Monday, 28 February 2011

Normal lah kalau pejuang Islam selalu difitnah


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, suka handred persen melihat penghijrahan
manusia kepada sesuatu yang lebih tulus. Mungkin ramai yang dah tahu kisah Bob Lokman. Sungguh syahdu. Mengikut realiti majoriti sesuatu yang berlaku, mereka yang berubah daripada sesuatu yang lain akan lebih memperjuangkan Islam daripada mereka yang asalnya sudah begitu.

"Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)

Lumrah menjadi pejuang Islam, akan selalu ditekan, difitnah, dituduh dan macam-macam lah! Itulah realiti kan. Mana boleh relax je, dapat harta banyak-banyak. So, normal lah tu kalau pejuang akan difitnah di akhbar macam-macam. Padahal,
peribadi itu sangat dihormati. Contohnya; tok guru ambo. Hehe. Tok Guru Nik Aziz.

Dalam satu organisasi, kadang-kadang bukan orang atasan yang menimbulkan
masalah. Tetapi, orang bawahan. Para penyokong. Yang sibuk mencaci menghina penyokong parti lain. Or para penggunting dalam lipatan. Suka sangatlah tu tengok orang berpecah belah. Bila ada masalah macam ni, muhasabah balik dan teguhkan kembali barisan. Ana ingin melihat Malaysia aman damai di bawah pemerintahan Ulamaa'. Ini permohonan telus.

YA ALLAH, perkenankanlah. YA ALLAH, bantulah kami. YA ALLAH, semoga pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah dapat dijalankan.

Ana pernah dengar orang kata; dia dapat melihat persatuan mana yang lebih benar dengan melihat yang mana yang selalu ditekan-tekan dan difitnah. T
hen, kajian dan perbandingan dibuat kepada persatuan yang selalu ditekan-tekan and persatuan lain yang ada. Alhamdulillah, bertemu jawapan. Bukankah benar, orang yang selalu hendak memperjuangkan yang hak akan menghadapi banyak halangan?

Sedikit sedutan; jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PA
S di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM

Jangan takut andai bersendiri. Jangan takut andai diancam. Jangan gentar andai disumbat ke jel.

Rasullulah S.A.W. bersabda:


Maksudnya; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) ,dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang ASING. (H.R. Muslim) :D

Selamat Berjuang!



Ana takdelah pejuang tegar. Nak kata pengecut pun ada kalau takde yang tolong. Sahabat handai sila bantu :) Tetapi sokongan padu tetap diberikan, InsyaALLAH.

Nota kaki 1: Iman ana tahap rendah lagi =.=
Nota kaki 2: Jangan ada yang tak nak kawan lepas ni sudah. Hehe.
Nota kaki 3: Politik perlu dalam Islam.

Wallahu A'lam.

Sunday, 27 February 2011

Walimatul Urus


Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bermaksud; "Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dijemput tanpa diskriminasi kepada yang mengenali;

Tarikh: 6 MAC 2010
Tempat: Akad Nikah - Masjid UIA.
Majlis kesyukuran - 9, Jalan Bestari Indah, Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Masa: InsyaALLAH akad nikah pada pukul 10 pagi dan majlis kesyukuran right after akad nikah.
Tema: Biru turquoise dan putih

Contact number; 0133225019. (Qarafi) ***- (For my number, inboxlah)


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula ALLAH menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan (menggunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengawasi kamu." (An Nisaa':1)

Doakan semuanya :)

Wallahu A'lam

Bukan senang menjadi rajin daripada malas tegar


Assalamualaikum W.B.T.

Lama sudah tidak berblogging ya. Alhamdulillah, tadi ada orang berjaya s
tudy :P Nanti kena struggle lagi yah! Tempat biasa pukul LAPAN tau. Kena ada cikgu disiplin ni. Semalam telah berjaya shopping. Terima kasih kepada Baba dan Ummi atas penyediaan wang yang banyak. Terima kasih kepada Mama kerana mengeluarkan idea :) 2 pasang kasut Santa Barbara dan 1 pasang kasut B.U.M. equipment, baju kurung Hugo clothier, brooch besar dan lain-lain.

Semoga barang-barang itu bukanlah ejen pengurangan iman.

Malas ialah penyakit ana yang terbesar. Harap-harap sesiapa yang terba
ca tolonglah mendoakan diri ini supaya tidak malas dan semoga anda pun begitu juga.

Ada dalam Ma'thurat kan?

Untuk menjadi perajin, kita kenalah hidup dengan orang yang rajin. InsyaALLAH kita akan progress step by step. Macamlah juga dalam study. Kalau kita tinggal dengan mereka yang suka bermain-main, tendency kita untuk bermain pun akan tinggi. Tapi, kalau kita duduk bersama mereka yang asyik studyyy je, kita akan terasa jealous dengan automatiknya lantas study smart and hard.

Orang sekeliling banyak membentuk diri kita. Tetapi, untuk ANA menjadi rajin daripada malas tegar, ada satu syarat mengada. Keh3. Tolong jangan BEBEL. Haha. Kerja ana tanpa bebel lebih efektif 90% daripada dengan bebel. Misalannya, mengemas bilik. Kalau ada yang bebel, maka terhasilllah kerja sambil lewa. Tetapi, kalau takde yang bebel, jangan terkejut kalau bilik tu berkilat berseri sampai sanggup mencari alternatif untuk menceriakan dinding dan pintu!

Ana rasa bukan ana seorang macam ni, masih ramai lagi di luar sana. Betul? ;)

ALLAH S.W.T., bantu kami.

Nota kaki 1: Salah satu ciri hati yang sihat; Menimbulkan rasa aman pada diri dan orang lain.
Nota kaki 2: Nak main dengan Chen I Sa.
Nota kaki 3: Teringat video mengumpat orang Arab punyaa. Terbaik!

Wallahu A'lam




Friday, 25 February 2011

Rasa menyesal itu satu rahmat


Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini ada sebanyak penyesalan. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. masih menjernihkan sifat menyesal dalam diri :) Kalau yang hati mati, buat sejuta dosa pun tak rasa bersalah kan? So, menyesal itu satu rahmat tauu.

Mulut kalau tidak dijaga, mesti ada yang terluka. Walaupun gurauan. Walaupun tanpa niat. Ya ALLAH, perihalah diri kami daripada berkata perkara-per
kara yang tidak berfaedah.

Ana mahu jadi pendiam. :D

Ini hotel De Palma. Sorrylah gambar kabur. Ini hanyalah kamera iPod 4, bukanlah dslr dan ana tak pandai mengeditnya menjadi lawa.

رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"

(Ali 'Imran : 16)

Nota kaki 1: Asif Jiddan!
Nota kaki 2: Mahu diet.

Wallahu A'lam

Wednesday, 23 February 2011

Pandangan ana pada susunan persekolahan


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, hari ini bangun awal lagi. Yeay! Ana suka bangun awal dalam keadaan terpaksa. Macam kat Al Manar, terpaksa bangun awal. Geram je. Tapi, bila pukul 7 tu, sambil-sambil hirup udara, "Wahhh, segarnya :) Bestnya bangun awal!" Tetapi kalau bangun lambat, memang ni'mat at first, tetapi dalam pukul 8 lebih; mulalah nak tension. "Argggh, lambat lagi!"

Macam itulah benda-benda maksiat; ni'matnya sementara, tak lama pun. Tetapi, bahananya... Astaghfirullah.

Alhamdulillah, jumpa si kecil kuat makan ni. Sekarang dah darjah satu. Uniform macam tu, agak-agak sekolah apa?

My own opinion; Satu perkara yang baik untuk menyekolahkan anak-anak kat sekolah cina waktu kecil. Boleh belajar bahasa Cina! Amat baik untuk dengar perbualan orang cina yang tengah berbual kat kedai henpon. Kot-kot dia nak kelentong kita. Haha. Or dalam bas. Or di mana-mana jua. Or sekolah India?? Tetapi ana pun tak tahu kenapa ana tak suka something about India. Kah3. Patut diubah persepsi ini! Minta maaflah bangsa India termasuklah Tamil dan Hindustan (ada perbezaan kan?), ini semua gara-gara cerita Hindustan dan Tamil suka menyanyi atas tren dan ladang sawah pakai baju seksi meksi.

Pada peringkat sekolah menengah, ana lebih prefer sekolah tahfiz. Kalau tak nak sekolah tahfiz pun takpelah, asalkan sekolah agama. Pembentukan waktu remaja ni extra penting. And seelok-eloknya sekolah asrama. Tak semestinya berasrama penuh. Sekolah swasta pun boleh berjaya, kan? kan? InsyaALLAH. Biar disiplin sikit.

Ana bersekolah di Maahad Al Manar. Walaupun sistem agak slamber, tapi keslamberan tu yang jadi best. Hehe. Tapi, pentadbiran and susunan sekolah kena kukuhlah, jangan slumber sangat. Kalau korang pergi, barulah tahu keslamberan dia. Ada yang suka sekolah yang padat, ada pula yang suka jenis relax. Sesiapa yang suka aktiviti lasak-lasak 24 jam tu biasanya tak bertahan. Tetapi, sistem Quran strict tau. Berapa baldi dah air mata para pelajar habis.

Time Form 4 and Form 5, mungkin lebih baik masuk sekolah harian? Sekolah agama swastalah maksudnya. Tak semestinya sekolah swasta ni takde gred. Kita ada sekolah under Musleh. Al Amin, Hidayah, Hira' dan lain-lain. InsyaALLAH, sistem sama kualiti dan lebih berkualiti dengan sekolah cluster. Kalau yang lelaki, nak masuk RMC pun okay. Boleh jadi a man :) Tetapi, produk pun kena berkualitilah. Janganlah lepas sekolah, serik sangat berdisiplin sampai datang lecture pun lambat. Sesiapa terasa padan muka. Kah3.

“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat:12)

Kenapa tiba-tiba cakap tentang persekolahan?

Ini hanyalah pandangan ana. My opinion. Ra'yi. Akan berlainan dengan orang lain. Jadi, perbezaan pendapat harap dihormati dan diraikan. Sepertimana imam-imam mazhab boleh duduk sekali, menjalinkan ukhuwwah walaupun berlainan pendapat.

Kalau semua kata Blackberry cantik, nanti takdelah orang beli Samsung Wave. Ohh, ana suka yang jarang-jarang digunakan.

Nota kaki: Hari ni tiada nota kaki lahh.
Nota kaki sampingan: Tiba-tiba ada nota kaki tambahan sebab ada orang marah mengutuk sekolah dia. Haha.

^Wallahu A'lam^




Tuesday, 22 February 2011

Orang popular boleh skip line

Assalamualaikum W.B.T.

Zohor; Klinik Kesihatan Ampang. HIV test. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.

Ye, ana bakal pengantin. Doakan kelancaran majlis ya! HIV test ialah salah satu prosedur permohonan kahwin untuk bakal pengantin. Untuk buat HIV test, kena buat appointment dulu. So, semalam semalam, setelah mengsearch klinik kerajaan kawasan Selangor, kami pun decide nak buat dekat Klinik Kesihatan Ampang.

After call, the dekatest (paling dekat) tarikh is 8 March. What? Itu sudah melepasi tarikh akad nikah. Okay, Klinik kawasan AU2. Call and call, tiada pihak yang menyambut di sebelah sana. Waaahh, I didn't expect sebanyak tu appointmentnya. So, berdoa semoga ALLAH S.W.T. mempermudahkan urusan.

Alhamdulillah, esoknya Ummi call untuk buat HIV test kat Klinik Kesihatan Ampang. Aikk? Bukankah waktu itu tidak valid? Rupa-rupanya, my father-in-law-to-be telah mengcall pihak klinik tersebut and cakap, dia nak dijalankan juga HIV test. So, tarikh 8 March telah dianjakkan kepada 22 February. Masa dekat klinik tu, terus jumpa orang and dapatkan borang. Tak perlu beratur pun. Keh3.

And prosedurnya sangat senang. Isi borang. Nama dipanggil kat kaunter 14. Injection pen dikeluarkan. Tak perlu duduk pun. Tap! Sedut darah sikit. Proses. Jumpa doktor kat bilik 17. Result = Non Reactive. Siap! Kejap je pun, wondering kenapa sampai lama sangat. Satu lagi; its free! Or kami yang lupa bayar sebab dia tak minta pun :P

Penting juga menjadi orang popular ya. Boleh skip line. Hek3. Orang terkenal dan ramai membuat kawan, biasanya dapat banyak kemudahan. Pengajarannya; sila fikir sendiri.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

Ini doa supaya menjadi orang yang sabar

Nota kaki 1: Kumpul duit and jimat besar-besaran!

Nota kaki 2: No shopping after this.

^Wallahu A'lam^




Monday, 21 February 2011

Dunia


Assalamualaikum W.B.T.

"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan..." (Al Hadid:20)

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang..." (Ali Imran:14)

Dunia, harta, pangkat; semua sementara. Tetapi kebanyakannya lupa, including me. =.= Astaghfirullah.

Alhamdulillah, hari ini kategori bangun awal jugalah. Sebab nak shopping buku. Shopping or jalan-jalan pun terapi bangun awal juga. Keh3. Dah berkurun ana tahu Syarikat Kamal jual buku murah. Dan sudah berkurun juga ana tahu bahawasanya Syarikat Kamal terletak berhadapan Hospital Kuala Lumpur. Tetapi, ana baru je tahu yang dia dekat dengan Hospital Tawakkal!

Ingatkan jauh la sangat HKL ni. Sebab tu, kebanyakan medical books, ana beli kat Kinokuniya je. Sebab kalau nak pergi Jalan TAR, jauh dan tak bayak pilihan.

Pengajarannya; sila tengok map. Sekarang kan maklumat di hujung jari.

"Katakanlah, ‘Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada ALLAH), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan ALLAH..." (Ali Imran: 15)


Nota kaki 1: Memang banyak kriteria yang tiada, tetapi ada satu perkara penting yang dia tiada tetapi tidak anda. Dan perkara itu menghapuskan semua yang sebelumnya.
Nota kaki 2: Jangan malas!
Nota kaki 3: Masih lagi perlu motivasi untuk disiplin.

^Wallahu A'lam^