Friday 6 September 2013

Saya Merasai Bersalin Itu.

Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kembali :3 Alhamdulillah.

Cepat sangat masa berlalu, dan ya! Saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel :) Saya perasan, ramai yang bercerita tentang pengalaman bersalin mereka. Memang perit namun, indah. 

Saya pun mahu jadi sang penglipur lara. 

* * *

Sebelum Subuh 19 Ogos 2013, tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang agak kuat. Hasil dari bacaan buku Diari Hamil, saya dapat idea tentang tanda-tanda mahu bersalin. Sebenarnya, saya tak tahu pun sakit kontraksi macam mana bentuknya. Main agak-agak je. Hehe. Saya ambil jam.

"Okay, sekarang contraction setiap 3 minit."

Oleh kerana perut sedang lapar, saya dan suami makan nasi lemak dahulu. Dan saya amat bersyukur dengan decision untuk makan nasi lemak dahulu! Amat banyak tenaga yang diperlukan untuk proses meneran. Sempat juga saya melayari internet dan memberitahu Baba untuk ke hospital.

Usai sarapan, dengan pakaian yang agak selekeh :3, saya ke Hospital Pakar Al Islam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Contraction makin kuat! Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan cermat. Fuh fuh. Velositi berjalan makin lambat, dengan gaya yang agak lemah, saya berkata kepada pegawai pendaftar, yang saya agak sakit.

Kurang dari lima minit (taqriban), saya masuk berjumpa Dr. Norlida. Beliau meminta izin untuk memeriksa cervix.

"Hah, dah buka 6 cm! Admit labour room sekarang!"

Jururawat datang membawa kerusi roda, dan saya dimasukkan ke wad. Nurse memberikan cecair untuk pembersihan kolon (buang air besar) dan diberi pilihan menu untuk makan nanti. Aihhh, menu ayam masak masala, nasi kerabu, ikan masam manis, macam tiada menu untuk pantang je. Dengar cerita, ayam bakar sepanjang 40 hari. Boleh berasap kepala saya asyik tertelan karbon nanti.

Agak sakit juga proses memasukkan cecair melalui anal canal. Usai buang air besar, saya dimasukkan ke labour room. Suami juga menemani, Alhamdulillah. I really need him to be by my side! Jadi teman borak saya, teman sedih saya, teman analgesik saya. Saya meminta epidural. Oleh kerana bukaan cervix sudah 6 cm, permintaan saya tidak diterima. Saya meminta analgesik lain pula, iaitu Pethidine.

Malangnya, Pethidine itu tidak berfungsi kepada saya, tetapi ia memberi kesan kepada anak. Contraction makin menjadi-jadi. Kejam sungguh! Selagi anal canal tidak bulge, saya tidak dibenarkan meneran. Fuh. Hampir pengsan dan mahu menangis kesakitan, namun saya menahan. Malulah menangis depan orang. Tidak sampai hati juga untuk menggenggam tangan suami, nanti banyak kesan kuku.

Sedang berusaha melawan sakit, saya diberikan arahan untuk meneran. Wahhh, memang banyak tenaga diperlukan! Teran sewaktu wave contraction datang sahaja. Pada waktu yang tidak sakit, proses meneran menjadi agak slow. Inilah manfaatnya tidak mengambil epidural, kalau tidak, lambat prosesnya kerana ibu tidak sakit. Alhamdulillah.

Memang sakit bersalin itu dicipta, untuk memudahkan proses bersalin.

Misi bertanya,"ada ambil air selusuh, air yasin ke?" Senang proses awak ni."
Saya menjawab,"tiada."


Tiba-tiba terasa ada benda besar mahu keluar, dan sayup-sayup ternampak doktor datang. Guntingan episiotomi dibuat, dan bluakkkkk, baby keluar pada jam 12.33 tengahari bersama plasentanya beberapa tika kemudian. 

Yang saya ingat waktu tu, Alhamdulillah, berakhir juga penderitaan ini. Jahitan mula dibuat. Ya, kerana contraction amat kuat sakitnya, guntingan dan jahitan tidak terasa apa-apa pun. :3 Chill lah, bak kata suami. Baby dibersihkan dan diazankan, saya pula menggigil kesejukan, keletihan dan kelaparan.



Qays Umar Tee Bin Mohd Qarafi. Esoknya, saya pulang ke rumah sebelum jam 12. Mohon doakan anak saya dan keluarga kami, dengan doa yang tulus dari hati.

Terima kasih suamiku, sentiasa berada di sisi sehingga ke akhirnya. Love.

6 comments:

  1. mabruk nusaibah dan suami..pengalaman awak lebih kurang sama dgn my mom. hehe seronoknya dah ada anak. Alhamdulillah semuanya okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap. Alhamdulillah, semuanya okay :) Yeke? Hehe. Seronok ada anak ^^ Tapi, rindu juga hidup berdua. Takpe, anak dah besar nanti boleh berdua semula.

      Delete
  2. terharu... n agak menakotkan gak cite ni. anyway,,congratz mummy. huhu. kiss baby qays for me <3

    ReplyDelete
  3. lame dh rupanya follow blog nus. smpai dh ad baby dh pun.. btw, tahniah. dan sy mmg suke sgt nama umar... jatuh cinta dgn kehebatan umar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alhamdulillah :) Kaan? Doakan dia juga mempunyai peribadi Umar.

      Delete