Ini gambar saya. Diambil di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Tahun ini saya telah mengundi! Haha. Alhamdulilah.Nasihat saya; lebih baik mengundi di Malaysia.
Akan saya kongsikan prosedur bagaimana mahu mengundi di luar negara. Kut-kut ada yang mahu. Hehe. Tarikh mengundi untuk mereka yang tinggal di luar negara lebih awal dari proses pengundian di Malaysia.
1) Mestilah mendaftar dahulu di Malaysia sebagai pengundi.
Dulu, saya mendaftar di pejabat pos UIA. Walaupun waktu itu lambat lagi mahu pilihanraya, adalah dalam beberapa tahun lagi, daftar sahaja. Supaya tidak menyesal di kemudian hari :3
Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan. Tempat mengundi ditetapkan melalui alamat kita, namun, kita boleh membuat pilihan untuk mengubah tempat mengundi. Saya tak ingat ada bayaran atau tidak, kalau ada pun
2) Mengisi borang B iaitu borang permohonan sebagai pengundi tidak hadir (PTH).
Borang B boleh didapati di laman web SPR, disertakan juga terma dan syarat untuk menjadi PTH. Print, isi, scan dan e-mail. Kalau teringin nak hantar guna pos pun boleh, adalah dalam RM 100 dari Iskandariah.
Semakin lambat borang diisi, semakin lambat permohonan kita diproses. Andai kata kita menghantar borang selepas tarikh pembubaran parlimen, permohonan tidak akan diproses.
Tarikh pembubaran parlimen selalu misteri. Maka, perlu peka.
3) Semak status permohonan di laman web SPR.
Status permohonan hanya dikeluarkan selepas pembubaran parlimen. SPR akan membuat kenyataan di laman webnya. Kalau permohonan tidak lulus, disebabkan salah isi borang, tak cukup syarat atau lambat, bolehlah ready beli tiket untuk balik Malaysia.
4) Mengundi!
As easy as ABC. Kita akan mendapat satu sampul keutamaan (seperti di dalam gambar), yang mengandungi kertas undi kita. Kalau saya, parlimen Gombak dan dun Gombak Setia, akan mendapat kertas undi kawasan tersebut.
Sewaktu saya mahu menandakan undi untuk parlimen Gombak, ada 3 lambang. Satu lambang bulan sabit Parti Keadilan Rakyat, lambang dacing Barisan Nasional dan lambang jam loceng! Haha. Saya tak tahu pula parlimen Gombak ada calon Bebas :) Ke parti apa?
Penting;
* Pengundi yang sudah berdaftar sebagai PTH tidak dibenarkan mengundi di Malaysia. Ini kerana kertas undi kita sudah diterbangkan ke negara kita menetap.
* Pengundi boleh membuat pilihan untuk masukkan kertas undi dalam karung untuk dibawa pulang oleh pihak SPR atau bawa balik sendiri dan letak dalam kotak kat Malaysia.
* Pengundian pos selalunya diseleweng. Sebab itu, lebih baik mengundi di Malaysia untuk ketelusan yang lebih jitu!
Jejaka hensem yang menemani saya mengundi dan membelikan aiskrim waffle Baskin Robbin untuk isterinya yang manja bila nampak kedai BR. Beliau tidak mengundi kerana masih tidak mendaftar. Cehh. Kita hendaklah peka dengan perkara semasa.
Menikmati aiskrim perisa Berry Romantic dan Chocolate tengah panas terik dan hiruk-pikuk bumi Kaherah. Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada yang hak, kepada yang memperjuangkan Islam..
Wallahu A'lam.
Nusaibah Binti Sallehuddin
20 Jamadil Akhir 1434
Bersamaan 1 May 2013