Monday, 28 November 2011

Selidikilah, sebelum ia diambil ke muscle.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Hari ini, Fatimah masak Nasi Lemak Sambal Udang. Sedap tak terhingga. Terima kasih ^^.

Kepada rakan-rakan Universiti Iskandariah, sewaktu kita exam hari itu, telah keluar soalan berbunyi lebih kurang, "Arterial supply of pituitary gland CHIEFLY come from?" Okay, I know arterial supply ialah branch of Internal Carotid Artery, but, adakah soalan ini tricky and actually, Common Carotid Artery? Sebab, ICA ialah branch of CCA.


Biskut Loacker. Sudah berkurun berabad terletak di atas laci makanan ana. Hari itu, ana search, origin; Italy. Family company Alfons Loacker. Kawan senegara Encik Ferrero. Persoalannya yang besar dan penting di sini; adakah ia halal?

Setelah diselidik, Loacker di Malaysia ialah halal. Alhamdulillah ^^. Glad to hear that. Tetapi yang kat Mesir ini. I know this is a Muslim Country. Tetapi, arak kat sini jual bersepah je. Kedai runcit. Sebelahnya, kedai makan, kedai gambar, kedai arak, kedai buah, kedai daging, kedai ayam. Kedai ayam ini pun masalah. Orang kristian? Aduh. Kalau kita tanya, terkebil-kebil mata menjawab. Melarikan mata. Ye, ana tahu ada waiter cina dekat Chicken Rice Shop. Malaysia strict. Kita yakin itu halal, disembelih oleh orang Islam.

Bukan macam dekat Malaysia. Terletak di tempat lain, seal dekat Non-Halal.

Kita kena teliti, kilangnya di mana, supplynya ke mana. Ada brand yang, kalau ke negara Malaysia, dia akan hantar produknya yang bersih, tiada unsur alkohol mahupun khinzir. Tetapi dekat negara orang putih, dia letak alkohol sikit, beef tukar jadi pig.

Makanan halal bukan benda main-main. Yang boleh pakai beli je. Ana cukup hairan. Ana ada bertanya kawan Dirasah Islamiyyah ana, adakah halal biskut Loacker ini? Maka dia berkata, dekat Malaysia, ayahnya beli. Okay, Alhamdulillah, Malaysia tiada masalah. :) Tapi ini Mesir. Dia pun bertanya, PERLU ke kena selidik sampai ke kilang? Sampai pengeluar? Bahan-bahan? Haha. Of courselah PERLU. Dekat website, kan ada Contact Us.

Takkan nak makan secara semborono, walhal kita ada ability untuk cek halal ke tak. Kalau kita tanya, InsyaALLAH dia akan jawab. Ada juga yang jenis, tak mahu cek halal ke tak, sebab kalau tak halal, dah tak boleh makan. Sementara tak tahu, boleh terus makan. Kiranya disabitkan, tidak tahu. Kamu tidak berusaha untuk tahu, benda yang akan diabsorp di intestine, dan akan dihantar menggunakan blood, ke seluruh cell yang ada untuk bekerja, meresap ke muscle. sebati! Kalau ada protein daripada khinzir, sebati, digunakan untuk membina otot kamu. Kalau ada lemak daripada khinzir juga, jadi sebahagian daripada subcutaneous tissue. Nak kikis pun payah.

Daging tersebut dah sehati sejiwa dengan badan. Astaghfirullah. Berusahalah.

"Maka bertanyalah ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui" (An Nahl: 43)

YA ALLAH, peliharalah kami semua.

Wallahu A'lam.

Thursday, 24 November 2011

Anarkis. PTS.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, exam end module dah selesai. Sangat berhati-hati dengan soalan yang related tu. And, macam biasa, a battle with time also. Semoga kami semua mendapat keputusan yang cemerlang, di dunia dan akhirat, InsyaALLAH. Doakan :) Upcoming, the tebaler module. Adik beradik CNS. Berkembar. =.= YA ALLAH, permudahkanlah.

Khairul Nizam Khairani. Nama yang tidak asing untuk peminat thriller, mungkin, selain daripada Ramlee Awang Murshid, ana juga meminati penulis yang baru hendak meningkat ini. Edaran PTS Publications and Distributors. Pendek kata, ana memang suka baca buku thriller. Yang membuatkan kita berfikir apabila membaca, terbelek-belek muka surat belakang, cari watak terpencil yang ada. Mungkinkah mampu menulis? Perlu banyaaaaaaaaaak belajar lagi :)


Desain:

95%. Alhamdulillah, menarik bagi ana. Warna dia and that big senapang is interesting. Bangunan itu melambangkan kerumitan, kecekalan dan masalah. Awan nampak berapi. Or mungkin api yang membentuk awan. Hidup yang sesak, menjadi buruan. Susunan nama mengikut movie juga patut dipuji.

Tajuk and sinopsis:

95%. Anarkis? Apa tu. Sesuai dengan cerita thriller, tajuk kena berfikirlah juga. Kalau tajuk yang jenis pakai suap, nampak cerita itu macam mudah. Tidak menarik untuk dibaca, namun, jangan cepat judge! Hehe. Kadang-kadang tajuk bosan, tetapi cerita best :) Caption bawah tajuk juga menarik.

Bagi ana, untuk cerita thriller, ana tidak baca sinopsis belakang. Why? Because, walau bagaimanapun sinopsisnya, boring ke, best ke, ceritanya tetap best. Kita still eager dengan bon-bon, pembunuhan, rasuah, duit, fitnah. Tidak perlu perhati macam cerita santai yang lain. Itu pandangan ana. Namun, para penulis masih perlu menitik beratkan tentang sinopsis. Of course lah. Setakat yang ana baca, tiada novel thriller yang mengecewakan. Alhamdulillah. Tahniah!

Cerita:

98% Suka! Novel sebegini ada banyak dimensi. Banyak part. Yang akhirnya, akan bersambung dengan titik temu. Watak yang sama, ada dipaparkan di awal cerita dan disenyapkan dan ditemukan kembali dengan cara yang indah. Cara yang tak terduga. Kalau baca sambil lewa, memang tak faham. Sesuai dibaca waktu minda tengah kreatif. Buku ini lebih matang daripada tulisan awal (jika tidak silap) Kudeta, menandakan penulis semakin kreatif ^^

Untuk menceritakan novel sebegini, tidak mudah dan mungkin tidak rahsia lagi. Jadi, bacalah sendiri. Kalau ana ceritakan, mungkin nampak tidak menarik dengan gaya penulisan ana yang hambar ini. Haha. Okay, ana ceritakan tentang interest ana. Untuk mereka yang tidak minat novel thriller, mungkin tidak suka. Seperti mana ana tidak suka kepada novel romantis. Ulang baca gaya yang sama. Namun, novel Islami sangat diterima ^^

Pengajaran? Walaupun buku cerita yang pendek macam mana pun, boring macam mana pun, InsyaALLAH ada pengajaran di situ. Baik, bertimbang rasa, pemurah, itu satu pengajaran. Tidak lekas marah, itu juga pengajaran. Tetapi, cerita sekarang banyak merapu =.= (lebih tertuju kepada cerita merepek di internet yang merosakkan umat Islam) Haish, rosak.

Overall? 98% :) Terima kasih kerana mewarnakan fikiran ini. Teruskan berkarya dan mencipta warna untuk ummah. Tahniah untuk penulis, pengedar, pencetak, sesiapa yang terlambat. Bersyukurlah kepada ALLAH S.W.T. yang mengurniakan akal fikiran dan semangat untuk meneroka.

Ini coklat Toffifee. Ana sudah cek di internet dan InsyaALLAH, halal. Alhamdulillah. Jika merajuk dengan Qarafi, ana akan meminta beliau belikan coklat sebagai hadiah pujuk. Yang istimewanya, kali ini ana tak merajuk pun, hadiah sudah datang. Hehe. Alhamdulillah, syukran! <3

Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu.

Wallahu A'lam.

Tuesday, 22 November 2011

Baiklah, ana bersangka baik.




Assalamualaikum W.B.T.

Ana telah berjumpa ramai orang hebat. Yang cakap berdegar-degar. AJK sekian. YDP sekian. Zaman sekolah, pengawas. Ketua. Suka berpidato. Buah fikiran yang tinggi. Tidak kisahlah, lelaki ke perempuan. Kalau sebut je nama, ohh. Semua orang kenal. At least, pernah dengar nama. Baik di facebook mahupun alam realiti.

Bila berjumpa orangnya, I sense the charisma. Kekemasan pakaian. Keramahan. Bercakap tentang apa? Of course tentang Islam, perkara-perkara positif. Perkara hebat dan bukanlah remeh temeh yang sia-sia. Orang pun rajin ajak ke sana sini. Bagi ceramah dan macam-macam.

Ana tidaklah mahu menjadi seperti begitu. Eheh. Baguskah perangai ini? Ana tidak suka bercakap hebat di depan orang, namun begitu perangai sebaliknya. Malu beb. Malu! Kata orang, cakap lebat. Malu sungguh kalau dilabel cakap lebat. Ibarat AJK Akademik yang ponteng kelas. Namun, ana cuba untuk mengingati apa yang dinukilkan di blog supaya tulisan ana tidak menjadi fitnah untuk diri sendiri. Tolong ingatkan ana ^^

Ada orang pandai bercakap, ada orang pandai menulis. Semua ada bakat masing-masing. Kak Nusaibah kat luar memang diam. Haha. Thats me. Tidak berminat untuk berkata-kata. Namun, berminat untuk mendengar. Yup, true, there was a turning point.

But, itu bukan point ana sekarang.

You there, yang ana hormati, yang ana sanjungi, melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan! Kesalahan apakah saudaramu itu, sampai perlu diperlakukan sebegitu rupa? Sampai kes dibawa kepada pihak atasan, mahkamah mungkin. Sedangkan kamu orang hebat, saudaramu juga sama hebat. Sama taraf denganmu. Mana hikmahmu? Mana nasihatmu? Lidahmu itu mungkin membawa bencana kepada diri sendiri.

Baiklah, ana bersangka baik.

Wallahu A'lam.

Btw; Exam mode. YA ALLAH, cerahkanlah dan terangkanlah jiwa dan fikiran kami!

Sunday, 20 November 2011

Thanks to my mister.




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, 2 hari lepas, sehari selepas exam practical, kami (ana dan Qarafi) telah keluar berjalan-berjalan, bersiar-siar ke Tanta. Memandangkan kami tidak tinggal bersama, jadi masa yang ada untuk keluar berjalan-jalan sangat limited. Ini pun kena persuade tau dengan terma dan syarat yang disediakan. Merapatkan ukhuwwah.

Dalam masa yang sama, memenuhi undangan perkahwinan senior Al Manar. Actually nak cerita, tapi sungguh boring kerana tiada gambar. Cerita tanpa gambar, kurang berseri. Al maklumlah, tiada kamera. Hihi. Ana bukanlah jenis yang suka ambil gambar hak milik orang. You know, copyright!

Apa-apa pun, sangat berterima kasih kepada suami yang sanggup menemankan diri ini walaupun sebenarnya beliau malas nak pergi. Thanks for all the time, expenses, belanja-belanja, boraks, studying. May ALLAH S.W.T. bless you always! Semoga dipermudahkan dalam urusan pembelajaran. Dipermudahkan urusan duniawi dan ukhrawi.

Wallahu A'lam.

Thursday, 17 November 2011

And We Sent Down Iron (Iron:25)




Assalamualaikum W.B.T.

- Besi ialah unsur yang tidak tercipta di bumi atau dalam sistem tata suria, melainkan berasal dari bintang raksasa di luar tata suria.

- Semua unsur besi dalam tata suria berasal dari planet lain, kerana suhu di matahari tidak mencukupi untuk membentuk logam (20,000,000 centrigade ke bawah).

- Besi terbentuk daripada bintang jauh lebih besar daripada matahari, suhunya beratus juta centigrade.

- Dalam peristiwa nova/supernova, unsur besi terlontar ke angkasa dan ada yang terlontar ke bumi.

“...Dan Kami menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berbagai manfaat untuk manusia..." (Al Hadid:25)

Subhanallah ^^.

Ana sekarang tengah menghadapi battle dengan nafsu dan adik beradiknya dengan sangat dahsyat. Doakan ya. Ada sesiapa mahu bagi tips?

Wallahu A'lam.

Monday, 14 November 2011

Ahsan At Thairaat Fi Al 'Aalam; Li 'Am Alfain Wa 11.





Assalamualaikum W.B.T.

Let's see the world best airlines! Selain daripada ilmu pembelajaran (matematik, biologi, bahasa Melayu), ilmu agama, ilmu kemahiran; ilmu pengetahuan am pun kena tahu juga. :) Kita sebagai umat Islam, kena serba tahu. Memberi contoh yang baik kepada semua.

The World's Best Airlines: 2011.

1) Qatar Airways
2) Singapore Airlines (Childhood :D Dapat anak patung or maybe travelling diary)
3) Asiana Airlines
4) Cathay Pacific Airways
5) Thai Airways International
6) Etihad Airways (Evakuasi. I escaped early (January), Alhamdulillah with LE 6504 one way ticket =.=)
7) Air New Zealand
8) Qantas Airways
9) Turkish Airlines
10) Emirates

Malaysia Airlines pun ada menang juga. Apa-apa pun, kepada semua airlines, tingkatkan kualiti and timbang rasa kepada passangers :)

"Maha Suci ALLAH yang pada DIAlah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNYA, kerana takut kepadaNYA. Dan DIAlah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan ALLAH (dan kuat-kuasaNYA), padahal Ia amat keras azab seksaNYA."

Doa mendengar guruh. Sekarang hujan. Surah Ar Ra'd ayat 13, ayat asal start daripada Wa Yusabbihur Ra'du ... " Apabila ditukarkan menjadi doa, ditambahkan Subhanallazi Yusabbihur Ra'du ... Ustazah ana ajar. Jika ada salah, mohon diperbetulkan. ^^

Wallahu A'lam.

Thursday, 10 November 2011

Ini kisah pengakhiran yang manis. Part loro.





Assalamualaikum W.B.T.

Raya haji yang terlampau banyak aktiviti. :) Minta maaf silent reader. :(

Hari yang tragis dan penuh usaha itu sudah seminggu berlalu. Seminggu menghasilkan berbotol-botol, berbaldi-baldi, mungkin penuh telaga cetek itu dengan air mata. Eh, perlukah dikatakan hari tragis? Bukankah hari itu Wisal mencapai kemenangan? Mencapai ketenangan hati yang sudah lama mahu dicapai, Alhamdulillah.

Teringat mesej hari itu. Bait-bait nasyid dendangan Tashiru. Kumpulan nasyid Jepun? Eh, bukan. Indonesia. Indonesia yang ligat membuat filem-filem dan nasyid-nasyid islamik. Yang menjaga adabnya. Nasyid berjudul Maaf Tak Berpisah. Untuk pasangan bercinta yang sedang berusaha untuk berpisah, untuk melawan kemungkaran, menjauhkan diri dari cinta yang keliru, eloklah dengar nasyid ini. Dengarlah dan hayatilah liriknya. Confirm! Hehe.

Bukanlah mudah untuk Wisal melakukan usaha itu. Dia tidak suka dengan kawannya yang penuh memerli, penuh tidak berhikmah, mengata sepanjang masa. Dia tahu langkahnya salah, namun perlukah diperkatakan sebegitu. Amboi, dia memesej dan yang baik itu mengata. Entah-entah, kesalahan sama banyak sahaja. Kawannya yang penuh hikmah, dia hormati. Dia kagumi. Dia sayangi. Dia dengar pandangan mereka. Namun, entah, PERLU digertak juga dirinya itu.

Untuk memberhentikan terus dan melupakan, Wisal tidak mampu. Tiada sokongan di sisinya. Sungguh tidak mampu. Namun, dia sudah berani untuk menghadapi kawan-kawannya. Tegas, penuh ceria! Dia sudah memberhentikan dan dia rasa bersih dengan itu. Tidak merasa kotor, penuh dengan daki dosa seperti sebelumnya.

Dengan secubit iman yang tersisa, Wisal berusaha untuk membersihkan cara percakapannya dengan Fayyadh. Tiada kata-kata sayang. Tiada bahasa-bahasa tidak bertepatan. Tidak kerap. Mungkin sehari dua kali. Namun, hatinya amat sedih. Lelaki itu amat disayangi. Ish, degil sungguh. Lelaki itu bukanlah lelaki yang terbaik. Berani membawanya ke arah kemungkaran. Perlukah disayangi sebegitu sekali? Huh, jatuh maruah. Dirinya yang high class itu boleh jatuh dengan permainan syaitan. Malu. Sungguh memalukan. Astaghfirullah Al Azeem.

Namun, dia sendiri sudah tidak terdaya untuk menahan perasaan. Menahan rasa pedih. Ahh, perkahwinan perlu disegerakan! Lagipun, umurnya sudah dewasa. Eceh. Baru 18 tahun. Dah lapas belas okayy. Segala persiapan perlu dibincang. Satu tarikh mesti ditetapkan. Sampai bila dia perlu bertindak ibarat tengkorak hidup. Tidak berdaya melakukan pelbagai aktiviti. Sedih sepanjang masa. Sungguh tidak aktif!

Apakah yang akan terjadi?

Apakah yang akan terjadi pada Wisal selepas itu? Adakah berjaya rancangan perkahwinan mereka?

Haha. Sungguh ana tidak pandai menulis. Namun, harapnya pembaca memahami. Hehe. Supposenya, mereka yang berpisah perlu lebih bersemangat, tidak berduka atas dosa lama, atas mereka yang membawa kepada dosa, kecuali dia (pasangan tidak sah) benar-benar bertaubat dan menyesal! Namun, ini kisah benar. Kena ceritakan dengan betul. Namun, percayalah, pengakhirannya manis walaupun banyak halangan. (Jangan diikut perlakuan cerita ini yang tidak membina. Kerana anda lebih berjaya dan mulia dari itu!) Terima kasih atas sokongan!

Wallahu A'lam.

Thursday, 3 November 2011

Ini kisah pengakhiran yang manis. Part siji.




Assalamualaikum W.B.T.

Wisal termenung. CD Ustaz Azhar yang dimainkan sudah antara dengar atau tidak. Termangu-mangu. Tersengguk-sengguk. Dia mahu hentikan! Dia tahu dia salah. Dia pelajar sekolah Islam. Sekolah yang tidak asing lagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan solehah. Terkenal di bumi Armani. Bukan sahaja Armani, malah negara sebelah, Sainaa pun sama! Sampai ke pelusuk bumi Armani, orang kenal, hatta pak cik penjual sayur.

Pelajar Sekolah Menengah Islam Al Azzam ada personaliti yang tersendiri. Sekali lihat, boleh dicam. Oh, itu pelajar sekolah Azzam. Sekolah Islam elit tuu. Dialog yang biasa didengari. Namun, Wisal, dengan segala kecetekan ilmu yang ada, telah melakukan satu kesalahan besar! Mengotorkan nama semua pihak. Mengotorkan nama sekolah, ibu bapa, guru, nenek, atuk, moyang, kucing, rumah. Ahhh, rasa bersalah pada semua.

Apakah kesalahannya? Mencurikah? Berzinakah? Astaghfirullah, pembaca jangan fikir terlampau tinggi. Hehe. Wisal telah berkali-kali mengucapkan "I love you" kepada seorang lelaki dan pastinya ia bukan suami! Berbicara manja. Berbulan-bulan lamanya. Walaupun tidak berpegangan tangan, berjalan bersama jauh sekali, tetapi ucapan itu, perbualan itu, love love itu, mana boleh! Terdengar bicara Ustaz Azhar,"bodoooo". (Ehee. Jangan marah). Tepat terkena diri sendiri. Iyaa, Wisal memang terasa bodoh. Baru sekarang dia terasa. Mahu memaki diri sendiri. Namun, dia sendiri sudah hanyut.

Kesedaran yang hadir menggelatakkan fikirannya. Wisal berpusing-pusing. Semua tidak kena. Dia rasa kecewa. Marah dengan diri sendiri. Akal yang lemah. Sudahlah, jasad memang lemah. Makin melemahkan diri sendiri. Dasar insan tak berguna. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. Maha Penyayang.

Kepada kawannya, Huma, Wisal memohon pendapat. Setelah memohon kepada ALLAH S.W.T., Tuhan Yang Maha Baik. :) Ya, memang itu sahaja solutionnya. Apa lagi, clash. Senang cerita. Amboi, senang bercakap. Tetapi bagaimana? Huma, kawan yang walaupun tidak rapat, dan banyak menimbulkan masalah, sangat-sangat baik, ideanya sangat bernas, suka membantu, sangat adventurous! Part masalah itu, iyelah, orang muda suka mencuba. Hihi.

Wisal sudah teresak-esak. Fayyadh, lelaki terawal dan terakhirnya! Dia tidak mahu kepada lelaki lain. Tidak mahu. Degil sungguh. Namun, dia tahu caranya itu salah. Kalau sudah berkenan, kahwin sahajalah. Alaahh, siapa yang mahu menerima proposal kahwin orang yang belum pun SPA (Sijil Pelajaran Armani) lagi ini? Sobs. Huma memberikan idea. Beberapa rangkap nasyid tentang cinta yang keliru. Cinta anta anti. Sadis sungguh upacara perpisahan pengkleshan (clash) malam ini. Bulan tersenyum ceria, syaitan meraung-raung, ahhh, ada insan yang kembali ke pangkal jalan!

Beberapa baris message sudah siap dikarang akan dihantar. Mungkinkah, message terakhir? Message nasyid lengkap membawa maksud. Wisal sudah teresak-esak. Beberapa buah buku, pembaris, pensil, semuanya menjadi saksi. Ohh, Wisal sedang berada dalam perpustakaan. Bukan asrama. Mana boleh biarkan orang lain dengar. Strategik sikit. Tempat terpencil lagi tidak berpenghuni malam-malam begini. Baru sesuai. Huma memberi dan menambahkan kekuatan. Tampak gembira. Namun cuba menyembunyikan senyumannya.

Wisal semakin tersedu-sedu. Semakin kuat gegaran badannya yang kurus itu. Dan, saat itu butang send dihantar. Perasaan? Saat itu, satu kepedihan, satu kepiluan amat terasa. Tangisan yang sangat hebat. Mengalahkan tangisan anak kecil yang kesakitan.

Namun, dia telah berjaya. Ya, Wisal telah berjaya! Alhamdulillah. Ketenangan yang mahu dikecapi, tercapai. Benarlah, dosa itu mengakibatkan kegelisahan. Dan kalau tidak rasa gelisah, sungguh, berfikirlah dan berfikirlah kenapa kamu tidak rasa gelisah.

Haha. Boringkah? Ana tidak pandai mengarang. Masih perlu belajar dengan Encik Ramlee Awang Murshid. Namun, jika ana kata ini kisah benar. Kisah perjuangan yang benar. Perit pada mulanya, bahagia pada akhirnya. Adakah kamu sudi menerima cerita ini dan mengaplikasi? Ramai yang berjaya menghentikan hubungan terlarang. Dan anda pun boleh! Saya sayang suami saya. Selamat berjayaa ^^

ALLAH, please help us and please strengthen our soul to help ourselves~

Wallahu A'lam. ^^

Tuesday, 1 November 2011

Adakah boleh membuat penipuan umur?




Assalamualaikum W.B.T.

Terdapat satu pertanyaan. Mungkin sensitif bagi sesetengah pihak yang selalu melakukan. Hihi. Tetapi, dek kerana keluarga kami yang tak mampu menipu saiz, jadi tak pernah dilakukan kot.

Apakah boleh seseorang itu menipu umurnya untuk membeli tiket kapal terbang dengan harga yang rendah? Passenger bawah 12 kan murah sikit harganya. Katakanlah dia itu 15 tahun, dan, badannya kecil sahaja, maka dia mengaku bahawasanya dirinya 11.

Oh, takdelah terlampau strict kepada tiket kapal terbang. Mungkin, tiket masuk Petrosains. Tiket bas. Dan lain-lain. Mengaku Azhariyyat? Syndrome ini agak berleluasa dekat kawasan sekeliling ana. Ahli keluarga ana pula, terlebih tinggi daripada umur asal. Maka, seringkali disalah tafsir sebagai orang dewasa dan selalu tidak mendapat duit raya!

Kanak-kanak, jangan disamakan dengan orang dewasa. Boosternya lain. Caranya lain. ^^

Syukran ala tutorial :)

Credit By IEYHA

YA ALLAH, bersihkanlah hati-hati ini~

Wallahu A'lam.