Friday 11 May 2012

Why Make It Hard for Your Children to Get Married?



Assalamualaikum W.B.T.

I think I need to reschedule my activities. Do and don'ts. Pukul berapa perlu makan. But, my eat jadual never fixed. When I see food being cooked on the stove, I will start to scoop the rice. Bukanlah benda yang besar untuk mempunyai jadual? Hey, bukan benda yang besarkah? Ia melatih kita untuk disiplin, bukan?

Ada dua orang insan. Hamba Allah S.W.T. Saling mencintai sudah beberapa tahun mengikat janji. Haha. Tak pandai untuk membuat ayat berbunga dan beranting. Memendam rasa kerana untuk menjadi hamba Allah S.W.T. yang disayangi. Jadi, keluar secara berdua-duaan, menonton wayang bersama-sama memang tidak wujud! Alhamdulillah, kita pun tidak mahu perkara tidak baik sebegini kan? Apa solution yang paling baik? Ya, mestilah pernikahan.

Usaha untuk perkahwinan? Mestilah ada. Tidak manis jika tidak ada usaha. Sudah mahu, kena bergeraklah. Haha. Ana memang tak berapa nak setuju dengan orang yang menyerahkan kepada takdir terus. Takde usaha. Takde pergerakan. Terus, dah takdir. Dah sebab anda tak usaha, itulah takdir anda.

Namun, mereka berdua ini mendapat tentangan hebat daripada ibu. Ada beberapa perkara, yang menyebabkan ibu tidak setuju.

Sudah lima tahun berlalu, ibu masih lagi memendam rasa. Seriously, ana tak tahu nak pikat macam mana dah kalau ada ibu macam ini. Haha. Alhamdulillah, urusan perkahwinan ana senang walaupun adalah beberapa onak dan duri. Eceh. Strive for excellence! Anak dah beberapa kali minta mahu kahwin tetapi ibu masih tidak bersetuju dengan pilihan anaknya. Ya, boleh untuk tidak setuju. Namun, nyatakan sebab kenapa tak setuju dan syarat untuk menukarnya menjadi setuju.

Semua orang ada kisah silam. Jangan hanya melihat kepada kisah silam. Kalau anak-anak pernah bersalah, pernah terpegang tangan, cuba didik mereka menjadi orang yang baik. Dia ada intention untuk berkahwin. Itu adalah bukti yang besar yang dia mahu ke arah kebaikan. Kalau kita tengok kisah silam orang kafir, sampai sekarang kita akan pandang rendah pada dia. Don't look at the past, look at the present!

Manusia, beberapa juta kebaikan pun yang dia ada, dia still pandang ke arah satu keburukan. Seperti satu titik hitam atas kertas putih. Yang itu sahajalah yang dia nampak. Dia sangat baik, sangat baik, tetapi ... Dan masa berjam-jam habis untuk membincangkan that tapi. Haha. So lame. 

Anak dan ibu perlu membuat satu perjanjian khas, jika anak _, maka ibu hendaklah bersetuju untuk membenarkan perkahwinan mereka. Actually, bukanlah satu syarat untuk meminta persetujuan ibubapa. Anak still boleh berkahwin kalau ibubapa enggan. Tapi, memang agak kureng baiklah. Sebab itu ada wali hakim. Sebab ayah enggan untuk menikahkan. Kalau dalam masalah ini, ibu jangan terkejut pula kalau anak kahwin lari. Hehe.

Bakal menantu anda sudah berubah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah. Jadi, lupakanlah segala kisah lama, kisah silam yang tak perlu nak diingat dah. Dah bertahun-tahun dah. Kalau bakal menantu itu menjadi orang yang sangat hebat di masa akan datang atas penghijrahannya, jangan terasa melepas and menyesal pula. Artis pun dah banyak berubah. Ana rasa ramai rakyat di dunia ini sedang mengikuti arus perubahan, Alhamdulillah. :') Kepada anak-anak, kalau nak berubah, berubahlah betul-betul. Jangan berubah sekejap-sekejap. Hilang keyakinan ibu itu nanti. Haha.

Yakinlah dengan anak-anak dan bimbinglah dia. Bukan menghalang dia untuk membuat satu perkara kebaikan. The key word is YAKIN. Yakinlah yang anak-anak anda boleh melakukannya. Ramai orang sudah membuktikan, anak-anak anda juga boleh membuktikan. Tidak percaya dengan mereka ke? Buang ke tepi sahajalah pantang larang yang pelik-pelik tu.

Anak-anak teruslah berubah dan bekerja keras untuk menjadi yang lebih baik di samping memikat ibu tercinta. Dan teruskan berdoa! I am telling you, doa, kalau kita bersungguh-sungguh dan YAKIN yang Allah S.W.T. akan makbulkan, InsyaAllah akan dimakbulkan. Allah S.W.T. pun mahu kita yakin dengan DIA. Semoga Allah S.W.T. mengira segala titik peluh, air mata dan usaha untuk mencapai perkara halal sebagai pemberat kebaikan, InsyaAllah :') Ada banyak solution sebenarnya, tetapi ini solution untuk yang jenis yang tegar.

This is one of my own opinion melihat kepada situasi dan keadaan. Opinion; mestilah ada yang bersetuju dan ada yang membangkang, namun kita raikan pendapat masing-masing. Mana part yang baik, boleh hadam. Mana part yang kurang baik, boleh tinggal. :)

Selamat berusaha!

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. tp mak jugak xbagi kawen dgn alasan - masih belajar T_T

    ReplyDelete
  2. Sukma Atiqah -> Get an excellent result and convince your mother :) InsyaAllah.

    ReplyDelete