Assalamualaikum W.B.T.
Hari-hari berpuasa, kadang-kadang membuatkan ana terlampau kenyang. Kenyang dengan makanan berbuka dan makanan supper sekaligus makanan sahur. Alhamdulillah, banyak rezeki. Namun, saya harap makanan yang dianugerahkan ini, tidak menjejaskan kesihatan kami semua.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa ana dan suami balik menggunakan airlines yang berlainan? Memang ramai yang bertanya. Ana menjawab soalan tersebut hampir 10 minit sekali (okay, ini perumpamaan). Keh3. Padahal kami pulang pada tarikh yang sama. Maka, inilah hikayatnya.
Pada tanggal sekian-sekian, dalam bulan April, kami berdua merancang untuk membeli tiket kapal terbang awal, lagipun tarikh cuti sudah keluar, Alhamdulillah. Harga tiket yang standardnya LE 3600 naik mendadak menjadi LE 4000 lebih. Tiket yang bermula dengan angka 3 sudah tidak kedengaran. Cis. Ini mesti cukai berlebihan.
Pilihan pertama ana, haruslah Qatar Airways atau apa-apa sahaja airline yang bukanlah Egypt Air, Kuwait Airways, Etihad Airways dan Royal Jordanian. Faktor Qatar Airways yang meduduki rangking pertama dalam The Best Airlines juga memainkan peranan yang sangat besar. Hari pertama meninjau, sudah ada kata putus, Qatar Airways LE 4650, suami juga booked airline yang sama.
Suami kurang bersetuju dengan harga tersebut yang mahal. Beliau mahu tiket yang lebih murah. Sedangkan ana pula sudah bersedia untuk membayar setelah Baba dan Ummi bersetuju dengan harga tersebut. Dan, beliau pun membeli tiket Kuwait Airways dengan harga LE 4300. Ana pula bersetuju, tak kisahlah asalkan balik. Haru kalau beliau tiba-tiba ubah pemikiran tidak mahu pulang. (Macam tahun sebelumnya). Raya solo lagilah gamaknya.
Namun,
Menaiki airlines yang berlainan, memang sunyi. Masa landing kami pun berbeza, pukul 1.30 petang dan 8.40 malam, pada tarikh yang sama. Ditambah-tambah lagi goresan hati apabila sungguh ramai couple duduk sebelah menyebelah. Hamboi. Bermesra-mesra terlebih dos. Dari awal hingga akhir, duduk berkepit. Ana yang melihat rasa terbakar mata. Bak mata Kim Jong Kook.
Tidak kisahlah airline yang sama berulang kali. Kita sepatutnya lebih menghargai suami kita, bukan mementingkan diri mahu merasa kapal terbang lain. Orang tidak boleh diganti. Kapal terbang, masa lain boleh rasa. Duit boleh dicari, bukan? Pesanan ana kepada rakyat lain yang merancang untuk melebihkan jenis kapal terbang lebih daripada suaminya.
Lagipun, Qatar Airways takdelah best sangat pun. Erk. Dan, suami merungut Kuwait Airways pun takdelah best sangat pun. Ada maksud tersirat? Rindulah tu. :P Alhamdulillah, flight suami delayed, dan kami landed berbeza 10 minit sahaja, Allah S.W.T. pendekkan masa daripada 7 jam lebih menjadi 10 minit. Kami berjumpa di aerotrain ^^
Wallahu A'lam.