Wednesday, 29 June 2011

I wanna learn everything!

Assalamualaikum W.B.T.

15 April 2011? Wah. Ketidak aktifan yang sangat kritikal. Tak macam blog Fadhilah Yaakob langsung. Lah, you're my mentor!

Lately, untuk menahan mengantuk yang agak kritikal, di fatrah imtihan ini, ana telah memasang beberapa songs zaman muda mudi. Macam Lion King, Mulan, dll. Dan agak tertarik dengan Not One of Us. Sesuai untuk orang yang rasa terbuang. Sesuai juga untuk membuang orang. Haha. Its depend on you untuk menafsirkan ayat-ayatnya.

I wanna be a person yang sering dapat mengeluarkan ayat-ayat bernas. Bukan berdasarkan nafsu. Berdasarkan perasaan. Berdasarkan marah. Ana suka pergi meeting yang bernas and I have some colleagues yang time meeting, memang pandai bercakap and I love to see how they think. As me with idea lapuk-lapuk zaman dulu. YA ALLAH, kami memohon hikmah daripadaMU. :(

Tapi tak naklah jadi golongan yang bernas pada mulut sahaja. Oh, tidak. Itu sangat memalukan. Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa memelihara lidah-lidah kami. Yang memang degil, tak bertulang, laju dan lain-lain. Supaya mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja. Kata-kata yang indah. Ana sangat mengagumi seorang rakan yang sangat bersyukur dengan apa yang ada. Tak berlagak even though she have everything.

Kaya yet pemurah. Berpangkat tapi always rendah hati. Suka memberi. Suka senyum. Pretty also.Tak balas keburukan dengan keburukan. Sabar yang sangat amazing. Tak mengharapkan pujian and penghargaan. Sampai kita pun tak sampai hati nak susahkan dia. Tak sampai hati untuk cakap tak kalau dia minta pertolongan. I wanna be like her.

Rasulullah S.A.W. mempunyai akhlak yang sangat agung. Akhlak Al Quran. Maybe this friend sentiasa mentadabbur ayat-ayat Al Quran and become sooo nice. :)

Banyak ciri-ciri yang ana inginkan pada diri ana. I wanna learn how to write. I wanna learn Korea badly. Everyone out there, help me.

Not One of Us.
Lion King 2.

Born in grief
Raised in hate
Helpless to defy his fate
Let him run
Let him live

But do not forget what we cannot forgive
And he is not one of us
He has never been one of us
He is not part of us
Not our kind

Someone once lied to us
Now we're not so blind
For we knew he would do what he's done
And we know that he'll never be one of us

Agenda tersembunyi Disney di sebalik lagu ini?

Wallahu A'lam.


Friday, 15 April 2011

Bangga dengan dosa?

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah program tadi berjalan dengan lancar. Seronok juga buat majlis banyak banyak kali. Haha. Dapat makan sedap sedap. Terima kasih urusetia program :)


Sesungguhnya, manusia biasa bila berbuat dosa, dia rasa bersalah. Tapi, ada golongan kronik yang pelik lagi ajaib, bila buat dosa, dia rasa bangga?


Dosa itu ialah benda yang menggelisahkan and kita tak nak orang nampak dan tau. Kalau sesiapa yang ada perasan ni, Alhamdulillah orang tu still normal. Tapi, kalau sebaliknya?


Ada orang bangga berasa riak, ada orang bangga dipuja puji, ada orang dengan lantangnya berkata dia tak perlu menjaga hati, ada orang suka dikatakan baik, ada orang bangga menzalimi orang lain, ada orang bangga membuat status hadis di facebook, ada orang bangga tidak menunaikan hak, ada orang bangga mentertawakan orang lain.


Tahap kehitam legaman hati tahap berapa pun ana tak tahu. Masih mengaku tsiqah?

YA ALLAH, bersihkanlah hati hati ini!


Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.


Nota kaki 1; Terima kasih ALLAH!

Nota kaki 2; We need to learn moreee.

Nota kaki 3; Lets strive towards Jannah, Pipi! InsyaALLAH. Thanks untuk tadi :)


Wallahu A'lam

Sunday, 20 March 2011

Seeking for money. Or something to sell.


Assalamualaikum W.B.T.

Ya, poket kami kosong. We are both students. Lagi-lagi, ana tidak mendapat tajaan elaun bulanan melainkan belas ehsan ibu bapa dan suami semata-mata.
Hehe. Alhamdulillah :)

We need to generate money. Untuk menampung sara hidup. Untuk bayar itu dan ini. Untuk makan. Untuk hidup. :( So, any ideas?

Kepada pihak yang terbaca dan berminat untuk berurusan, kami menetap di Mesir, bukan di Malaysia dan boleh dihubungi di;

E-Mail; nus_90@hotmail.my
Facebook; Nusaibah Sallehuddin

InsyaALLAH, moga kita semua mendapat keberkatan atas idea dan pertolongan yang diberi.

Doa diampunkan dari keza
liman

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"

(Al-A'raaf: 23)

Doa supaya dianugerahkan kelebihan

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNYA "

(Saad: 35)

Nota kaki 1: InsyaALLAH esok ke Mesir. Doakan keselamatan!

Nota kaki 2: Anak sepupuku sungguh comel. :D

Wallahu A'lam

Friday, 18 March 2011

Yang perasan hensem dan memang.

Assalamualaikum W.B.T.

Akibat sudah lama tidak menulis, sungguh otakku berkarat. Pemikiranku lambat. Tidak!!

YA ALLAH, hati-hati ini mahu dibersih dan dicuci dan disental sebaik-sebaiknya.

Alhamdulillah, sudah bergelar puan? Hehe. Kepada suami saya yang hensem, cute, tembam, baik hati, pemurah, penenang, penyabar, penyayang, syukran for everything!

Syukran untuk segala toleransi yang dihulurkan saat kedegilan kelas satu.

Syukran untuk segala kasih sayang yang dihulurkan siang dan malam tanpa henti. Mengalir bak sungai.

Syukran kerana menjadi suami yang bertanggungjawab atas segala perkara.

Syukran kerana menjadi seorang insan yang sangat baik pada diri ini!

Semoga kita kekal bahagia sehingga ke syurgaNYA, InsyaALLAH :)

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang menjayakan perkahwinan kami, mereka insan yang amat kami sayangi.

Sallehuddin Bin Sidek
Wan Mazwati Binti Wan Yusoff

dan

Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah
Norisah Binti Akbar

serta adik beradik, mek ayoh tok dan kaum kerabat, rakan-rakan Al Manar, MTD, Alexandria dan rakan FB.

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

"Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNYA dengan menyebut nama-nama itu" [Al A’raaf:180]

Ya Wadud Ya Wadud Ya Wadud; The MOST Loving :)


Wallahu A'lam ^___^



Thursday, 3 March 2011

Adakah tahap kesabaran makin merendah?

Assalamualaikum W.B.T.

Situasi untuk menguji kesabaran;

1) Pejabat Agama
"Dik, tandatangan Pak Imam Masjid Zakaria takda".

Haha. Balik semula.

Malam itu, jumpa Imam Masjid Zakaria dan beliau volunteer nak uruskan kesemuanya sebab dokumen dah lengkap. So, just pay RM 10 and no need to go to Pejabat Agama anymore! Alhamdulillah.

2) Bangunan MAIWP.
Kali Pertama;
"Takda buku akaun eh"
"Yup"
"So, sila dapatkan penyata kewangan, contohnya ini, penyata kewangan bapa"

Pergi Menara Tun Razak with Baba di kawasan Masjid Jamek. Dan pergi semula ke MAIWP.

Kali Kedua;
"Dik, ni akaun ayah ya?"
"Yup"
"Tak boleh dik, kena akaun pemohon"
"Dah tadi tunjuk contoh penyata kewangan BAPA"
"Iyalah, tapi ini akaun bersama"
"Kenapa tak cakap awal-awal?"

Balik. Dan keesokan harinya.

*Tak semua orang tahu. Jadi, bagilah maklumat secara precise. Boleh kan? :)

3) Bank Islam
Proses mendapatkan penyata kewangan.

"Dik, kad bank ni tak aktif"
"Dulu pernah hilang, ni kad bank baru"
"Tapi kenapa tak aktif ya? Cuba sekejap kat ATM"

Mencuba dan kad berjaya ditelan.

"Kad dah kena telan"
*Pegawai tengah gelak-gelak. Alhamdulillah, dia mesraa. Taklah muka ketat seperti mana pegawai bank yang lain.
"Kak, still boleh masukkan duit kan?"
"Boleh, tapi takleh nak keluarkan"
"Okay."

Kali Ketiga;
Pergi semula ke pejabat MAIWP.

"Nah"

Dan terus pulang. At last. Alhamdulillah

4) Spa
Everything is okay except I am hungryyy. So, bila lapar maka tumpuan takde. Tak sabar nak tunggu habis sebab nak pergi makan. Balik rumah, terus merebus sebungkus maggi dan makan nasi pattaya.

* * *

Lately, ana tak kekok untuk bersuara kalau tak puas hati.

Contoh;

Situasi di Embassy Malaysia di Cairo.

Dengan tak sengajanya; kami telah tersilap isi borang kahwin. Dan nak kena tukar saksi. So, pegawai kena print semula borang, kalau tak silap 2 mukasurat sahaja, dan beliau berkata;

"BENGAP betullll"

Maka ana pun termenjawab sampai terkejut orang lain. Boleh tahann.

Ana pernah terbaca, siapa yang ada banyak kesalahan mulut, kena banyak bersedekah. Kalau tak silap, ini hadits. Ada sesiapa yang tahu?

Adakah lebih baik senyum sahaja sambil berkata, "Okay" ataupun menyuarakan ketidakpuasan hati.

Dialog mungkin tak precise, tapi maksudnya sama. Haha. Takkan nak ingat dialog sebijik2.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMU)" (Al-A'raf : 126)

YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami dan jauhkanlah kami daripada maksiat.

Ini doa supaya dapat menjadi orang yang sabar. Jom amalkan!

Nota kaki 1: Mood swing

Wallahu A'lam.

Monday, 28 February 2011

Normal lah kalau pejuang Islam selalu difitnah


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, suka handred persen melihat penghijrahan
manusia kepada sesuatu yang lebih tulus. Mungkin ramai yang dah tahu kisah Bob Lokman. Sungguh syahdu. Mengikut realiti majoriti sesuatu yang berlaku, mereka yang berubah daripada sesuatu yang lain akan lebih memperjuangkan Islam daripada mereka yang asalnya sudah begitu.

"Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)

Lumrah menjadi pejuang Islam, akan selalu ditekan, difitnah, dituduh dan macam-macam lah! Itulah realiti kan. Mana boleh relax je, dapat harta banyak-banyak. So, normal lah tu kalau pejuang akan difitnah di akhbar macam-macam. Padahal,
peribadi itu sangat dihormati. Contohnya; tok guru ambo. Hehe. Tok Guru Nik Aziz.

Dalam satu organisasi, kadang-kadang bukan orang atasan yang menimbulkan
masalah. Tetapi, orang bawahan. Para penyokong. Yang sibuk mencaci menghina penyokong parti lain. Or para penggunting dalam lipatan. Suka sangatlah tu tengok orang berpecah belah. Bila ada masalah macam ni, muhasabah balik dan teguhkan kembali barisan. Ana ingin melihat Malaysia aman damai di bawah pemerintahan Ulamaa'. Ini permohonan telus.

YA ALLAH, perkenankanlah. YA ALLAH, bantulah kami. YA ALLAH, semoga pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah dapat dijalankan.

Ana pernah dengar orang kata; dia dapat melihat persatuan mana yang lebih benar dengan melihat yang mana yang selalu ditekan-tekan dan difitnah. T
hen, kajian dan perbandingan dibuat kepada persatuan yang selalu ditekan-tekan and persatuan lain yang ada. Alhamdulillah, bertemu jawapan. Bukankah benar, orang yang selalu hendak memperjuangkan yang hak akan menghadapi banyak halangan?

Sedikit sedutan; jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PA
S di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM

Jangan takut andai bersendiri. Jangan takut andai diancam. Jangan gentar andai disumbat ke jel.

Rasullulah S.A.W. bersabda:


Maksudnya; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) ,dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang ASING. (H.R. Muslim) :D

Selamat Berjuang!



Ana takdelah pejuang tegar. Nak kata pengecut pun ada kalau takde yang tolong. Sahabat handai sila bantu :) Tetapi sokongan padu tetap diberikan, InsyaALLAH.

Nota kaki 1: Iman ana tahap rendah lagi =.=
Nota kaki 2: Jangan ada yang tak nak kawan lepas ni sudah. Hehe.
Nota kaki 3: Politik perlu dalam Islam.

Wallahu A'lam.

Sunday, 27 February 2011

Walimatul Urus


Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bermaksud; "Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dijemput tanpa diskriminasi kepada yang mengenali;

Tarikh: 6 MAC 2010
Tempat: Akad Nikah - Masjid UIA.
Majlis kesyukuran - 9, Jalan Bestari Indah, Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Masa: InsyaALLAH akad nikah pada pukul 10 pagi dan majlis kesyukuran right after akad nikah.
Tema: Biru turquoise dan putih

Contact number; 0133225019. (Qarafi) ***- (For my number, inboxlah)


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula ALLAH menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan (menggunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengawasi kamu." (An Nisaa':1)

Doakan semuanya :)

Wallahu A'lam