Sunday, 29 September 2013

Rezeki Besar.


Assalamualaikum W.B.T. :)

Alhamdulillah, usia Qays hari ini sudah 40 hari. Makin sihat dan berat! Kata orang tua, berpantang 44 hari. Gaya pantang saya agak teruk sikit. Haha. Tetapi, saya tidak minum atau makan benda sejuk. Tak sabar mahu makan aiskrim Baskin Robbin dan Tutti Frutti berwarna-warni :3 Semakin lama menjaga Qays, makin menjadi senang, kerana ia satu proses pembelajaran.


Kalau belajar, makin pandailah, tidak susah lagi, InsyaAllah. Kalau tidak mahu belajar, bagaimana mahu berubah.

Salah satu benda yang merunsingkan anak muda yang mahu bernikah ialah... wang! Kita pelajar mana punya duit. Yang berbiasiswa pun sudah bising suruh dinaikkan elaunnya. Ish ish. Habis, kita yang takde ni? Hehe. Alhamdulillah, saya dan Qarafi, memang baaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaak mendapat bantuan dari ibu bapa. T_T Kalau tak, kami punya wang sangat terhad. (Qarafi mendapat biasiswa). Terima kasih tak terhingga :')

Tetapi, ada yang Allah uji, keluarganya tidak berapa berkemampuan. Nak suruh mereka support mungkin agak susah. Jadi? Bukankah Nabi Muhammad pernah berkata, 9/10 rezeki berpunca dari berniaga.

Mari dengarkan kisah saya.

Sewaktu saya mula-mula mahu mencari wang, saya menulis pada blog ini tentang perkara tersebut (dah lama usia blog ini :3). Ada seorang kakak yang baik hati menawarkan diri menolong saya. Dia akan membeli sejumlah pakaian Mesir dari saya untuk dijual di Malaysia. Pada waktu tersebut, tak ramai lagi yang menjalankan bisnes pakaian Mesir ni. Senanglah. Hew hew. Sekarang, fuh. 

Dengan satu proses jual beli, saya mendapat hampir RM 2000! Ehem, mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi bagi saya, :D

Saya kembangkan lagi dengan penjualan tudung Mesir untuk pengedar di Malaysia. Agak banyak tempahan yang diterima. Setiap kali pulang ke Malaysia, hampir atau mesti overload. Hehe. Pernah satu ketika pada tahun 2011, saya dibenarkan membawa 35 kg bagasi, tetapi barangan saya mencecah 50 kg! Tetapi, terima kasih kerana tidak efisiennya sistem di Mesir, pegawai langsung tidak berkata apa-apa. Haha. Saya berdoa bersungguh-sungguh supaya bagasi saya diterima. Habislah kalau nak membayornya. Margin keuntungan tudung Mesir agak kecil berbanding jubah, tetapi saya masih mendapat banyak wang darinya, Alhamdulillah :)


Kan? Banyak rezeki dapat tu. Sadaqa Rasulullah S.A.W.

Jadi, sesiapa yang menanam cita-cita untuk berkahwin, berniagalah. Nikah itu juga memurahkan rezeki. Dan MESTI belajar dari orang yang pakar. Sahabat saya juga berniaga, dan dia mendapat keuntungan 5 angka, dengan menjual benda biasa, kerana dia lebih rajin mengencangkan bisnesnya berbanding saya. Hehe. Orang rajin selalu menang, orang rajin selalu untung.


Kalau ada yang mahu bertanya apa-apa, dipersilakan message FB saya, Nusaibah Sallehuddin. Kita bantu-membantu. Dan, jemput like, sekalian sahabat, bisnes terbaru kami, Baju Turki



Salah satu contoh blouse.

Hmm.. Kurang berpuas hati. Penulisan saya makin teruk, mungkin agak kurang membaca. Haruslah mencari buku-buku gaya penulisan menarik sekarang juga!

Nak tiru gaya Ramlee Awang Murshid -- tak reti. 

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin.
24 Zulkaedah 1434 H.
Villa Bestari, Kuala Lumpur.

Sunday, 22 September 2013

Berumah tangga?


Assalamualaikum W.B.T. :)

Ada orang bertanya kepada saya, tentang tips bahagiakan suami. Amboi, macam Dr. Cinta pula. Saya bukanlah seorang yang pakar :P, namun sebagai seorang isteri, inilah perkongsiannya. Saya bagi 5 tips sahaja, cuba amalkan yang ini dahulu.

1) Selalu refresh.
Walaupun suami tak pernah balas, atau dia tak pernah nak sebut dulu, selalulah cakap "love you", "miss you". Nak romantik sikit, cakap bahasa Melayu. Keke. Aku mencintaimu. Dah memang fisiologi lelaki begitu, pemalu. Malu hendak meluahkan melalui kata-kata, kerana mereka meluahkan melalui perbuatan. Tetapi, mereka nak sangat dengar kata-kata cinta. Mengada sungguh. Haha. Jadi bakal isteri sekalian, janganlah terasa. Bahasa cinta lelaki dan perempuan lain. :3

2) Merajuk sekejap sahaja.
Kadang-kadang kita akan terasa. Kalau dia dah pujuk, nak menyombong sekejap, okaylah. Jual mahal sikit. Hehe. Tapi, jangan lama-lama, bazir masa! Kalau dia dah mengusik ke, minta maaf ke, jangan keraskan muka. Gelak je :) Hahaha. Dan hubungan akan menjadi lebih erat.

Tapi, kalau tak merajuk langsung, lebih bagus!


3) Tidak boleh naikkan suara!
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat ini! Naikkan-suara-memang-sangat-tidak-berperikemanusiaan. (Tulis sambil ketap gigi). Grr.

4) Dengar kata.
Kalau ada arahan atau permintaan, buat sahaja tanpa bantah :) Tetapi, kalau tak setuju, bincangkan elok-elok. Kalau dia insist juga, buat sahajaaaa. Kalau tak setuju juga, bagi alasan kukuh, atau suruh dia faham situasi. Dari sini dua-dua pihak belajar toleransi. Kan?

5) Remain beautiful!



Alhamdulillah, dikurniakan pasangan penyejuk jiwa.^^ Kita berusaha untuk memainkan peranan kita, kalau suami tak memainkan peranan, bukan urusan kita. Doa banyak-banyak, InsyaAllah suami akan sejuk hati dan mula melaksanakan tanggungjawabnya. 

Notis!
Penting untuk kita tahu dan saling memahami; fisiologi lelaki dan perempuan lain! Hormat, faham dan raikan perbezaan tersebut.

Wallahu A'lam.

Nusaibah Sallehuddin
17 Zulkaedah 1434
Villa Bestari, Kuala Lumpur.

Friday, 6 September 2013

Saya Merasai Bersalin Itu.

Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kembali :3 Alhamdulillah.

Cepat sangat masa berlalu, dan ya! Saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel :) Saya perasan, ramai yang bercerita tentang pengalaman bersalin mereka. Memang perit namun, indah. 

Saya pun mahu jadi sang penglipur lara. 

* * *

Sebelum Subuh 19 Ogos 2013, tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang agak kuat. Hasil dari bacaan buku Diari Hamil, saya dapat idea tentang tanda-tanda mahu bersalin. Sebenarnya, saya tak tahu pun sakit kontraksi macam mana bentuknya. Main agak-agak je. Hehe. Saya ambil jam.

"Okay, sekarang contraction setiap 3 minit."

Oleh kerana perut sedang lapar, saya dan suami makan nasi lemak dahulu. Dan saya amat bersyukur dengan decision untuk makan nasi lemak dahulu! Amat banyak tenaga yang diperlukan untuk proses meneran. Sempat juga saya melayari internet dan memberitahu Baba untuk ke hospital.

Usai sarapan, dengan pakaian yang agak selekeh :3, saya ke Hospital Pakar Al Islam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Contraction makin kuat! Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan cermat. Fuh fuh. Velositi berjalan makin lambat, dengan gaya yang agak lemah, saya berkata kepada pegawai pendaftar, yang saya agak sakit.

Kurang dari lima minit (taqriban), saya masuk berjumpa Dr. Norlida. Beliau meminta izin untuk memeriksa cervix.

"Hah, dah buka 6 cm! Admit labour room sekarang!"

Jururawat datang membawa kerusi roda, dan saya dimasukkan ke wad. Nurse memberikan cecair untuk pembersihan kolon (buang air besar) dan diberi pilihan menu untuk makan nanti. Aihhh, menu ayam masak masala, nasi kerabu, ikan masam manis, macam tiada menu untuk pantang je. Dengar cerita, ayam bakar sepanjang 40 hari. Boleh berasap kepala saya asyik tertelan karbon nanti.

Agak sakit juga proses memasukkan cecair melalui anal canal. Usai buang air besar, saya dimasukkan ke labour room. Suami juga menemani, Alhamdulillah. I really need him to be by my side! Jadi teman borak saya, teman sedih saya, teman analgesik saya. Saya meminta epidural. Oleh kerana bukaan cervix sudah 6 cm, permintaan saya tidak diterima. Saya meminta analgesik lain pula, iaitu Pethidine.

Malangnya, Pethidine itu tidak berfungsi kepada saya, tetapi ia memberi kesan kepada anak. Contraction makin menjadi-jadi. Kejam sungguh! Selagi anal canal tidak bulge, saya tidak dibenarkan meneran. Fuh. Hampir pengsan dan mahu menangis kesakitan, namun saya menahan. Malulah menangis depan orang. Tidak sampai hati juga untuk menggenggam tangan suami, nanti banyak kesan kuku.

Sedang berusaha melawan sakit, saya diberikan arahan untuk meneran. Wahhh, memang banyak tenaga diperlukan! Teran sewaktu wave contraction datang sahaja. Pada waktu yang tidak sakit, proses meneran menjadi agak slow. Inilah manfaatnya tidak mengambil epidural, kalau tidak, lambat prosesnya kerana ibu tidak sakit. Alhamdulillah.

Memang sakit bersalin itu dicipta, untuk memudahkan proses bersalin.

Misi bertanya,"ada ambil air selusuh, air yasin ke?" Senang proses awak ni."
Saya menjawab,"tiada."


Tiba-tiba terasa ada benda besar mahu keluar, dan sayup-sayup ternampak doktor datang. Guntingan episiotomi dibuat, dan bluakkkkk, baby keluar pada jam 12.33 tengahari bersama plasentanya beberapa tika kemudian. 

Yang saya ingat waktu tu, Alhamdulillah, berakhir juga penderitaan ini. Jahitan mula dibuat. Ya, kerana contraction amat kuat sakitnya, guntingan dan jahitan tidak terasa apa-apa pun. :3 Chill lah, bak kata suami. Baby dibersihkan dan diazankan, saya pula menggigil kesejukan, keletihan dan kelaparan.



Qays Umar Tee Bin Mohd Qarafi. Esoknya, saya pulang ke rumah sebelum jam 12. Mohon doakan anak saya dan keluarga kami, dengan doa yang tulus dari hati.

Terima kasih suamiku, sentiasa berada di sisi sehingga ke akhirnya. Love.