yang tidak mahu berbuat perkara besar! Sudah tuaaaaaaa untuk menjadi gedik manja terlebih dos. 


Jom berdisiplin! Memang susah, namun perasaan selepasnya ialah.. sangat AWESOME! Samalah kita. Saya pun tengah bertatih. :D

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin.

7 Rabi'ul Awwal 1435 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.

3 comments:

  1. Akhirnya akak update jugak blog. hihi

    Secara jujurnya, saya belum bersedia nak pikul tanggungjawab yg besar. Walaupun umur dah nak masuk 19 thn. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Akak update berdasarkan idea Farah bagi dulu. :)

      Takpe. :D Yang penting, kita belajar untuk bersedia.

      Delete
  2. 10bet - Thakasino
    10bet 인카지노 Online Casino, 12bet Live Casino, Gambling, Poker. Bet. 5 Stars Gaming. BGT Slots, Jackpots, Slots. Best For You · 1. 메리트카지노 Play For Real Money · 2. Play For

    ReplyDelete