Sunday, 20 March 2011

Seeking for money. Or something to sell.


Assalamualaikum W.B.T.

Ya, poket kami kosong. We are both students. Lagi-lagi, ana tidak mendapat tajaan elaun bulanan melainkan belas ehsan ibu bapa dan suami semata-mata.
Hehe. Alhamdulillah :)

We need to generate money. Untuk menampung sara hidup. Untuk bayar itu dan ini. Untuk makan. Untuk hidup. :( So, any ideas?

Kepada pihak yang terbaca dan berminat untuk berurusan, kami menetap di Mesir, bukan di Malaysia dan boleh dihubungi di;

E-Mail; nus_90@hotmail.my
Facebook; Nusaibah Sallehuddin

InsyaALLAH, moga kita semua mendapat keberkatan atas idea dan pertolongan yang diberi.

Doa diampunkan dari keza
liman

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"

(Al-A'raaf: 23)

Doa supaya dianugerahkan kelebihan

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNYA "

(Saad: 35)

Nota kaki 1: InsyaALLAH esok ke Mesir. Doakan keselamatan!

Nota kaki 2: Anak sepupuku sungguh comel. :D

Wallahu A'lam

Friday, 18 March 2011

Yang perasan hensem dan memang.

Assalamualaikum W.B.T.

Akibat sudah lama tidak menulis, sungguh otakku berkarat. Pemikiranku lambat. Tidak!!

YA ALLAH, hati-hati ini mahu dibersih dan dicuci dan disental sebaik-sebaiknya.

Alhamdulillah, sudah bergelar puan? Hehe. Kepada suami saya yang hensem, cute, tembam, baik hati, pemurah, penenang, penyabar, penyayang, syukran for everything!

Syukran untuk segala toleransi yang dihulurkan saat kedegilan kelas satu.

Syukran untuk segala kasih sayang yang dihulurkan siang dan malam tanpa henti. Mengalir bak sungai.

Syukran kerana menjadi suami yang bertanggungjawab atas segala perkara.

Syukran kerana menjadi seorang insan yang sangat baik pada diri ini!

Semoga kita kekal bahagia sehingga ke syurgaNYA, InsyaALLAH :)

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang menjayakan perkahwinan kami, mereka insan yang amat kami sayangi.

Sallehuddin Bin Sidek
Wan Mazwati Binti Wan Yusoff

dan

Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah
Norisah Binti Akbar

serta adik beradik, mek ayoh tok dan kaum kerabat, rakan-rakan Al Manar, MTD, Alexandria dan rakan FB.

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

"Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNYA dengan menyebut nama-nama itu" [Al A’raaf:180]

Ya Wadud Ya Wadud Ya Wadud; The MOST Loving :)


Wallahu A'lam ^___^



Thursday, 3 March 2011

Adakah tahap kesabaran makin merendah?

Assalamualaikum W.B.T.

Situasi untuk menguji kesabaran;

1) Pejabat Agama
"Dik, tandatangan Pak Imam Masjid Zakaria takda".

Haha. Balik semula.

Malam itu, jumpa Imam Masjid Zakaria dan beliau volunteer nak uruskan kesemuanya sebab dokumen dah lengkap. So, just pay RM 10 and no need to go to Pejabat Agama anymore! Alhamdulillah.

2) Bangunan MAIWP.
Kali Pertama;
"Takda buku akaun eh"
"Yup"
"So, sila dapatkan penyata kewangan, contohnya ini, penyata kewangan bapa"

Pergi Menara Tun Razak with Baba di kawasan Masjid Jamek. Dan pergi semula ke MAIWP.

Kali Kedua;
"Dik, ni akaun ayah ya?"
"Yup"
"Tak boleh dik, kena akaun pemohon"
"Dah tadi tunjuk contoh penyata kewangan BAPA"
"Iyalah, tapi ini akaun bersama"
"Kenapa tak cakap awal-awal?"

Balik. Dan keesokan harinya.

*Tak semua orang tahu. Jadi, bagilah maklumat secara precise. Boleh kan? :)

3) Bank Islam
Proses mendapatkan penyata kewangan.

"Dik, kad bank ni tak aktif"
"Dulu pernah hilang, ni kad bank baru"
"Tapi kenapa tak aktif ya? Cuba sekejap kat ATM"

Mencuba dan kad berjaya ditelan.

"Kad dah kena telan"
*Pegawai tengah gelak-gelak. Alhamdulillah, dia mesraa. Taklah muka ketat seperti mana pegawai bank yang lain.
"Kak, still boleh masukkan duit kan?"
"Boleh, tapi takleh nak keluarkan"
"Okay."

Kali Ketiga;
Pergi semula ke pejabat MAIWP.

"Nah"

Dan terus pulang. At last. Alhamdulillah

4) Spa
Everything is okay except I am hungryyy. So, bila lapar maka tumpuan takde. Tak sabar nak tunggu habis sebab nak pergi makan. Balik rumah, terus merebus sebungkus maggi dan makan nasi pattaya.

* * *

Lately, ana tak kekok untuk bersuara kalau tak puas hati.

Contoh;

Situasi di Embassy Malaysia di Cairo.

Dengan tak sengajanya; kami telah tersilap isi borang kahwin. Dan nak kena tukar saksi. So, pegawai kena print semula borang, kalau tak silap 2 mukasurat sahaja, dan beliau berkata;

"BENGAP betullll"

Maka ana pun termenjawab sampai terkejut orang lain. Boleh tahann.

Ana pernah terbaca, siapa yang ada banyak kesalahan mulut, kena banyak bersedekah. Kalau tak silap, ini hadits. Ada sesiapa yang tahu?

Adakah lebih baik senyum sahaja sambil berkata, "Okay" ataupun menyuarakan ketidakpuasan hati.

Dialog mungkin tak precise, tapi maksudnya sama. Haha. Takkan nak ingat dialog sebijik2.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMU)" (Al-A'raf : 126)

YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami dan jauhkanlah kami daripada maksiat.

Ini doa supaya dapat menjadi orang yang sabar. Jom amalkan!

Nota kaki 1: Mood swing

Wallahu A'lam.