Sunday, 29 September 2013
Rezeki Besar.
Assalamualaikum W.B.T. :)
Alhamdulillah, usia Qays hari ini sudah 40 hari. Makin sihat dan berat! Kata orang tua, berpantang 44 hari. Gaya pantang saya agak teruk sikit. Haha. Tetapi, saya tidak minum atau makan benda sejuk. Tak sabar mahu makan aiskrim Baskin Robbin dan Tutti Frutti berwarna-warni :3 Semakin lama menjaga Qays, makin menjadi senang, kerana ia satu proses pembelajaran.
Kalau belajar, makin pandailah, tidak susah lagi, InsyaAllah. Kalau tidak mahu belajar, bagaimana mahu berubah.
Salah satu benda yang merunsingkan anak muda yang mahu bernikah ialah... wang! Kita pelajar mana punya duit. Yang berbiasiswa pun sudah bising suruh dinaikkan elaunnya. Ish ish. Habis, kita yang takde ni? Hehe. Alhamdulillah, saya dan Qarafi, memang baaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaak mendapat bantuan dari ibu bapa. T_T Kalau tak, kami punya wang sangat terhad. (Qarafi mendapat biasiswa). Terima kasih tak terhingga :')
Tetapi, ada yang Allah uji, keluarganya tidak berapa berkemampuan. Nak suruh mereka support mungkin agak susah. Jadi? Bukankah Nabi Muhammad pernah berkata, 9/10 rezeki berpunca dari berniaga.
Mari dengarkan kisah saya.
Sewaktu saya mula-mula mahu mencari wang, saya menulis pada blog ini tentang perkara tersebut (dah lama usia blog ini :3). Ada seorang kakak yang baik hati menawarkan diri menolong saya. Dia akan membeli sejumlah pakaian Mesir dari saya untuk dijual di Malaysia. Pada waktu tersebut, tak ramai lagi yang menjalankan bisnes pakaian Mesir ni. Senanglah. Hew hew. Sekarang, fuh.
Dengan satu proses jual beli, saya mendapat hampir RM 2000! Ehem, mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi bagi saya, :D
Saya kembangkan lagi dengan penjualan tudung Mesir untuk pengedar di Malaysia. Agak banyak tempahan yang diterima. Setiap kali pulang ke Malaysia, hampir atau mesti overload. Hehe. Pernah satu ketika pada tahun 2011, saya dibenarkan membawa 35 kg bagasi, tetapi barangan saya mencecah 50 kg! Tetapi, terima kasih kerana tidak efisiennya sistem di Mesir, pegawai langsung tidak berkata apa-apa. Haha. Saya berdoa bersungguh-sungguh supaya bagasi saya diterima. Habislah kalau nak membayornya. Margin keuntungan tudung Mesir agak kecil berbanding jubah, tetapi saya masih mendapat banyak wang darinya, Alhamdulillah :)
Kan? Banyak rezeki dapat tu. Sadaqa Rasulullah S.A.W.
Jadi, sesiapa yang menanam cita-cita untuk berkahwin, berniagalah. Nikah itu juga memurahkan rezeki. Dan MESTI belajar dari orang yang pakar. Sahabat saya juga berniaga, dan dia mendapat keuntungan 5 angka, dengan menjual benda biasa, kerana dia lebih rajin mengencangkan bisnesnya berbanding saya. Hehe. Orang rajin selalu menang, orang rajin selalu untung.
Kalau ada yang mahu bertanya apa-apa, dipersilakan message FB saya, Nusaibah Sallehuddin. Kita bantu-membantu. Dan, jemput like, sekalian sahabat, bisnes terbaru kami, Baju Turki.
Salah satu contoh blouse.
Hmm.. Kurang berpuas hati. Penulisan saya makin teruk, mungkin agak kurang membaca. Haruslah mencari buku-buku gaya penulisan menarik sekarang juga!
Nak tiru gaya Ramlee Awang Murshid -- tak reti.
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin.
24 Zulkaedah 1434 H.
Villa Bestari, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy suka cara awak menulis nus... baby awk comey sgt...tahniah...:D
ReplyDeleteHihi. Terima kasih. Doakan kami selalu Cik Strawberi :)
Delete