Sunday, 10 July 2011

Surat terbuka kepada dot dot dot

Assalamualaikum W.B.T.

Siapakah dot dot dot tu? Hek3.

Kepada pasangan yang sesedap hati seenak rasa bercinta bagai nak rak. Tapi tak kahwin lagi. You know what it means? Murahan. Itu golongan perempuan murahan. Orang lain nak dapatkan seorang perempuan yang special, mahal, susah didekati. First step, kena tanya elok-elok empunya tuan. Kena jumpa ayah ibu dulu. Kena pergi isi borang. Kena salam wali. Kena bagi mas kahwin. Kena keluarkan duit hantaran. Kena keluarkan belanja kahwin. Baruuuu boleh borak-borak mesra, holding hands perempuan yang diidamkan.

Ini tidak, tak payah buat apa-apa, dah dapat. Bak kata orang, free! Dapat pegang tangan, then dapat permission pegang pipi la. Buy one free one. Hek3. No market value. Pedas juga saya rupanya. Haha.

Ana just nak kamu tahu, kalau kami jumpa anda semua berdating dan kami senyum. It doesnt mean that we redha with your perbuatan. "Eh, dia senyum la, tak marah kot." Kalau korang tunjuk gambar konon-konon sweet, and kami senyum. It doesnt mean that kami suka. Meluat adalah. Hek3. Dalam hati naik menyampah. Nak tegur tak berapa nak reti. And tak berapa nak berani. =.= Salah kami juga.

Susah sangat ke untuk korang dengar nasihat. Ikut cara yang betul. The right way. Before the whole batches getting meluat dengan korang. We are now meluat. Rasanya semua dah tahu hukum hakam tapi degil sangat. Yang bagi duit dan rezeki tu ALLAH S.W.T. jugaa. Yang bagi korang nikmat tu ALLAH S.W.T. juga.

Berlagak sangat dengan ALLAH S.W.T.

Astaghfirullah Al Azeem.

YA ALLAH, ampunilah segala dosa-dosa kami. :(

I dont have the hikmah in this thing. Depan-depan bolehlah nak hikmah. Tapi dalam penulisan, kurang la sikit. Forgive me, okay. :( And jangan label ana sebagai pendakwah. I have lots of sins and mistakes. So, dont put high expectation on me. Pandang ana sama level je dengan korang. Because I am.

Let's live a better life, friends.

Wallahu A'lam.

Thursday, 7 July 2011

My cardiac status.

Assalamualaikum W.B.T.

Sengguking while learning cardiac cycle.


T_T. How is my cardiac now?

Are you alright? Let's eat okay. I hate my cardiac status actually. O ALLAH, help me.

Cara menjaga hati praktikal untuk pemalas macam ana.

1) Membaca Al Quran
2) Positifkan minda
3) Berpuasa
4) Berkawan dengan Ulamaa'
5) Jangan dengar orang mengumpat

Lets start slowly okay :)

Wallahu A'lam.

Tuesday, 5 July 2011

Wo De Zhang Fu

Assalamualaikum W.B.T.

"Aku terima nikah Nusaibah Binti Sallehuddin..." Kalimat ini pernah terucap hampir 4 bulan lalu. Bersaksikan puluhan saksi. Serta bersambut tasbih haiwan-haiwan, semut, lebah bahkan rumput. InsyaALLAH. Dan waktu itu juga, meranalah syaitan. Satu pasangan sudah disatukan secara syar'i. Mengurangkan satu lagi kadar kemaksiatan. Alhamdulillah.

Kami di antara pasangan yang telah dipilih oleh ALLAH S.W.T. untuk mendirikan rumahtangga seawal umur 20 dan 21 tahun. Dan suami ana bukanlah orang yang bersedia terhadap perkara ini. Banyak perkara yang masih lompong-lompong. Impiannya masih belum tercapai. Tetapi, dia tetap mencuba yang sebaiknya. Apa salahnya mencapai kejayaan berdua.

Sewaktu ana sakit, mengadu lapar, dia yang memasakkan itu dan ini. Walaupun malam sudah larut. Asalkan ada perut yang kenyang. HAHA. Dan dia sangat suka melatih ana dengan perkara yang ana tak suka makan. Susu. Daging. Cheese. Dengan muka separuh evil, mulut tersenyum luas sambil paksa. Makan!

Time ana merajuk. Hek3. Dia pujuk sehabis daya. Selagi tak senyum, selagi tak ketawa, dia takkan berhenti. Part ni elaborate sikit-sikit sudah. Rahsiaa.

Walaupun sifat penyayangnya sangat tak menyerlah secara kata-kata, tapi dia mengaplikasikan dengan cara lain. Action speaks louder. Pengorbanan yang sangat tinggi. Dia juga amat suka belajar ilmu-ilmu agama. Al Quran. Dan Bahasa Arab. Waktu itu, ana yang akan menjadi gurunya. Mengajar ilmu tajwid, panjang, pendek, fathah, dhammah. Katanya, RMC tak menekankan pengajian Islam sangat.

To my husband, thanks sooo much for being a most wonderful husband! Thanks untuk layanan masa ana sakit.Thanks sebab berusaha kejutkan ana time ana ngantuk. Thanks sebab datang lari jauh-jauh time ana takut jalan malam-malam. Thanks sebab teman pergi Carrefour waktu ada orang separa merajuk sampai kena cancel kelas Arab. Thanks sebab selalu masakkan bila tiba-tiba ada orang cakap, laparlah. Thanks sebab selalu angkat barang naik tingkat empat yang rendah ni.

May ALLAH S.W.T. ease your way, ease your study, ease everything for you, dilimpahi berkah, dikurniakan hikmah, diberi pertolongan :')

Thanks for the sweet months of marriages.
Lets walk together. Forever.
Salah satu entri gedik. Hehe.

Wallahu A'lam.

Monday, 4 July 2011

Intelligence has any survival value?

Assalamualaikum W.B.T.

Someone please explain to me bout this quote? =D


Wallahu A'lam


Friday, 1 July 2011

100 dollar: An arm and a leg

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Mari kita mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T. Sekarang lebih kurang pukul 5.20 pagi. Kawan-kawan, doakan ana tidur jangan awal sangat and bangun awal je. I have lots of things to study!

Kalau nak beli almari, 100 dollar tu murah. Kalau nak beli stove, 100 dollar tu okay. Tapi, bayar duit reseat paper 100 dollar?! Setelah tinjauan dibuat, Universiti lain tak bayar pun 100 dollar. Alexandria University, take notes. Facilities tak sehebat mana. Library kat Muasaah pun takde. Just ada tempat belajar or so called Library. Tapi, Alhamdulillah ada tempat study. Tu pun, kadang2 berubah menjadi meeting room and the Arabs are so noisy.

And ana rase LAME sangat pendapat yang menyatakan wajar bayar 100 dollar sebab nak bagi semangat and booster untuk stadi. BOOSTER? Its not a booster. Bila ada je orang nak memperjuangkan hak students untuk memansuhkan 100 dollar, terus comment, "tu la, malas study". Malas study?! Yang malas study tu anda. Cuma ALLAH S.W.T. bagi rezeki dapat markah lebih je. Mungkin pertolongan supaya lebih bersyukur? Mungkin istidraj?

Ramai je ana nak tengok mereka yang reseat ni kuat je stadi. Siang malam. Study groups. Jawab soalan. Sama banyak je tahap stadi dengan orang lain. Equal. Sedih bila tengok diorang dituduh sebegitu rupa. Tapi, ALLAH S.W.T. still lagi nak bagi ujian blur waktu exam. Orang yang usaha lebih, InsyaALLAH pahalanya lagi lebih. Daripada orang yang usaha kurang, tapi tiba-tiba dapat markah lebih, bangga pula tu menunjukkan kejayaan diri.

"Dari Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda; orang yang membaca Al Quran dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Quran dan ia tergagap-gagap dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat 2 ganjaran." Muttafaqun Alaih."

Banyak hikmah ada dalam hadits. Jangan diambil maksudnya sahaja. Cari tafsirannya juga. Kalau just tengok maksud surah Al Kahf ayat 18, tak ramai yang perasan ALLAH S.W.T. actually berfirman tentang gangrene. Syukran for the info Sahira :D

Tau kan gangrene tu apa?

100 dollar tu tak equal langsung dengan keadaan U yang 'sangat bagus'.

Bila kita still dah usaha banyak dan follow teknik2 yang telah diajar oleh students yang pandai lebih sikit. Absolutely, not me. Tapi still dapat rendah. Ingat, kita dah berusaha sehabis daya and ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui akan usaha tu. Tingkatkan diri lagi sampai jumpa cara yang sesuai dengan diri. As for me, ana tak boleh baca nota. Kalau tak jadi fenin. Kena baca ayat buku juga. Biarlah ayat dah macam surat khabar. Sebab ana jenis photographical?

Dan kegagalan itu perlu diambil muhasabah. Wake up. Reschedule everything.

Selagi boleh diperjuangkan hak, perjuangkan. Ana macam tak berapa setuju kepada mereka2 yang cakap, bila je tak berjaya perjuangkan hak, terus kata, itulah takdir kita. Kalau macam tu, rakyat Mesir takyah la buat demonstrasi sebab dah takdir dia Mubarak tu perdana menteri. Terima je lah seadanya.

Tak membangun langsung.

Kepada yang masih kabur tentang Bersih, takdelah rakyat Malaysia sampai kena evacuate pergi Indonesia. Hehe. Just perhimpunan AMAN je. At least polis sembur air or gas pemedih mata. Semoga penyokong Bersih dapat sentiasa menjaga adab. Ingat, kita ada adab dan cara kita. Jaga nama bersih kita.

Tiba-tiba ada pula ya Gerakan Mahasiswa - AU and Pro Aspirasi.

Wallahu A'lam.

Wednesday, 29 June 2011

I wanna learn everything!

Assalamualaikum W.B.T.

15 April 2011? Wah. Ketidak aktifan yang sangat kritikal. Tak macam blog Fadhilah Yaakob langsung. Lah, you're my mentor!

Lately, untuk menahan mengantuk yang agak kritikal, di fatrah imtihan ini, ana telah memasang beberapa songs zaman muda mudi. Macam Lion King, Mulan, dll. Dan agak tertarik dengan Not One of Us. Sesuai untuk orang yang rasa terbuang. Sesuai juga untuk membuang orang. Haha. Its depend on you untuk menafsirkan ayat-ayatnya.

I wanna be a person yang sering dapat mengeluarkan ayat-ayat bernas. Bukan berdasarkan nafsu. Berdasarkan perasaan. Berdasarkan marah. Ana suka pergi meeting yang bernas and I have some colleagues yang time meeting, memang pandai bercakap and I love to see how they think. As me with idea lapuk-lapuk zaman dulu. YA ALLAH, kami memohon hikmah daripadaMU. :(

Tapi tak naklah jadi golongan yang bernas pada mulut sahaja. Oh, tidak. Itu sangat memalukan. Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa memelihara lidah-lidah kami. Yang memang degil, tak bertulang, laju dan lain-lain. Supaya mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja. Kata-kata yang indah. Ana sangat mengagumi seorang rakan yang sangat bersyukur dengan apa yang ada. Tak berlagak even though she have everything.

Kaya yet pemurah. Berpangkat tapi always rendah hati. Suka memberi. Suka senyum. Pretty also.Tak balas keburukan dengan keburukan. Sabar yang sangat amazing. Tak mengharapkan pujian and penghargaan. Sampai kita pun tak sampai hati nak susahkan dia. Tak sampai hati untuk cakap tak kalau dia minta pertolongan. I wanna be like her.

Rasulullah S.A.W. mempunyai akhlak yang sangat agung. Akhlak Al Quran. Maybe this friend sentiasa mentadabbur ayat-ayat Al Quran and become sooo nice. :)

Banyak ciri-ciri yang ana inginkan pada diri ana. I wanna learn how to write. I wanna learn Korea badly. Everyone out there, help me.

Not One of Us.
Lion King 2.

Born in grief
Raised in hate
Helpless to defy his fate
Let him run
Let him live

But do not forget what we cannot forgive
And he is not one of us
He has never been one of us
He is not part of us
Not our kind

Someone once lied to us
Now we're not so blind
For we knew he would do what he's done
And we know that he'll never be one of us

Agenda tersembunyi Disney di sebalik lagu ini?

Wallahu A'lam.


Friday, 15 April 2011

Bangga dengan dosa?

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah program tadi berjalan dengan lancar. Seronok juga buat majlis banyak banyak kali. Haha. Dapat makan sedap sedap. Terima kasih urusetia program :)


Sesungguhnya, manusia biasa bila berbuat dosa, dia rasa bersalah. Tapi, ada golongan kronik yang pelik lagi ajaib, bila buat dosa, dia rasa bangga?


Dosa itu ialah benda yang menggelisahkan and kita tak nak orang nampak dan tau. Kalau sesiapa yang ada perasan ni, Alhamdulillah orang tu still normal. Tapi, kalau sebaliknya?


Ada orang bangga berasa riak, ada orang bangga dipuja puji, ada orang dengan lantangnya berkata dia tak perlu menjaga hati, ada orang suka dikatakan baik, ada orang bangga menzalimi orang lain, ada orang bangga membuat status hadis di facebook, ada orang bangga tidak menunaikan hak, ada orang bangga mentertawakan orang lain.


Tahap kehitam legaman hati tahap berapa pun ana tak tahu. Masih mengaku tsiqah?

YA ALLAH, bersihkanlah hati hati ini!


Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.


Nota kaki 1; Terima kasih ALLAH!

Nota kaki 2; We need to learn moreee.

Nota kaki 3; Lets strive towards Jannah, Pipi! InsyaALLAH. Thanks untuk tadi :)


Wallahu A'lam