"I liiiiiive!" Kata Mushu dalam filem Mulan. Sama juga seperti saya, seperti hidup kembali! Kawan saya sudah bising sebab sudah lama tidak berblog. Hehe. Minta maaf. Saya sendiri rimas dan malu melihat blog tidak berisi.
Hari ini hari pertama pusingan Ortopedik.
Dahulu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pakar forensik. Memang! Semua gara-gara cerita CSI, 24, Mr Brain dan novel-novel. Huh. Sedang cerita itu bersiaran, saya pun turut serta dalam membuat diagnosis :3 Betapa besarnya pengaruh elemen ini. Namun, ayah saya menentang keras pilihan saya.
Alhamdulillah, beliau memberi banyak pencerahan. :) Forensik tidak dapat menghasilkan wang yang banyak. Maka, saya dengan mudah menukar cita-cita, alasan tersebut sudah cukup kukuh. Setelah diberi pendapat juga oleh Dr. Chan, doktor cina muslim yang menetap di hadapan rumah saya dan berdiskusi, saya memilih untuk menjadi seorang pakar ortopedik atau bius!
... Kerana saya meminati bidang farmakologi. Mungkin ada bidang yang menggabungkan keduanya, dalam skop yang besar. Hmm, pakar sakit puan? Ramai pakar sakit puan menggesa kaum Hawa menjadi pakar sakit puan. Walau apa pun, tunggu saya membuat praktikal untuk membuat keputusan terakhir, InsyaAllah.
Ini kami! Dr. Qarafi (An Nahif) dan Dr. Nusaibah menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama di Hotel Sheraton, Montaza. Hadiah perkahwinan daripada ibu saya. Terima kasih :)
Yang penting, bukan bidang kecemasan! Nanti, daripada seorang pesakit bertambah menjadi dua. Ngeh3. Doakan kejayaan saya dan suami :) Semoga doa yang diluahkan dilontarkan kepada kamu semula. Rasulullah S.A.W. sudah menyebut dalam hadis qaulinya tentang ini.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment