Assalamualaikum W.B.T.
Bertarung dengan diri sendiri is a real battlefield.
Kisah ini sudah lama, berlaku pada bulan lepas, beberapa hari sebelum ana balik Malaysia. Tetapi, masih dan perlu, untuk dicerita sebagai pengajaran kepada yang lain. Kisah seram, kekejaman dan kezaliman bangsa Arab. Hahaha. Macam dituju kepada semua? Tidak, hanya segelintir bangsa Arab.
Segelintir yang menyalahkan kerajaan atas siapa mereka pada hari ini. Kerajaan Mubarak memang mengaut wang. Tetapi, diri sendiri tidak memainkan peranan?
Adik ana akan terbang dari Mesir ke Malaysia, menaiki pesawat yang berlepas dari Iskandariah. Jadi, kami berempat, ana, suami, bersama kawan sebatch, Encik Raj dan Encik Zai pergi ke Kaherah sambil membeli pakaian di Hussin, tempat yang penuh sesak (jalan satu lane dengan kenderaan beribu). Tiket tren pada waktu tersebut habis. Biasanya, tiket jarang habis walaupun beli lima minit sebelum. Mungkin kerana cuti universiti.
Kami membeli tiket tren awal, yelah, nanti habis kalau beli lambat. Sampai di Kaherah, dengan terik mentari yang memberi Vitamin D yang melimpah ruah, tolong Encik Calcium :), terus ke stesen tren untuk membeli 5 keping tiket. Sekeping berharga LE 35. Orang Arab yang hobinya mengehon kereta, sangat menguji kesabaran. Tidak pernah satu saat pun takde hon! Hon jadi halwa telinga agaknya. Kalau mereka Malaysia, mungkin rasa sebanyak tekanan sebab tak boleh hon sesuka hati di jalan raya. Hahaha. Sebagai protes, ana menutup telinga dengan semangatnya di hadapan mereka.
Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah :)
Usai makan di restoran favourite yang baru didiscover, restoran Nil di Seksyen 7, Bandar Nasr, sebuah restoran Thailand, makan sampai tercekik sebab perlu pantas, kami bersama Jijah (adik ana) bertolak ke stesen keretapi 45 minit sebelum tren bertolak. Biasanya perjalanan dalam 15-20 minit sahaja. Tak sangka pula jem melampau sampai hampir 2 jam. Jadi, ya, kami terlepas tren, first time terlepas!
Tiket tren pada waktu berikutnya sudah habis. Resort terakhir, tramco. Tramco ini sebenarnya sangat laju, seperti mahu terbang! Cuma tren lebih selesa kerana jam keretapi tidak mungkin berlaku, tempat duduk lebih luas, boleh ke sana dan ke sini, membeli makanan dan minuman serta tandas yang. Err.
Dan di sini, bermulalah episod ngeri. Yang menyebabkan ana menjadi trauma menaiki tramco! Menjadi tidak mahu pergi ke Kaherah! Walaupun kaya dengan jubah-jubah yang cantik dan murah, kain-kain dan pakaian yang sangat menguntungkan, tetapi ia sangat sesak! Sesak is a NO (pembaziran masa yang melampau) melainkan ada public transport yang tidak beroperasi di atas jalan raya. Tidak kisahlah jalan air mahupun jalan keretapi, I'm okay with it :)
Antara syarat utama pada musim panas berpeluh untuk menaiki tramco, aircond mestilah dalam keadaan baik. Kesian para penumpang tramco sebelum ini, sebab hanya kami orang depan sahaja yang dapat merasakan penghawa dingin berderu-deru! Haha. Sangat kejam. :P Sangat nyaman sekali, Alhamdulillah. Kasihan sungguh melihat orang belakang berpeluh-peluh. Ternyata keputusan untuk duduk di situ sangat tepat. Kalau tidak, ana terpaksa menadah telinga mendengar bebelan dan rungutan yang istiqamah daripada suami.
Pak cik pemandu kata, aircond is okay! Sangat baik! Alhamdulillah, syarat pertama sudah lepas. Namun, ada satu perkara yang kami TERambil ringan. Harga tambang. Korang jangan samakan orang Arab dengan orang Europe. Jauh beza! Orang Europe jauh lebih baik dan berdisiplin. Namun, orang Paris mungkin ada sedikit persamaan dengan Arab.
Berikut ialah kejadian ngeri yang telah berlaku:
1) Beberapa kali, sepanjang perjalanan, kami menyuruh pak cik memasang aircond. Namun, beliau tidak memasang sehingga ke akhirnya! Alhamdulillah, angin malam sangat sejuk dan nyaman. Tidak bahang macam angin pagi.
2) Beliau tiba-tiba berhenti di tengah jalan, dan tiba-tiba meminta penumpang membayar harga tambang dengan kenaikan sebanyak LE 10! Normal LE 25. Tetapi, dia meminta LE 35. Teringat peristiwa seorang rakyat Malaysia meninggal (baru sahaja dalam sehari dua) kerana terjun daripada tramco setelah diacukan dengan pisau. Orang Arab tak boleh bergaduh sangat dengan mereka, sebab pisau sudah menjadi rakan karib! Sikit-sikit nak acu pisau, sikit-sikit nak tikam. Dekat ER penuh dengan kes tikam-menikam.
Ramai penumpang yang enggan membayar dengan harga tersebut. Maka, bermulalah perang mulut yang sangat dahsyat. Errrghh. I just want to cry and suruh semua diam. Mula-mula pak cik cakap LE 25, then tiba-tiba LE 35. Dan siap bersumpah atas nama Allah S.W.T., yang dia tak cakap pun LE 25. Penumpang bergaduh dengan pak cik, sama-sama bertengking, sama-sama enggan membayar. Dan tramco tidak bergerak dalam masa yang lama. Ana yang mahu perjalan diteruskan, just bayar dengan harga tersebut, nanti kena tinggal dekat padang pasir!
Dalam van, kedengaran bacaan Al Quran surah As Saff.
" Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak buat?!"
Warning keras daripada Allah S.W.T. Dan pak cik menslowkan volume selepas itu. Tergetar hatinya, mungkin?
3) Sampai di satu tempat yang tidak diketahui, pak cik pun berhenti. Okay, sudah sampai, semua turun sekarang. What?! Tempat ini ana tak pernah pergi pun. Tak pernah nampak pun. Jauh sungguh dari tempat kami tinggal. Jauh sungguh dari Mahattah Misr mahupun Mauif Gadid! Waktu tu sudah 1 pagi agaknya. Encik Zai yang nampaknya sudah tidak dapat bersabar mula memegang baju pak cik tersebut, nampaknya pergaduhan akan bermula! Ana amat berharap pak cik ditumbuk oleh rakyat sekeliling dan ana sukarela untuk join pergaduhan tersebut. Namun, beliau melepaskan pegangannya, masih cuba untuk bersabar mungkin.
4) Untuk ke Mahattah Misr, perjalanan masih jauh, seorang pak cik offer sebuah tramco ke tempat tinggal kami, dan setelah dibahagikan, dibayar dalam LE 12 seorang (kalau tak silap). Hai, still fishy maaa. Kami bertanya pak cik tramco lain. Cis, rupanya LE 2 sahaja! Ada Arab jujur, ada yang tidak. Namun, maaf, setakat yang ana jumpa, sungguh ramai yang tidak, tahap yang jika terjumpa yang jujur, rasa mahu menangis kegembiraan, kerana golongan in sangat rare.
5) Sampai ke rumah kawan dalam pukul 2 pagi. Bangunan berkunci, dan ana tidak punya kunci tersebut, hilang dipinjamkan.
Perlukah ana menaiki tramco selepas ini? Ana amat berharap orang Arab mencontohi sifat orang Ireland, orang United Kingdom. Sangat indah. Setuju dengan kata Ustaz Hasrizal mengenai mereka.
Wallahu A'lam.
Friday, 3 August 2012
Sunday, 22 July 2012
Suami dan Qatar.
Assalamualaikum W.B.T.
Hari-hari berpuasa, kadang-kadang membuatkan ana terlampau kenyang. Kenyang dengan makanan berbuka dan makanan supper sekaligus makanan sahur. Alhamdulillah, banyak rezeki. Namun, saya harap makanan yang dianugerahkan ini, tidak menjejaskan kesihatan kami semua.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa ana dan suami balik menggunakan airlines yang berlainan? Memang ramai yang bertanya. Ana menjawab soalan tersebut hampir 10 minit sekali (okay, ini perumpamaan). Keh3. Padahal kami pulang pada tarikh yang sama. Maka, inilah hikayatnya.
Pada tanggal sekian-sekian, dalam bulan April, kami berdua merancang untuk membeli tiket kapal terbang awal, lagipun tarikh cuti sudah keluar, Alhamdulillah. Harga tiket yang standardnya LE 3600 naik mendadak menjadi LE 4000 lebih. Tiket yang bermula dengan angka 3 sudah tidak kedengaran. Cis. Ini mesti cukai berlebihan.
Pilihan pertama ana, haruslah Qatar Airways atau apa-apa sahaja airline yang bukanlah Egypt Air, Kuwait Airways, Etihad Airways dan Royal Jordanian. Faktor Qatar Airways yang meduduki rangking pertama dalam The Best Airlines juga memainkan peranan yang sangat besar. Hari pertama meninjau, sudah ada kata putus, Qatar Airways LE 4650, suami juga booked airline yang sama.
Suami kurang bersetuju dengan harga tersebut yang mahal. Beliau mahu tiket yang lebih murah. Sedangkan ana pula sudah bersedia untuk membayar setelah Baba dan Ummi bersetuju dengan harga tersebut. Dan, beliau pun membeli tiket Kuwait Airways dengan harga LE 4300. Ana pula bersetuju, tak kisahlah asalkan balik. Haru kalau beliau tiba-tiba ubah pemikiran tidak mahu pulang. (Macam tahun sebelumnya). Raya solo lagilah gamaknya.
Namun,
Menaiki airlines yang berlainan, memang sunyi. Masa landing kami pun berbeza, pukul 1.30 petang dan 8.40 malam, pada tarikh yang sama. Ditambah-tambah lagi goresan hati apabila sungguh ramai couple duduk sebelah menyebelah. Hamboi. Bermesra-mesra terlebih dos. Dari awal hingga akhir, duduk berkepit. Ana yang melihat rasa terbakar mata. Bak mata Kim Jong Kook.
Tidak kisahlah airline yang sama berulang kali. Kita sepatutnya lebih menghargai suami kita, bukan mementingkan diri mahu merasa kapal terbang lain. Orang tidak boleh diganti. Kapal terbang, masa lain boleh rasa. Duit boleh dicari, bukan? Pesanan ana kepada rakyat lain yang merancang untuk melebihkan jenis kapal terbang lebih daripada suaminya.
Lagipun, Qatar Airways takdelah best sangat pun. Erk. Dan, suami merungut Kuwait Airways pun takdelah best sangat pun. Ada maksud tersirat? Rindulah tu. :P Alhamdulillah, flight suami delayed, dan kami landed berbeza 10 minit sahaja, Allah S.W.T. pendekkan masa daripada 7 jam lebih menjadi 10 minit. Kami berjumpa di aerotrain ^^

Saturday, 21 July 2012
Wasalt.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, safely arrived in Malaysia.
Err. Totally lack of ideas. InsyaAllah, malam ini akan cuba update, dengan idea yang membuak-buak! Hehe.

Sunday, 24 June 2012
Chicken Kung Pao
Assalamualaikum W.B.T.
InsyaAllah lagi 3 hari exam Health Care and Management. Boleh pula musim peperiksaan ini tidur dan main semakin terlebih dos! Tidur pukul 12.00 tengah malam dan bangun pukul *tuut*. Jangan bayang terlampau lewat ya. Sila bersangka baik dengan saya. Yup, of course saya bangun untuk solat Subuh. On time pula. Alhamdulillah, time Subuh memang mudah terjaga mungkin sebab dah set minda, "aku perlu bangun solat Subuh!" Maka Allah S.W.T. bantu.
Kebelakangan ini, Mesir telah dilimpahi dengan beberapa penyakit. Ramai pelajar Malaysia yang terkena. Lebih-lebih lagi berkaitan kawasan respiration. Kata mereka, mungkin punca utamanya ialah air. Ya, dari dulu ana sering diberi nasihat tentang kekotoran dan infeksi (ada ke perkataan ini? Saya adaptasi dari infection. Memandangkan banyak "tion" menjadi "si" seperti informasi, telekomunikasi, kerusi. Erk) yang boleh didapati daripada air. Apa kaitan air dengan respiration? Air masuk trachea kah sampai menjadi pneumonitis? Ini mesti asap yang berleluasa di bumi Mesir. Hasil statistik yang dijalankan oleh saya sendiri, 99% pemandu teksi merokok.
Gambar X-Ray ehsan daripada sini.
Kementerian (agaknya) Mesir yang agak berwaspada telah menyenaraikan senarai air mineral yang tidak diyakini kebersihannya, tidak diyakini nutrisinya. Cek dan cek. Uhhs, setelah ditolak semua air mineral yang ada, tinggallah syarikat air mineral bawah kelolaan Encik Coca Cola, Nestle dan Pepsi. Dan Hayaat. Ada yang saya tertinggal? Bukan senang mahu berjumpa dengan Encik Hayaat. Setiap 5 kilometer baru ada agaknya. Dengan perlantikan presiden Mesir yang baru, saya harap beliau dapat membawa perubahan kepada industri air mineral supaya kami dapat membeli daripada syarikat tempatan, lantas membawa kemajuan kepada ekonomi umat Islam.
Sungguh, pendahuluan yang sangat panjang. Apa yang saya ingin sampaikan hari ini ialah, penting untuk kita menjaga kesihatan.
"Ni'matan maghbunun fihima katsirun min an nas, as sihhatu wal faraaghu."
Minta maaf, saya tidak tahu bagaimana untuk menukar setting supaya menjadi tulisan Arab. Mustahil tiada, kerana keyboard ini sudah dilengkapi huruf Hijaaiyah, kerana ia dibeli di Mesir. Kalau siapa yang perasan, ada perkataan as sihhatu, iaitu sihat. Bahasa Melayu memang banyak mencuri bahasa orang. But, it is okay since it derived from Arabic word. Bahasa syurga. :)
Untuk merealisasikan hasrat untuk menjaga kesihatan, antara langkah pertama, kita mulakan dari rumah, iaitu pastikan kita mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan. Jangan ingat, jika seimbang, maka salad tawar. Sudah lama tidak membuat hipotesis jika maka. Jika seimbang, maka nasi goreng tanpa garam. Jika seimbang, maka sayur-sayuran celur. Ini salah satu sifat buruk sangka terhadap seimbang. Setelah menggoogle (saya menggunakan google kerana tidak berpuas hati dengan carian yahoo dan bing) resepi sihat, saya telah berjumpa dengan website nutriweb.org.my. Boleh juga download buku resepi sihat! Alhamdulillah. Ada dua jilid.
Resepi pertama yang saya cuba, "Ayam Kung Pao". Saya lupa hendak mengambil gambar, namun wajahnya seperti ini. Pertama kali saya makan ayam Kung Pao ialah di Food Galleria, Prince Court Medical Centre, sewaktu menjaga Ummi.
Tiba-tiba saya enggan untuk meletakkan gambar ayam kung pao hasil air tangan orang lain. Walaupun tag nama sudah diletakkan, namun saya bimbang mereka marah kerana menumpang intellectual property mereka. Namun, saya tidak kisah jika ada yang mahu menggunakan intellectual property saya. Jika saya enggan, mungkin saya akan menyatakan awal lagi. Selagi saya tidak menyebutnya, maka jangan risau :)
Ayam Kung Pao, saya masak sedikit kepada suami, memandangkan beliau hanya bergelumang dalam ayam cycle. Iaitu kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup, kari, masak merah, masak kicap, sup dan seterusnya. Salah satu muslihat ialah untuk menjaga hati beliau kerana masih lagi tidak membakar pai daging. Hahaha.
Banyak lagi resepi lain yang dapat dipraktiskan. Dish ini hanyalah salah satu antara berjuta. Salah satu wasilah untuk tidak menjadi kufur ni'mat.

Friday, 22 June 2012
Ayam Super Merah dan Bersangka Baik.
Assalamualaikum W.B.T.
Suami dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat, dan saya di sini. Memperbaiki dan memperkemaskan skill menulis yang sudah tumpul bak pisau yang hanya mampu memotong agar-agar. Alhamdulillah, Ummi saya mahu menempatkan saya dalam program menulis cuti ini. Dalam kalangan penulis hebat pula. Yeah!
Untuk sampai ke tahap Tuan Ramlee Awang Murshid, saya kira masih lambat lagi. Ya, RAM sangat bijak menyusun kata. Buku-buku beliau tidak pernah mendukacitakan. Saya? Boleh jadi peribahasa baru, bak saya dan RAM. Ingin menerangkan perbezaan darjat yang maha ketara.
Tadi, baru saya urut-urut perut suami. Mengadu sakit perut yang bersangatan. Muka comel yang mengaduh itu amat mencuakkan saya. Saya yang sedang seronok melayari internet, terus berhenti. Beliau cuba menyalahkan ayam masak merah yang pedas semalam. Saya kira appendixnya ada "iltihaab" atau bahasa Inggerisnya inflammation. Terus saya mencari McBurney's Point dan menekan halus.
Saya juga mengalami masalah yang sama. Tidur dalam keadaan sakit perut sehingga ke pagi. Namun, tidak saya salahkan ayam masak merah tersebut melainkan salah saya sendiri sebab makan hampir 3 pinggan dishes. Amboi! Mana tidak perut itu memberi signal.
Semalam, saya antara orang yang pertama mengambil lauk berbuka puasa. Dengan rakusnya kerana melihat ayam masak merah yang menggiurkan, saya meminta kuah lebih.
"Jangan ambil banyak sangat. Kuah ayam itu pedas."
Suapan pertama, receptor lidah saya cepat memberi arahan. Dan sehingga suapan-suapan yang lain, pain receptor mula bertindak. Saya rasakan hypothalamus saya sudah menggelegak. Walaupun saya pencinta pedas tegar, tetapi ini termasuk dalam kategori berlebihan. Nasi sudah tidak disentuh lagi, kecuali sedikit, kerana banyak bahagian nasi telah dibaham oleh kuah. Saya cubit ayam sedikit-sedikit. Berusaha untuk tidak membazir.
Kini saya faham perasaan sahabat saya, Fadhilah, apabila mencicip makanan pedas. Oh, sejak bila ayat saya menjadi semakin sopan. Dia cepat berhenti makan dan jika sudah tidak tahan lagi, makanan itu akan dibuang. Kami hairan kerana threshold pedasnya sangat rendah. Kadang-kadang meningkah.
"Pedas macam itu pun tak tahan!"
Betullah. Kita tidak dapat menikmati makanan tersebut. Dan akhirnya lapar kembali.
Betapa kita tidak faham perasaan mereka, yang terpaksa berlapar kerana kerakusan kita menyedapkan makanan mengikut cita rasa sendiri.
Air sudah diteguk. Saya sudah mengalah. Nasi yang banyak dan ayam yang masih berisi lagi (biasanya, saya makan sehingga ke tulang), dengan sedihnya mendarat di tong sampah. Saya minta maaf, simpati terhadap makanan. Bukan saya tidak sudi mengambil berkah, namun ia menjangkau kemampuan saya.
Dalam hal ini, kita dapat melihat sifat seseorang melalui respon mereka.
1) Pemakan yang merungut.
Tanpa mengetahui betapa berusahanya pihak tukang masak untuk mengurangkan kepedasan. Sehabis daya, sehabis idea, sehabis tenaga.
2) Tukang masak yang sedih.
Mengenangkan usaha mereka tidak dipeduli. Sedangkan, pihak pemakan hanya bergurau dan tidak berniat langsung untuk menyalahkan atau menyakiti tukang masak, kerana mereka faham perasaan chef. Respon-respon itu hanya reflex terhadap kepedasan.
Tanpa sedar, kita banyak bersangka buruk dengan orang. Semua perkara, sangka buruk mesti terlintas dahulu, mendahului sangka baik. Oh, saya sungguh kasihan dengan Encik Sangka Baik. Kerana kepentingan diri, dia selalu kalah. Selalu kalah 1 minit.
Bersangka baik dan bertimbang rasa. Semua pihak 50:50. Tiada 100:0, tiada 0:100. Selepas perkara ini, pihak chef semakin berhati-hati dalam memasak. Pihak pemakan, semakin berhati-hati dalam berkata. Jika masih lapar, beli sahaja makanan lain, bukannya susah pun :)
Cerita ini benar. Dan ia salah satu simbolik kepada sifat mahmudah, husn az zonn atau bersangka baik. Yang ingin ditekankan.
Suami sudah pulang, beliau memesan ayam goreng untuk saya. Dan semalam beliau memasakkan mee hong kong atas permintaan saya. Dan permintaan pai daging oleh beliau, masih saya tidak tunaikan. Hehe. Saya bercadang untuk membakarnya selepas ini, InsyaAllah.

Thursday, 14 June 2012
My crucial time. Faith in doa.
Assalamualaikum W.B.T.
Berkarat di samping malu untuk membuka blog sendiri dek kerana lama sangat tak update. Mental breakdown.
Astaghfirullah Al Azeem.
Kita selalu dengar orang kata, doalah, doalah, InsyaAllah Allah S.W.T. makbulkan. Yup, ana amat yakin dengan perkara tersebut. :D Yang penting, jangan berhenti berdoa dan tolong jangan malas berdoa. Amboi, sombong nampak. Kita yang amat kecil, kalau dilihat dari MEASAT I, memang tak nampaklah, nak angkat tangan berdoa pun sombong. Cis.
Salah satu elemen penting and disiplin dalam berdoa, kita kena yakin yang Allah S.W.T. makbulkan. Yakin 100%! Kalau tak dimakbulkan lagi, yakin je! Sebab Allah S.W.T. yang menjadikan sesuatu perkara tu berlaku dan DIA juga boleh jadikan sebaliknya mengikut kehendakNYA. Tak susah langsung untuk menjadikan sesuatu perkara berlaku tunggu kita doa je.
Kalau sesuatu perkara yang kurang baik berlaku, jangan kata takdir macam itu sahaja. Kita perlu usaha untuk menjadikan ia lebih baik.
The point is YAKIN. Have faith in Allah S.W.T. Happy berusaha, kawan-kawan!
1) Ana pernah berada dalam lif yang berhenti di tingkat yang pintunya tak terbuka. Berdebar. Subhanallah. Korang tahulah lif dekat Mesir, kebanyakannya either pintu besi or batu-bata. Kalau pintu besi, boleh ketuk. Kalau batu-bata, nak ketuk macam mana?
Lif Malaysia selalu ada je line telefon, biasa je borak-borak dalam lif. Lif Mesir line memang kosong habis. Kalau tersekat, memang kira berapa lama bekalan oxygen akan habis. Hehe. Doalah!
2) Pernah juga pergi ke Paris naik flight sorang-sorang tanpa panduan (tiada hostel yang dituju sebab tak book. Kad kredit tiada). Yang tahu, hostel Qarafi ialah Friends hostel. Hendak call pakai smartvoip memang tak boleh sebab kredit Amirul dah kong. Qarafi tidak membuka handphonennya (bernombor Mesir). Okay, I'll just wandering around finding the hostel in the city of Paris. Alhamdulillah, setelah berdoa dengan penuh tulus dan yakin yang Allah S.W.T. akan mendengar, few minutes before naik flight, dapat contact Qarafi. :D Set tempat nak jumpa.
Actually, it wasn't a big deal for me to walk alone, InsyaAllah. Even at another country, I walked alone (separating with my friends) such as Thailand, London, Abu Dhabi, Jordan. Haha. I don't like to make the whole journey by taking pictures. Banyak lagi benda nak buat, nak tengok, nak main daripada menangkap gambar sahaja. Jalan 5 minit ambil gambar. So, I just walked straight and going with my plan. Just set time nak jumpa kat mana lepas tu. Alhamdulillah, Qarafi is my type. :) Haha. Ana tak kata ambil gambar tak boleh. If you like it then do it. We must respect all persons' interests. ^^
Walking alone or tersesat is not a big deal, in one condition, as long as I have MONEY. Kad bank is very crucial! Alhamdulillah, a day before, I asked sejumlah wang from my mother since my father is not in Malaysia. It is fun to walk alone but it is very best to walk with my husband. He's totally my type to drag along. :)
2) Ana pernah juga tersekat dalam bilik kecil a.k.a tandas, bersama 2 buah tingkap, pintu rumah yang berselak dengan kayu besar (no way to open it unless you break the door with jentolak), dan pintu yang tak boleh dibuka (it is not the usual tombol pintu yang boleh dipecahkan macam itu sahaja).
Setelah berdoa dengan penuh yakin yang Allah S.W.T. akan mendengar dan memakbulkan, I started my work untuk pecahkan pintu. So, ia tak menjadi. Ada 2 tingkap, satu menghala ke ruang tamu, satu menghala ke lantai tingkat bawah (my house was at the 3rd floor). Tingkap menghala ke ruang tamu is veryyyyyyy small.
So, I decided to pecahkan pintu juga. Starting from one side. Ana pecahkan or tarik keluar sikit-sikit kayu yang mengelilingi kawasan tombol pintu sampai pintu boleh dibuka :D Alhamdulillah. ^^
Some of my story. It is long, right? Penat pula readers nak baca. :P
Share me your story about doa. I hope I and you won't be malas untuk berdoa ^^ Untuk yang baru hendak mula, for the first step, jangan lupa doa tidur dan bangun tidur, doa makan dan doa menaiki kenderaan.

Wednesday, 16 May 2012
Charattah.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, sihat dan sejahtera tubuh badan. Namun, gigi satu lagi telah crack! lagi dengan jayanya. Huhu. Mari kita jalankan ujian calcium dalam badan. I don't know why my teeth cracking sooooo easily :( Need more broccolis, I think.
Azam hari ini.
1) I wanna be a good 'abd to Allah S.W.T.
2) I wanna be a good wife.
3) I wanna be a good daughter (and daughter in law).
4) I wanna be a good friend.
5) I wanna be a good senior.
Need to bilas my jantung with air zam-zam. Hehe. InsyaAllah, doakan kami!
This is my nakal and handsome and romantic husband on our first anniversary. He wore baju kemeja and a pink tie covered by jacket bought in Belfast. Wanna be handsome on our anniversary. Not like an ordinary dinner. Oh no, dah kahwin setahun lebih, no babies lagi? Haha. Nantilah dulu. Maybe after my batchmate got pregnant, then I'll follow, InsyaAllah. Yup, I wanna have children that will pray for us and increase our tsawaab.
My present! Alhamdulillah. I'm always grateful with my husband :D Best juga kahwin dengan orang muda sebab jiwa masih keanak-anakan. Haha. Matang on important occasions only :) (Tak seronot la kan matang sangat. Hehe.)
But, first, I must take good care of myself and my calcium level :( so I can give enough nutrition to my baby. And, try to avoid those antithyroids. Discipline myself. So that my child wild be a highly attitude person also, InsyaAllah. The moment when you are a medical student, excessive salivation in the night, oh! Ascaris Lumbricoides. Bila tak basuh tangan? Jalan tak pakai selipar?
Read Atiqah's blog. Haha. This is a medical student. Enjoy what you're doing and take a rest sometimes. Go holidays with your husband, or pergi kelas agama sama-sama, discussing somethings out from medic, main masak-masak or watching movies or tadabbur Qur'an and be discipline again. InsyaAllah, may Allah S.W.T. bless us always :D
May Allah S.W.T. ease all my friends' plans also. Jangan berhenti berharap! Semoga dipermudahkan urusan pernikahan sama ada parents barrier, or permission from menaja, or money matters, ilaa akhirihi. :D

Subscribe to:
Posts (Atom)