Monday, 15 August 2011

Ini notis penting

Assalamualaikum W.B.T.

Ini notis penting!

Kepada sesiapa yang pernah mengenali ana

Daripada pelusuk negara mana pun

Ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan

Directly or indirectly

Dan minta dihalalkan semuanya

Kalau ada tuntutan, boleh hubungi ana ya

Syukran ^^

Suami ana suka bahasa Arab. Suka sangat. Masa dia menyuarakan keiniginan nak masuk kelas Arab. Ana membantah. Takut menganggu study yang main. Tapi, ana sangat kagum melihat kebolehannya menghafal mufradat dengan cepat. Jadi, ana tak menghalang.

Semalam beliau exam. Sedikit keliru dengan ejaan dan penulisan alif lam. Namun, Alhamdulillah, 90% sangat sangat membanggakan. Congrats :)

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya ALLAH pasti melindunginya di bawah lindunganNYA dan ALLAH memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu orang yang apabila ia diberi sesuatu ni'mat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas, tetapi ia memaafkan, apabila ia marah, ia menahan kemarahannya." (Riwayat Al Hakim)

Ana pun kena refresh balik. Wallahu A'lam.

Sunday, 14 August 2011

Hacks and Hacker

Assalamualaikum W.B.T.

Bercita-cita untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang hacking. Hek3.

Hacking memang membantu dalam penyiasatan. Selalu baca dalam novels, penyahkodan. Dijalankan oleh anggota-anggota elit, perisik, agen-agen persendirian. Boleh buka pintu rahsia. Ambil maklumat from e-mail. Boleh kontrol panel. Hack macam-macam. Mantap.

And rasa kagum bila baca; e-mail orang persendirian (orang ternama) telah dihack oleh sekian sekian. Kami telah jumpa maklumat yang dikehendaki. Dan dia didapati bersalah.

Hackers dapat tahu aktiviti aktiviti seseorang. Dapat memecahkan penipuan. Ni hacker yang baik la. Kalau hacker yang jahat, tolong buangkan dokumen penting. =.=. Pihak-pihak penipu yang tak pro sangat pun selalu kalah dengan hacker. Konon-konon tak terlibat dalam aktiviti dot dot dot, bila hacker pecahkan e-mail, keh3. Kalut delete.

My husband pernah hack lif. Lif kat Mesir ni tak bergerak kalau takde kunci. Memang tension lah siapa duduk tingkat tinggi-tinggi sekali kunci lupa nak bawa. Oh, ujian. So, beliau pun menekan button button lif tingkat duduk and tingkat tuju berulang kali and tup, lif tu bergerak. Tak perlu susah susah daki tingkat 13.

Nak hacking pun, kena respectlah orang lain kan? Hack pun ada adabnya. Tujuan dan niatnya kena seiring dengan tuntutan Islam. Jangan pakai baca je message orang lain. Put yourself in others' shoes.

'O ALLAH, turner of the hearts, direct our hearts to Your obedience'

Tuntut ilmu satu persatu. Apa kaitan gula-gula hacks dengan hacker?

Wallahu A'lam.

Wednesday, 10 August 2011

History pun addictive apa :)


Assalamualaikum W.B.T.

Siapa suka sejarah? Ana suka! Sejarah ni macam cerita. Terima kasih kepada penulis Abdul Latip Talib dari PTS yang rajin mengkaji and menceritakan kembali sejarah. Dan mula menarik minat ana terhadapa sejarah. Daripada Khulafaa' Ar Rasyidin, sahabat-sahabat, tabi'in sampailah ke Tok Janggut. I want to read all his books!

Dulu, zaman kanak-kanak ribena, ana memang tak suka sejarah dan kawan serangkainya merangkumi kajian tempatan, geografi dan kemahiran hidup. Huh. Dan disebabkan kebencian ini, keh3, markah selalu lawaaa je. Kadang-kadang, berusaha terlebih dalam sejarah, naklah juga dapat markah tinggi. Alih-alih, 55? Alhamdulillah time SPM dapat A1. :)

Empat serangkai tu memang payah nak cecah 60.

Penulis memang memainkan peranan dalam meng'interesting'kan sesuatu perkara. Cadangan ana kepada penulis buku sejarah KBSM, dengan persetujuan lembaga pengarah, supaya dikarang sejarah Melayu dalam bentuk cerita yang menarik. I hate sejarah Melayu at first, tapi bila baca yang Encik Abdul Latip Talib ni tulis, rase seronot pula. Baik tukar cara penyampaian dalam buku Sejarah or otherwise ramai rakyat Malaysia tak tahu sejarah negara sendiri. Hek3.

Ceh, senang-senang bagi cadangan. Pro and kontra tak tolong fikirkan. Tak pasal-pasal, tebal melebih buku sejarah tu kan? Tapi, bukannya susah pun nak menceritakan Tamadun Mesopotamia daripada menulis karangan fakta tentang Tamadun Mesopotamia. Okaylah, tak mau jadi orang pendek akal.

Asal usul nama Perak; Seekor ikan haruan mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.

Asal usul nama Terengganu; Dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di kuala dan melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan, "terang sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan, mereka menyatakan di negeri jiran sungguh terang ganunya.

Ni sebahagian je lah. See? Interesting, isnt it? :D

Sejarah pun addictive apa. Haha. Alhamdulillah for everything :)

Wallahu A'lam.

Tuesday, 9 August 2011

39:53 sangat sesuai for me


Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berusaha dan jangan berputus asa diucapkan kepada para pengambil exam Module 5 esok. InsyaALLAH, usaha dan teknik yang betul akan diberikan balasan yang setimpal.
Selamat bertempur!


Ayat jangan berputus asa ini sangat sesuai untuk ana. Teringin pula duduk kat sekolah sekarang. Sebab, kena disiplin. Doakan. :)

Wallahu A'lam.

Monday, 8 August 2011

Penyakit muak yang sangat serius


Assalamualaikum W.B.T.

Memang orang Melayu, sifatnya, hangat-hangat tahi ayam ya? Oh, I don't want to be in that golongan. And I forgot that I'm Korean. Keh3. ALLAH, guide me.

Masa nak beli tiket airlines, berkira-kira juga nak naik airline apa? So semangat search top 10 best airlines in the world!

10 - Emirates

9 - Turkish Airlines

8 - Qantas Airways

7 - Air New Zealand

6 - Etihad Airways

5 - Thai Airways International

4 - Cathay Pacific Airways

3 - Asiana Airlines

2 - Singapore Airlines

1 - Qatar Airways

Guess what? Asiana Airlines rupa-rupanya South Korea's Airlines! Nampaknya kumpulan negara-negara Asia berkumpul kat situ. Singapore, Thailand, Hong Kong and Korea. Cathay Pacific tu Hong Kong punya.

Ana pernah naik dua je. Singapore Airlines and Etihad Airways. :D I was shocked bila tengok Egypt Air masuk dalam senarai top 10 worst airlines in the world! :O Ana pernah naik Egypt Air.

My princip masa beli tiket; airline tu ana tak pernah naik. So, I don't have to hear the same music, duduk kat tempat yang sama, landing kat airport yang sama, menghadap pramugari yang sama style. Naik Etihad dua kali pun rasa macam nak muntah. Haha.

I love to transit lama-lama. Sehari ke. So, I can go outside the airport, sightseeing, shopping, dll. Transit lama ni dapat hotel biasanya.

YA ALLAH, mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. YA ALLAH, Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

InsyaALLAH, kali ini naik Royal Jordanian. Pray for my safety, okay! Syukran :)

P/S; Penyakit cepat boring ana sangat serius. Suasana, airlines, food, creams, cellphones. I wont buy Blackberry sebab boring tengok semua pakai blackberry. Now, sangat boring makan nasi and ayam and looking forward for maggi and eggs days and nights.

Wallahu A'lam.

Friday, 5 August 2011

Saya seorang yang berdisiplin


Assalamualaikum W.B.T.

Saya seorang yang berdisiplin.
Saya seorang yang berdisiplin.
Saya seorang yang berdisiplin.

Sila ucap kalimah ini setiap hari sebagai doa wahai diri. Hek3. Takdelah nak mengada sangat memuji diri sendiri berdisiplin. Jangan salah faham :P

Demi masa!


Qarafi telah merequest karipap lagi sekali. Jom uli doh! Doakan ia sedap. Hihi.

Wallahu A'lam =)

Note at the Foot; Apa nak jadi dengan muka-muka yang baik, status yang berdegar berkobar sungguh Islamic, tapi mulut laser! Sila jangan serkap jarang sebelum mengetahui hal yang betul. Adakah anda juga sudah terpengaruh? Think wisely before you act.

Anda terasa? Kih3.

YA ALLAH, bersihkan hati-hati ini.

Ceh, panjang pula note at the foot ni.

Wednesday, 3 August 2011

Scrabble.Karipap.Tart.Korea.

Assalamualaikum W.B.T.

Dalam masa kekosongan ini, Alhamdulillah, belajar banyak perkara baru. And interesting!

1) I managed to play scrabble with Norm and I won! Norm tu macam computer la. But, this is iPod version. Hek3. Bukan senang tau. Alhamdulillah. Mula-mula asyik kalah, then I observed the tactics, ohh, macam ni ke? Tadi, I played this game with Qarafi tapi disebabkan beliau mual-mual, game terpaksa diberhentikan. Unfair la kalau ana menang :)

2) Cooking! Dalam masa 3 hari Ramadhan ni, Alhamdulillah dah buat dua jenis kuih. Karipap and tart telur. Ini my husband requests. Its not so hard rupanya. Just uli-uli taram and goreng or bake. But, I have problem with the oven. Tak reti nak guna oven kena cucuh ni. Kalau yang auto tu bolehlah. And ia sangat panas. Macam tannur!

3) Impian sejak dahulu kala. Menguasai bahasa Korea. Hehe. Ana rasa macam nak tinggal kat Korea, or Japan after study. Jadi doktor kat sana. With those healthy foods, polite people, kulit yang tulus mulus, exercising everyday (rumah kat Korea kan macam terrace). Maybe I can be a part time ustazah dekat one of the Islamic school. Or I can open one :) Berdekatan masjid besar Itaewon. Teringat time kecil2, selalu escape solat Tarawih kat sini.

Tetapi, Innalillah :( banyak juga masa terbuang apabila mood swing. YA ALLAH, jadikanlah kami hambaMU yang berdisiplin.

Rasanya lepas ni, nak mendalami ilmu about Armageddon 2012. Bukannya lama pun nak sampai 2012. Semoga kita ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang soleh!

Wallahu A'lam