Sunday, 22 September 2013
Berumah tangga?
Assalamualaikum W.B.T. :)
Ada orang bertanya kepada saya, tentang tips bahagiakan suami. Amboi, macam Dr. Cinta pula. Saya bukanlah seorang yang pakar :P, namun sebagai seorang isteri, inilah perkongsiannya. Saya bagi 5 tips sahaja, cuba amalkan yang ini dahulu.
1) Selalu refresh.
Walaupun suami tak pernah balas, atau dia tak pernah nak sebut dulu, selalulah cakap "love you", "miss you". Nak romantik sikit, cakap bahasa Melayu. Keke. Aku mencintaimu. Dah memang fisiologi lelaki begitu, pemalu. Malu hendak meluahkan melalui kata-kata, kerana mereka meluahkan melalui perbuatan. Tetapi, mereka nak sangat dengar kata-kata cinta. Mengada sungguh. Haha. Jadi bakal isteri sekalian, janganlah terasa. Bahasa cinta lelaki dan perempuan lain. :3
2) Merajuk sekejap sahaja.
Kadang-kadang kita akan terasa. Kalau dia dah pujuk, nak menyombong sekejap, okaylah. Jual mahal sikit. Hehe. Tapi, jangan lama-lama, bazir masa! Kalau dia dah mengusik ke, minta maaf ke, jangan keraskan muka. Gelak je :) Hahaha. Dan hubungan akan menjadi lebih erat.
Tapi, kalau tak merajuk langsung, lebih bagus!
3) Tidak boleh naikkan suara!
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat ini! Naikkan-suara-memang-sangat-tidak-berperikemanusiaan. (Tulis sambil ketap gigi). Grr.
4) Dengar kata.
Kalau ada arahan atau permintaan, buat sahaja tanpa bantah :) Tetapi, kalau tak setuju, bincangkan elok-elok. Kalau dia insist juga, buat sahajaaaa. Kalau tak setuju juga, bagi alasan kukuh, atau suruh dia faham situasi. Dari sini dua-dua pihak belajar toleransi. Kan?
5) Remain beautiful!
Alhamdulillah, dikurniakan pasangan penyejuk jiwa.^^ Kita berusaha untuk memainkan peranan kita, kalau suami tak memainkan peranan, bukan urusan kita. Doa banyak-banyak, InsyaAllah suami akan sejuk hati dan mula melaksanakan tanggungjawabnya.
Notis!
Penting untuk kita tahu dan saling memahami; fisiologi lelaki dan perempuan lain! Hormat, faham dan raikan perbezaan tersebut.
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin
17 Zulkaedah 1434
Villa Bestari, Kuala Lumpur.
Friday, 6 September 2013
Saya Merasai Bersalin Itu.
Assalamualaikum W.B.T.
Bertemu kembali :3 Alhamdulillah.
Cepat sangat masa berlalu, dan ya! Saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel :) Saya perasan, ramai yang bercerita tentang pengalaman bersalin mereka. Memang perit namun, indah.
Saya pun mahu jadi sang penglipur lara.
* * *
Sebelum Subuh 19 Ogos 2013, tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang agak kuat. Hasil dari bacaan buku Diari Hamil, saya dapat idea tentang tanda-tanda mahu bersalin. Sebenarnya, saya tak tahu pun sakit kontraksi macam mana bentuknya. Main agak-agak je. Hehe. Saya ambil jam.
"Okay, sekarang contraction setiap 3 minit."
Oleh kerana perut sedang lapar, saya dan suami makan nasi lemak dahulu. Dan saya amat bersyukur dengan decision untuk makan nasi lemak dahulu! Amat banyak tenaga yang diperlukan untuk proses meneran. Sempat juga saya melayari internet dan memberitahu Baba untuk ke hospital.
Usai sarapan, dengan pakaian yang agak selekeh :3, saya ke Hospital Pakar Al Islam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Contraction makin kuat! Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan cermat. Fuh fuh. Velositi berjalan makin lambat, dengan gaya yang agak lemah, saya berkata kepada pegawai pendaftar, yang saya agak sakit.
Kurang dari lima minit (taqriban), saya masuk berjumpa Dr. Norlida. Beliau meminta izin untuk memeriksa cervix.
"Hah, dah buka 6 cm! Admit labour room sekarang!"
Jururawat datang membawa kerusi roda, dan saya dimasukkan ke wad. Nurse memberikan cecair untuk pembersihan kolon (buang air besar) dan diberi pilihan menu untuk makan nanti. Aihhh, menu ayam masak masala, nasi kerabu, ikan masam manis, macam tiada menu untuk pantang je. Dengar cerita, ayam bakar sepanjang 40 hari. Boleh berasap kepala saya asyik tertelan karbon nanti.
Agak sakit juga proses memasukkan cecair melalui anal canal. Usai buang air besar, saya dimasukkan ke labour room. Suami juga menemani, Alhamdulillah. I really need him to be by my side! Jadi teman borak saya, teman sedih saya, teman analgesik saya. Saya meminta epidural. Oleh kerana bukaan cervix sudah 6 cm, permintaan saya tidak diterima. Saya meminta analgesik lain pula, iaitu Pethidine.
Malangnya, Pethidine itu tidak berfungsi kepada saya, tetapi ia memberi kesan kepada anak. Contraction makin menjadi-jadi. Kejam sungguh! Selagi anal canal tidak bulge, saya tidak dibenarkan meneran. Fuh. Hampir pengsan dan mahu menangis kesakitan, namun saya menahan. Malulah menangis depan orang. Tidak sampai hati juga untuk menggenggam tangan suami, nanti banyak kesan kuku.
Sedang berusaha melawan sakit, saya diberikan arahan untuk meneran. Wahhh, memang banyak tenaga diperlukan! Teran sewaktu wave contraction datang sahaja. Pada waktu yang tidak sakit, proses meneran menjadi agak slow. Inilah manfaatnya tidak mengambil epidural, kalau tidak, lambat prosesnya kerana ibu tidak sakit. Alhamdulillah.
Memang sakit bersalin itu dicipta, untuk memudahkan proses bersalin.
Misi bertanya,"ada ambil air selusuh, air yasin ke?" Senang proses awak ni."
Saya menjawab,"tiada."
Tiba-tiba terasa ada benda besar mahu keluar, dan sayup-sayup ternampak doktor datang. Guntingan episiotomi dibuat, dan bluakkkkk, baby keluar pada jam 12.33 tengahari bersama plasentanya beberapa tika kemudian.
Yang saya ingat waktu tu, Alhamdulillah, berakhir juga penderitaan ini. Jahitan mula dibuat. Ya, kerana contraction amat kuat sakitnya, guntingan dan jahitan tidak terasa apa-apa pun. :3 Chill lah, bak kata suami. Baby dibersihkan dan diazankan, saya pula menggigil kesejukan, keletihan dan kelaparan.
Qays Umar Tee Bin Mohd Qarafi. Esoknya, saya pulang ke rumah sebelum jam 12. Mohon doakan anak saya dan keluarga kami, dengan doa yang tulus dari hati.
Terima kasih suamiku, sentiasa berada di sisi sehingga ke akhirnya. Love.

Wednesday, 1 May 2013
Prosedur Mengundi Pos dari Mesir.
Assalamualaikum W.B.T.
Ini gambar saya. Diambil di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Tahun ini saya telah mengundi! Haha. Alhamdulilah.Nasihat saya; lebih baik mengundi di Malaysia.
Akan saya kongsikan prosedur bagaimana mahu mengundi di luar negara. Kut-kut ada yang mahu. Hehe. Tarikh mengundi untuk mereka yang tinggal di luar negara lebih awal dari proses pengundian di Malaysia.
1) Mestilah mendaftar dahulu di Malaysia sebagai pengundi.
Dulu, saya mendaftar di pejabat pos UIA. Walaupun waktu itu lambat lagi mahu pilihanraya, adalah dalam beberapa tahun lagi, daftar sahaja. Supaya tidak menyesal di kemudian hari :3
Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan. Tempat mengundi ditetapkan melalui alamat kita, namun, kita boleh membuat pilihan untuk mengubah tempat mengundi. Saya tak ingat ada bayaran atau tidak, kalau ada pun
2) Mengisi borang B iaitu borang permohonan sebagai pengundi tidak hadir (PTH).
Borang B boleh didapati di laman web SPR, disertakan juga terma dan syarat untuk menjadi PTH. Print, isi, scan dan e-mail. Kalau teringin nak hantar guna pos pun boleh, adalah dalam RM 100 dari Iskandariah.
Semakin lambat borang diisi, semakin lambat permohonan kita diproses. Andai kata kita menghantar borang selepas tarikh pembubaran parlimen, permohonan tidak akan diproses.
Tarikh pembubaran parlimen selalu misteri. Maka, perlu peka.
3) Semak status permohonan di laman web SPR.
Status permohonan hanya dikeluarkan selepas pembubaran parlimen. SPR akan membuat kenyataan di laman webnya. Kalau permohonan tidak lulus, disebabkan salah isi borang, tak cukup syarat atau lambat, bolehlah ready beli tiket untuk balik Malaysia.
4) Mengundi!
As easy as ABC. Kita akan mendapat satu sampul keutamaan (seperti di dalam gambar), yang mengandungi kertas undi kita. Kalau saya, parlimen Gombak dan dun Gombak Setia, akan mendapat kertas undi kawasan tersebut.
Sewaktu saya mahu menandakan undi untuk parlimen Gombak, ada 3 lambang. Satu lambang bulan sabit Parti Keadilan Rakyat, lambang dacing Barisan Nasional dan lambang jam loceng! Haha. Saya tak tahu pula parlimen Gombak ada calon Bebas :) Ke parti apa?
Penting;
* Pengundi yang sudah berdaftar sebagai PTH tidak dibenarkan mengundi di Malaysia. Ini kerana kertas undi kita sudah diterbangkan ke negara kita menetap.
* Pengundi boleh membuat pilihan untuk masukkan kertas undi dalam karung untuk dibawa pulang oleh pihak SPR atau bawa balik sendiri dan letak dalam kotak kat Malaysia.
* Pengundian pos selalunya diseleweng. Sebab itu, lebih baik mengundi di Malaysia untuk ketelusan yang lebih jitu!
Jejaka hensem yang menemani saya mengundi dan membelikan aiskrim waffle Baskin Robbin untuk isterinya yang manja bila nampak kedai BR. Beliau tidak mengundi kerana masih tidak mendaftar. Cehh. Kita hendaklah peka dengan perkara semasa.
Menikmati aiskrim perisa Berry Romantic dan Chocolate tengah panas terik dan hiruk-pikuk bumi Kaherah. Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada yang hak, kepada yang memperjuangkan Islam..
Wallahu A'lam.
Nusaibah Binti Sallehuddin
20 Jamadil Akhir 1434
Bersamaan 1 May 2013

Monday, 15 April 2013
Tiket Kapal Terbang.
Assalamualaikum W.B.T.
Apabila tiba musim cuti... Apa tunggu lagi? Mari beli tiket pulang ke Malaysia! Ops, sebelum itu. Mari, dengarkan pengalaman saya :)
Untuk memudahkan kerja daripada berulang-alik ke travel agent, buat pertama kali saya membeli tiket dengan agen pelajar Malaysia. Lebih memudahkan, hanya message untuk mengetahui harga tiket terkini. Banyak betul iklan tersiar di Alex Market. Banyak betul promosinya.
Dan pengalaman untuk pengajaran saya bermula di sini;
1) Dengan tagline, PM laju-laju, kami akan balas secepat mungkin. Saya terus whatsapp dan message beberapa agen.
2 hari baru balas! Hmph. Saya reply. Message seterusnya dibalas sangat lama kemudian. Lambat.
2) Tiket yang saya tempah dibayar tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.
Sungguh, saya rasa terhiris sehingga kini. Akan menjadi masalah apabila tiba-tiba saya mahu menukar tarikh di saat akhir (masih sebelum saya bayar), saya perlu membayar denda LE 250 hanya kerana tiket itu sudah dibeli.
3) Promosi yang tidak diketahui oleh agen.
Agen menghebahkan di "page"nya tentang promosi tiket pulang ke Malaysia sebanyak LE 3500. Bila di PM, "eh, saya tak tahu pun tentang promosi tu." Lebih kurang begitu. Grrr. Habis di dinding page itu apa? Tiada kesepakatan.
4) Kejadian tahun lepas.
Beberapa orang pelajar tidak dibenarkan board kapal terbang kerana tiket mereka dibeli secara tidak sah. Terpaksa seret bag dari lapangan terbang pergi rumah semula. Alhamdulillah, pada waktu tersebut saya membeli melalui Nile Tours (travelling agent Mesir). Tiada masalah! Travel agent ini sudah mendapat banyak pengiktirafan.
5) Tidak berbudi bahasa.
Sungguh tidak mesra pelanggan. Tidak memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Kita sebagai pelanggan dimarahi.
6) Ada satu point yang sangat ergghh tapi saya akan berdiam diri. Boleh bertanya secara personal.
Cukup setakat ini! Sepanjang saya membeli di travelling agent di Iskandariah sama ada Nile Tours/Rabah Tours (bukan pelajar Malaysia, ia syarikat profesional).
1) Mereka sentiasa senyum dan mesra pelanggan.
2) Sabar ditujah pelbagai pertanyaan tarikh tiket. Biasalah.
3) Spesifik dalam bekerja.
4) Resit tiket dalam kad yang cantik. Dapat beg free! (Rabah Tours).
Kepada mereka yang berhasrat menjadi travelling agent, jalankan kerja dan bisnes dengan amanah, tulus. :) Saya tahu kamu semua juga sedia maklum tentang ini. Menjadi agen perlu bersabar dengan banyaknya soalan tentang tarikh, penukaran di saat akhir, dll. Sepatutnya kena ada kursus sebelum menjadi travelling agent. Hehe. Mari kita sama-sama beristighfar memohon ampun kepada Allah S.W.T.
Dengan ini saya menggalakkan kepada para pelajar untuk pergi sendiri ke syarikat travelling agent profesional yang diiktiraf. Atau beli online dengan mana-mana syarikat penerbangan. Boleh membayar menggunakan paypal atau kad kredit. Alhamdulillah, saya sudah mendaftar dengan Etihad Airways. Tip top. Kalau Malaysia Airlines, macam Enrich gitu. Mari start kumpul poin!
Minta maaf jika terkasar bahasa.

Wednesday, 27 March 2013
Pendapat Baba Tentang Forensik.
Assalamualaikum W.B.T.
"I liiiiiive!" Kata Mushu dalam filem Mulan. Sama juga seperti saya, seperti hidup kembali! Kawan saya sudah bising sebab sudah lama tidak berblog. Hehe. Minta maaf. Saya sendiri rimas dan malu melihat blog tidak berisi.
Hari ini hari pertama pusingan Ortopedik.
Dahulu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pakar forensik. Memang! Semua gara-gara cerita CSI, 24, Mr Brain dan novel-novel. Huh. Sedang cerita itu bersiaran, saya pun turut serta dalam membuat diagnosis :3 Betapa besarnya pengaruh elemen ini. Namun, ayah saya menentang keras pilihan saya.
Alhamdulillah, beliau memberi banyak pencerahan. :) Forensik tidak dapat menghasilkan wang yang banyak. Maka, saya dengan mudah menukar cita-cita, alasan tersebut sudah cukup kukuh. Setelah diberi pendapat juga oleh Dr. Chan, doktor cina muslim yang menetap di hadapan rumah saya dan berdiskusi, saya memilih untuk menjadi seorang pakar ortopedik atau bius!Cause I like to sleep and don't like to walk around. Haha.
... Kerana saya meminati bidang farmakologi. Mungkin ada bidang yang menggabungkan keduanya, dalam skop yang besar. Hmm, pakar sakit puan? Ramai pakar sakit puan menggesa kaum Hawa menjadi pakar sakit puan. Walau apa pun, tunggu saya membuat praktikal untuk membuat keputusan terakhir, InsyaAllah.
Ini kami! Dr. Qarafi (An Nahif) dan Dr. Nusaibah menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama di Hotel Sheraton, Montaza. Hadiah perkahwinan daripada ibu saya. Terima kasih :)
Yang penting, bukan bidang kecemasan! Nanti, daripada seorang pesakit bertambah menjadi dua. Ngeh3. Doakan kejayaan saya dan suami :) Semoga doa yang diluahkan dilontarkan kepada kamu semula. Rasulullah S.A.W. sudah menyebut dalam hadis qaulinya tentang ini.
Wallahu A'lam.
"I liiiiiive!" Kata Mushu dalam filem Mulan. Sama juga seperti saya, seperti hidup kembali! Kawan saya sudah bising sebab sudah lama tidak berblog. Hehe. Minta maaf. Saya sendiri rimas dan malu melihat blog tidak berisi.
Hari ini hari pertama pusingan Ortopedik.
Dahulu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pakar forensik. Memang! Semua gara-gara cerita CSI, 24, Mr Brain dan novel-novel. Huh. Sedang cerita itu bersiaran, saya pun turut serta dalam membuat diagnosis :3 Betapa besarnya pengaruh elemen ini. Namun, ayah saya menentang keras pilihan saya.
Alhamdulillah, beliau memberi banyak pencerahan. :) Forensik tidak dapat menghasilkan wang yang banyak. Maka, saya dengan mudah menukar cita-cita, alasan tersebut sudah cukup kukuh. Setelah diberi pendapat juga oleh Dr. Chan, doktor cina muslim yang menetap di hadapan rumah saya dan berdiskusi, saya memilih untuk menjadi seorang pakar ortopedik atau bius!
... Kerana saya meminati bidang farmakologi. Mungkin ada bidang yang menggabungkan keduanya, dalam skop yang besar. Hmm, pakar sakit puan? Ramai pakar sakit puan menggesa kaum Hawa menjadi pakar sakit puan. Walau apa pun, tunggu saya membuat praktikal untuk membuat keputusan terakhir, InsyaAllah.
Ini kami! Dr. Qarafi (An Nahif) dan Dr. Nusaibah menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama di Hotel Sheraton, Montaza. Hadiah perkahwinan daripada ibu saya. Terima kasih :)
Yang penting, bukan bidang kecemasan! Nanti, daripada seorang pesakit bertambah menjadi dua. Ngeh3. Doakan kejayaan saya dan suami :) Semoga doa yang diluahkan dilontarkan kepada kamu semula. Rasulullah S.A.W. sudah menyebut dalam hadis qaulinya tentang ini.
Wallahu A'lam.
Friday, 30 November 2012
Ubat baru untuk Chronic Myelogenous Leukemia.
Assalamualaikum W.B.T.
Penyakit kanser boleh dihalang. Menariknya pendahuluan saya. Haha. Namun, ramai yang meninggal kerana kanser. Kenapa? Antara sebab utama;
Ramai pesakit pergi berjumpa doktor hanya apabila kanser mereka sudah sampai tahap ke 3, atau 4. Banyak penyakit yang boleh diubati jika pesakit jumpa doktor seawal mungkin.
Kanser tidak seperti jangkitan. Sumber atau punca penyakit dapat kita tahu dengan mudah. Untuk mengelakkan jangkitan, senang sahaja :) Makan benda bersih, basuh tangan sebelum makan, jaga kebersihan sekeliling, makan daging, ayam atau ikan yang sudah masak sepenuhnya!
Pernah makan di kedai mamak, ayam tak masak sepenuhnya. Still blooooooody T_T Terus tukar ayam lain. Pendek kata, virus dan bakteria suka tempat kotor. Penyakit seperti kanser, sebabnya yang specific masih misteri. Orang yang tiada family history (sejarah keluarga ?) kepada kanser juga boleh menghidap kanser dalam usia yang muda. :O
Antara faktor penyumbang utama ialah;
1) Makanan yang tidak berkhasiat
All those jajans, cikedis, mee segeras. Banyak je makanan yang healthy dan sedap! Boleh masak sendiri.
2) Radiasi
Radiasi daripada telefon, laptop, dan sebagainya. Husband saya menutup henfonnya sewaktu tidur, untuk mengelakkan radiasi. Saya? Saya tidak mematikan henfon tetapi letak henfon jauh-jauh. Hehe.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menghadiri konferens anjuran syarikat Novartis Oncology bertempat di Mediterranean Azur Hotel.
Saya dan Dr. Aqilah. Waktu ini, saya sudah terlampau nausea (loya) kerana terlampau kenyang. Sebelum itu kami dihidangkan dengan sup cendawan bersama udang. Big prawns, squid rings and fish fillet with herbs and sauted vegetables.
Already nauseated, and waiters sent this...
Hanya makan strawberry cicah sos pink dan surrender!
Alhamdulillah :D Semoga rakan-rakan lain diberikan peluang juga, InsyaAllah.
Wallahu A'lam.
Penyakit kanser boleh dihalang. Menariknya pendahuluan saya. Haha. Namun, ramai yang meninggal kerana kanser. Kenapa? Antara sebab utama;
Ramai pesakit pergi berjumpa doktor hanya apabila kanser mereka sudah sampai tahap ke 3, atau 4. Banyak penyakit yang boleh diubati jika pesakit jumpa doktor seawal mungkin.
Kanser tidak seperti jangkitan. Sumber atau punca penyakit dapat kita tahu dengan mudah. Untuk mengelakkan jangkitan, senang sahaja :) Makan benda bersih, basuh tangan sebelum makan, jaga kebersihan sekeliling, makan daging, ayam atau ikan yang sudah masak sepenuhnya!
Pernah makan di kedai mamak, ayam tak masak sepenuhnya. Still blooooooody T_T Terus tukar ayam lain. Pendek kata, virus dan bakteria suka tempat kotor. Penyakit seperti kanser, sebabnya yang specific masih misteri. Orang yang tiada family history (sejarah keluarga ?) kepada kanser juga boleh menghidap kanser dalam usia yang muda. :O
Antara faktor penyumbang utama ialah;
1) Makanan yang tidak berkhasiat
All those jajans, cikedis, mee segeras. Banyak je makanan yang healthy dan sedap! Boleh masak sendiri.
2) Radiasi
Radiasi daripada telefon, laptop, dan sebagainya. Husband saya menutup henfonnya sewaktu tidur, untuk mengelakkan radiasi. Saya? Saya tidak mematikan henfon tetapi letak henfon jauh-jauh. Hehe.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menghadiri konferens anjuran syarikat Novartis Oncology bertempat di Mediterranean Azur Hotel.

Syarikat ini telah memperkenalkan satu lagi ubat baru (2nd generation) untuk mengubati pesakit chronic myeloid leukemia disebabkan oleh Philadelphia chromosome, yang dinamakan Tasigna (nilotinib).
Ph+ CML itu ialah Philadelphia positive chronic myeloid (myelogenous) leukemia. Generasi pertama untuk ubat ini ialah imatinib. Kekurangan imatinib ialah dia tidak bercantum sepenuhnya dengan Bcr-Abl, namun Tasigna boleh bercantum (baca: bind) dengan sepenuhnya! Hasil daripada kajian, hanya 3 orang yang mati daripada 281 orang pesakit yang diberikan Tasigna. Alhamdulillah, hebat betul akal dan minda ciptaan Allah S.W.T.
Doctors selected to the conference! Kami diberikan brochure dan buku. Perlu diingatkan, Tasigna tidak diberikan kepada pesakit ACUTE myelogenous leukemia. Actually, walaupun bunyi kronik lebih menakutkan, namun acute lebih berbahaya, kerana penyakit acute progress dengan sangat cepat. Sangat cepat, pesakit boleh mati dalam masa seminggu :O
Di UK, hanya 1 daripada 100,000 (or more) orang menghidap CML. Di Malaysia? Penduduk Jepun lebih mudah untuk terkena, kerana kesan daripada bom Hiroshima dan Nagasaki, yang menyebabkan perubahan kepada gene. Ehem. Pergi konferens kesihatan haruslah makan makanan berkhasiat. Salad udang, ikan dan sotong bersama sayuran hijau dan minyak zaitun (?).
Already nauseated, and waiters sent this...
Hanya makan strawberry cicah sos pink dan surrender!
Alhamdulillah :D Semoga rakan-rakan lain diberikan peluang juga, InsyaAllah.
Wallahu A'lam.
Friday, 2 November 2012
Teknik Menghafal Al Quran versi Al Manar.
Assalamualaikum W.B.T.
Sengaja buat tajuk formal, senang orang nak search. ^^
Alam persekolahan sudah bermula. Faham kan signifikasi kenapa saya berkata frasa "Alam persekolahan sudah bermula".
Ya, para pembaca blog saya (?) sangat bijak, Alhamdulillah :D
Salah satu kejayaan besar Al Manar ialah pada tahfiz Al Quran. Take in mind, Al Manar yang sedang saya berbicara bukanlah nama surat khabar atau stesen televisyen, tetapi ia nama sekolah saya yang terletak di dalam hutan.
Sumber gambar.
Jauh ke dalam hutan Selising, Kelantan. Ini sawah padinya :) Hafal + hutan + harmoni + hijau + harum = Hafizah! Suasana hutan dengan udara yang bersih memang membantu. Elok mulakan menghafal sewaktu masih kecil, kerana waktu itu minda kita mudah meresap dan tidak mudah letih. Tetapi, bukan bermaksud veteran tidak boleh menghafal. Poin saya, sesiapa yang sudah berniat, elok dimulakan sekarang.
Ini teknik menghafal kami yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Hadi. Sangat berkesan! Boleh menjadi rujukan untuk tenaga pengajar sekolah-sekolah tahfiz. Al Manar tidak menggunakan sistem hafal 2 TAHUN seperti sekolah lain.
Sakan. Kami tidak menggunakan istilah asrama atau hostel.
This is the flow;
1) Sofhah Jadid = Muka surat baru.
Biasanya, kami hanya menghafal satu muka surat dalam sehari.
2) Murajaah Jadid = Ulangan muka surat baru.
Ulangan atau revision, muka surat yang telah dihafal selama 5 hari yang lepas. Ke 4? Ke 7? Tetapi, confirm bukan 3. Kalau 5 hari lepas kita hafal 10 muka surat, maka revise 10 muka surat.
3) Murajaah Qadim = Ulangan muka surat lama.
Ulangan ini mengikut jumlah juzu'.
Jika pelajar tersebut menghafal _, maka murajaah qadimnya sebanyak _.
5 juzu' = 10 muka surat.
10 juzu' = 20 muka surat.
15 juzu'= 30 muka surat.
30 juzu' = 40 muka surat.
Haha. Sebenarnya, sudah tidak berapa ingat secara spesifik. Semua muka surat ini perlu dibaca secara terus, bukannya 10 muka surat, kemudian sambung lagi 10, dan seterusnya. Ulangan ini diteruskan sehingga habis, dan mula kembali dari surah Al Fatihah. Inilah cycle dalam sehari.
Waktu kelas hafazan;
1) 0600 - 0720
2) 0800 - 0845
3) 0700 - 0900
Salah satu perkara strict yang akan datang tanpa diundang...
Vroom vroom. Bunyi motor memecah suasana. Errk. Hampir semua banat mengenali maksudnya. Dialog dalam bahasa Arab, dan telah diterjemahkan ,antara Ustaz dan Haura' yang sudah menghafal 15 juzu'.
Ustaz: "Haura', ke mari! Sambung ayat ini. (sambil membaca potongan ayat dari juzu' 3).
Haura': Erk. Erk. Gulp. (Nervous dan baca dengan salah).
Ustaz: Kamu diturunkan kepada juzu' 3 mulai hari ini!
Haura': (Terus tidak nervous dan membaca dengan cemerlang).
Diturunkan juzu' bukannya situasi yang tidak biasa. Jadi, jangan bermain-main dan sentiasa serious dalam menghafal.
Ada orang bertanya kepada saya, ada pantang larangkah dalam pemakanan untuk penghafal Al Quran?
Jawapan saya, saya makan je semua jajan berMSG yang ada. Haruslah tidak diikut jawapan kurang cerdik saya. Kekeke. Jawapan serius, jangan makan makanan haram. Sama ada ia haram secara qat'i atau bersumber dari perkara yang haram.

Subscribe to:
Posts (Atom)