Thursday, 18 August 2011
Wednesday, 17 August 2011
Besikeret
Keh3. Besikeret tu loghat Kelantan. Laughed loudly first time I heard it. Maksudnya, Ber Sec Ret. Boleh pulak dicerakinkan masukkan vowel sikit jadi besikeret. Ingatkan basikal karat.
Ada satu hadits tentang secret;
Daripada Anas bin Malik R.A.; Rasulullah S.A.W. pernah mendatangiku ketika aku sedang bermain-main dengan anak-anak yang lain. Baginda memberi salam kepada kami, lalu menyuruhku untuk suatu keperluan, sehingga aku terlambat pulang kepada ibuku. Ketika aku datang, ibuku bertanya, "apa yang membuatmu terlambat?" "Rasulullah S.A.W. menyuruhku untuk suatu keperluan," jawabku. "Apa keperluannya?" Tanya ibuku. Aku menjawab, "itu rahsia." Ibuku pun mengatakan, "kalau demikian, jangan kau beritahukan rahsia Rasulullah S.A.W. kepada siapa pun!" (Riwayat Bukhari no.6289 dan Muslim no. 2482)
Boleh nampak? Apa yang ana boleh extract.
1) Ummu Sulaim R.A. (ibu kepada Anas R.A.) menyuruh anaknya menjaga rahsia Rasulullah S.A.W. Jadi, para ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka jaga rahsia. Bukannya bila nampak, pssst, kita ada rahsia orang ini tapi jangan kasitau orang lain yeh, sengih je. Biasalah budaks.
2) Ummu Sulaim R.A. tak tanya pun apa rahsia tu. So, janganlah berusaha mengorek rahsia orang kalau dia tak nak beritahu. Sampai pergi tanya orang lain pula kalau tuan badan tak nak beritahu. Ana pun sebanyak rimas kalau kita dah kata itu rahsia tapi masih ditanya lagi.
Sebarang pendapat?
Wallahu A'lam.
Tuesday, 16 August 2011
Monday, 15 August 2011
Majlis Makan Malam Amal Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar

Assalamualaikum W.B.T.
Secara rasminya Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar akan mengadakan majlis makan malam;
Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu (malam Ahad) Tempat: Dewan MAEPS, Serdang, Selangor Masa: 7.45 - 10.45 malam Dijemput sesiapa yang berminat untuk membeli tiket sempena majlis tersebut iaitu 1 meja = 10 kerusi dan dibahagikan kepada 3 kategori:
1 MEJA : RM 1,500 (1 KERUSI RM 150) 1 MEJA : RM 3,000 (1 KERUSI RM 300) 1 MEJA : RM 4,500 (1 KERUSI RM 450) Boleh dibeli 1 kerusi untuk 1 orang.
|
7.45 malam : Ketibaan staff dan tetamu
8.00 malam : Ketibaan VIP 8.15 malam : Bacaan Al-Quran 8.20 malam : Ucapan Pengerusi 8.30 malam : Ucapan Perasmian 8.45 malam : Persembahan Pelajar & Persembahan dari kumpulan RAIHAN 8.50 malam : Jamuan Makan 10.45 malam: Doa penutup & bersurai Objektif: Untuk mengumpul dana bagi infrastruktur dan pendidikan pelajar Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar Sumbangan antum dan keluarga antum, hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas. Untuk tempahan tiket ,sila hubungi: En.Ahmad Nizam (019-3812779) Pn.Norazean (012-2115749) Pn.Zarina (013-2559015) Wallahu A'lam. |
Ini notis penting
Assalamualaikum W.B.T.
Ini notis penting!
Kepada sesiapa yang pernah mengenali ana
Daripada pelusuk negara mana pun
Ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan
Directly or indirectly
Dan minta dihalalkan semuanya
Kalau ada tuntutan, boleh hubungi ana ya
Syukran ^^
Suami ana suka bahasa Arab. Suka sangat. Masa dia menyuarakan keiniginan nak masuk kelas Arab. Ana membantah. Takut menganggu study yang main. Tapi, ana sangat kagum melihat kebolehannya menghafal mufradat dengan cepat. Jadi, ana tak menghalang.
Semalam beliau exam. Sedikit keliru dengan ejaan dan penulisan alif lam. Namun, Alhamdulillah, 90% sangat sangat membanggakan. Congrats :)
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya ALLAH pasti melindunginya di bawah lindunganNYA dan ALLAH memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu orang yang apabila ia diberi sesuatu ni'mat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas, tetapi ia memaafkan, apabila ia marah, ia menahan kemarahannya." (Riwayat Al Hakim)
Ana pun kena refresh balik. Wallahu A'lam.
Sunday, 14 August 2011
Hacks and Hacker
Assalamualaikum W.B.T.
Bercita-cita untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang hacking. Hek3.
Hacking memang membantu dalam penyiasatan. Selalu baca dalam novels, penyahkodan. Dijalankan oleh anggota-anggota elit, perisik, agen-agen persendirian. Boleh buka pintu rahsia. Ambil maklumat from e-mail. Boleh kontrol panel. Hack macam-macam. Mantap.
And rasa kagum bila baca; e-mail orang persendirian (orang ternama) telah dihack oleh sekian sekian. Kami telah jumpa maklumat yang dikehendaki. Dan dia didapati bersalah.
Hackers dapat tahu aktiviti aktiviti seseorang. Dapat memecahkan penipuan. Ni hacker yang baik la. Kalau hacker yang jahat, tolong buangkan dokumen penting. =.=. Pihak-pihak penipu yang tak pro sangat pun selalu kalah dengan hacker. Konon-konon tak terlibat dalam aktiviti dot dot dot, bila hacker pecahkan e-mail, keh3. Kalut delete.
My husband pernah hack lif. Lif kat Mesir ni tak bergerak kalau takde kunci. Memang tension lah siapa duduk tingkat tinggi-tinggi sekali kunci lupa nak bawa. Oh, ujian. So, beliau pun menekan button button lif tingkat duduk and tingkat tuju berulang kali and tup, lif tu bergerak. Tak perlu susah susah daki tingkat 13.
Nak hacking pun, kena respectlah orang lain kan? Hack pun ada adabnya. Tujuan dan niatnya kena seiring dengan tuntutan Islam. Jangan pakai baca je message orang lain. Put yourself in others' shoes.
'O ALLAH, turner of the hearts, direct our hearts to Your obedience'
Tuntut ilmu satu persatu. Apa kaitan gula-gula hacks dengan hacker?
Wallahu A'lam.
Wednesday, 10 August 2011
History pun addictive apa :)
Dulu, zaman kanak-kanak ribena, ana memang tak suka sejarah dan kawan serangkainya merangkumi kajian tempatan, geografi dan kemahiran hidup. Huh. Dan disebabkan kebencian ini, keh3, markah selalu lawaaa je. Kadang-kadang, berusaha terlebih dalam sejarah, naklah juga dapat markah tinggi. Alih-alih, 55? Alhamdulillah time SPM dapat A1. :)





