Sunday, 11 October 2015
Saya Nyaris Ditipu Scammer Lelaki Di Iskandariah, Mesir
Assalamualaikum WBT :)
Ini pengalaman pertama!
(Terima kasih kepada rakan-rakan yang suka kongsi kisah mereka di FB, sangat memberi impak kepada pengguna lain supaya lebih berhati-hati)
Usai habis kelas, saya lebih selesa untuk menaiki tram untuk pulang ke rumah di Camp Shizar Odeon kerana harganya lebih murah dan bajet saya yang ciput. Tapi, kisah saya ditipu tiada kaitan dengan mak cik penyeluk poket mahupun pak cik gangster, kerana saya ditipu melalui telefon.
***
Perbualan telah diBMTkan mengikut gaya bahasa bangsa Malaysia.
Nusaibah: Alu.
Dia: Alu. Kami dari pihak Etisalat memohon anda membayar bil bulan ini sebanyak LE 120. (Saya memang belum membayar bil bulan ini).
Nusaibah: Whattt? Saya tak faham. Biasanya LE 60 (padahal LE 45). Kenapa saya kena bayar LE 120? (Duit tengah nan hado)
Dia: Seseorang telah tersilap membayar bil untuk nombor anda. Anda perlu bayar kembali duit tersebut.
Nusaibah: Saya tak faham. Apa yang awak cakap sebenarnya? Kenapa sampai LE 120? Mahalnya!
Dia: Begini.. seseorang telah tersilap membayar bil untuk nombor anda. Anda perlu bayar kembali duit tersebut.
Nusaibah: (Huh, macam mana boleh tersilap?) Orait, saya kena bayar di Etisalat Ibrahimiah macam biasa kan?
Dia: Ya. Bawa bersama kad pengenalan. !@#$&%. (Sebenarnya, banyak ayat yang saya tidak faham dan tidak dengar kerana keadaan dalam tram sangat sunyi sepi seperti jalan raya Mesir pada waktu puncak).
Selepas panggilan diletakkan, datanglah mesej keramat ini.
Kalau tengok betul-betul, ejaan pun salah! Hahaha. Walaupun Ejipsen banyak kali tersalah mengeja, rasanya pihak Etisalat takkan buat kesalahan remeh sebegini.
Walaupun nampak macam saya setuju, saya tidaklah bercadang untuk bayar LE 120. Dalam fikiran saya, penuh dengan ayat-ayat serangan terhadap pihak Etisalat dan kalau saya tak berjaya, saya bercadang cancelkan sim card serta merta. Ya, hak perlu ditegakkan.
***
Segala jenis dokumen telah saya siapkan, ayat telah saya fikirkan, kini masa untuk menghamburkan segala bantahan, harap-harap dapat memberi kesan!
Nusaibah: Ehem, mesej ini daripada pihak Etisalat ya? (Sambil menunjukkan mesej di atas)
Etisalat: Bukan, ini scammer. Mesej daripada kami hanya daripada nombor-nombor pendek atau Etisalat. Bukan nombor telefon lengkap sebegini. Puan mahu bayar bil bulan ini kan? LE 45 seperti biasa.
Nusaibah: (Emoticon mulut lebar terkejut lega). Wargh, scammer! Patutlah saya pelik. Dia suruh saya bayar LE 120!
Etisalat: Tak payah layan mereka. Ini resit Puan, terima kasih.
Nusaibah: Alhamdulillah.
***
50% Ejipsen amat sukakan wang dan penipuan. Kata orang, itulah kesan hidup dalam kesempitan. Tidaklah mereka perlu dipersalahkan 100%, kerana yang menyumbang kepada masalah rakyat ialah perompak sebenar yang berkot dan bertali leher dalam pejabat negara nun.
***
Tips 1: Bila dihubungi Ejipsen yang pelik bunyinya, katakan sahaja ana mush fahmah. Walaupun Tuan Muda/Cikpuan faham. Hehe. Ia amat menolong dalam membanteras kejahatan.
Tips 2: Suami saya amat menyarakan Tuan Muda/Cikpuan download apps ini: Truecaller. Walaupun nombor yang menelefon tiada dalam contact kita, 70% keberangkalian kita dapat tahu siapa sebenarnya caller ini kerana nama pemilik nombor telefon sudah tersenarai dalam data mereka.
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin
27 Zulhijjah 1436 H
Iskandariah, Mesir
Tuesday, 15 September 2015
Step Membuat Visa Pelajar di Iskandariah, Mesir
Assalamualaikum WBT :)
Kalau sesiapa yang kenal saya, mesti tahu saya anti betul mahu buat visa dengan universiti. Haih. Setiap sesuatu yang berlaku, ada sejarahnya. Dan sejarah untuk persitiwa sadis ini ialah.. semudah ABC.
A) Saya menghantar pasport kepada universiti.
B) Saya membayar LE sekian-sekian (LE 100). *Anggaran harga*
C) Tiba-tiba saya perlu menambah lagi LE sekian-sekian (lebih LE 160). *Anggaran harga*
D) Rupa-rupanya pasport saya baru diproses selepas tamat tempoh visa.
E) Saya ambil semula pasport, buat sendiri!
Qays Umar menunjukkan rasa geramnya.
InsyaAllah, proses membuat visa sendiri sangat mudah tetapi kurang menyabarkan! Hahaha. Kalau sesiapa pernah berurusan dengan bangsa Arab, mesti faham betapa sistematiknya mereka bekerja. Kalau menangis, itu biasa.
Dokumen yang diperlukan:
1) Tasdiq (sijil pengesahan) pelajar yang dikeluarkan oleh universiti yang ditulis dalam Bahasa Arab. Tasdiq hanya dikeluarkan jika diminta. 1 original dan 2 salinan.
2) 2 salinan visa terakhir.
3) 2 salinan entry terakhir.
4) 2 keping gambar pasport.
Pejabat imigresen:
1) Teksi - Cakap kepada pemandu teksi, Gawazat inda Falaky.
2) Tram - Naik tram hingga stesen Mahattah Al Raml kemudian jalan sehingga bangunan Falaky. Masuk lorong kecil di sebelah Falaky dan jalan sehingga ke penghujung jalan, bangunan gawazat terletak di situ.
Waktu pejabat:
8 pagi sehingga 2 petang hari bekerja
Step-step:
1) Ambil borang permohonan visa di tingkap 1. Anda akan diberikan sekeping borang dan setem-setem berharga LE 8. Sila lekatkan sendiri setem di borang tersebut.
2) Hantar borang tersebut di tingkap 3. Nota: Waktu ini, kesabaran anda akan banyak teruji.
3) Pegawai akan memberikan nombor di pasport anda dan memberitahu bila anda boleh cop visa. Anda boleh membawa pulang pasport dan simpan sendiri. Jika pihak universiti yang uruskan, mereka akan simpan pasport anda.
4) Rujuk kaunter 1 untuk mengetahui status visa. Jika nombor anda sudah naik, anda boleh terus ke kaunter 5. Jika nombor belum naik, sila datang lagi.. selepas 1 bulan! (Walaupun pegawai kata selepas seminggu)
Kisah benar: Mengikut pengalaman saya, selepas 2 bulan pun nombor tidak naik-naik lagi. Hew hew.
5) Serahkan pasport di kaunter 5 untuk dicop. Sebelum itu, pegawai di kaunter 5 akan mengarahkan anda untuk membayar visa di kaunter 4. Bayaran paling terbaru setakat post ini ditulis ialah LE 80 - LE 90. Pegawai di kaunter 4 akan menyerahkan beberapa setem.
6) Serahkan setem kepada kaunter 5 dan tunggu selama 1 jam.
7) Ucapkan Alhamdulillah dan menangis :')
Sangaaaaaaaaaaat mudah urusannya :3
Nota: Step ini khusus untuk pelajar-pelajar di Iskandariah.
Wallahu A'lam
Nusaibah Sallehuddin
1 Zulhijjah 1436
Iskandariah, Mesir
Sunday, 25 January 2015
Travelog Turki: Istanbul. Tip dan Trik Bajet.
Assalamualaikum WBT :)
Cepat sangat masa berlalu, tak sangka sudah lama tak kemaskini Sulha. :3 Untuk pengetahuan pembaca semua (kalau ada), Sulha ialah nama sepupu saya. Sewaktu blog ini mula ditubuhkan, si dia kecil lagi. Sekarang dah besar panjang! Ya, sangat panjannngggg.
Seperti yang umum tahu, kata orang, kalau ada tahi lalat di kaki maksudnya kuat berjalan. Ehem. Walau sudah beranak seorang, walau sedang berpantang, walau mengembara sendirian, saya tidak boleh duduk diam! Kena bebel berganda-ganda. :P
Tahun lepas merupakan rekod mengembara hampir 10 kali menaiki kapal terbang, hanya bersama Qays Umar Tee. Papanya sibuk. Bondanya resah duduk sahaja. ^___^
Seawal umur 1 bulan lebih, Qays Umar sudah menaiki kapal terbang. Kalau dulu-dulu, setiap kali mahu take off dan landing, saya akan kepit telinga Qays Umar untuk mengelakkan dia sakit dengan perubahan tekanan (Ummi saya ajar), namun sekarang tak perlu lagi. Take off atau landing, dia gelak aje! Haha.
Eh, mana cerita Turkinya?!
Ehem. Saya cerita yang paling asas dahulu. Bismillahirrahmanirrahim.
1) Tiket kapal terbang.
Saya ke Turki dari seberang laut Mediterranean sahaja, iaitu Alexandria. Harga tiket ialah RM 1100. ^^ Kalau dari Malaysia, biasanya harga permulaan RM 2500. Selalu alert dengan promotion 3 hari yang dibuat oleh Qatar Airways atau Etihad Airways. Kadang-kadang harga boleh jatuh sehingga RM 1900! Subscribe e-mail mereka untuk dapatkan notifikasi promotion.
2) Tempat tinggal.
Kalau korang sudah sedia maklum, adik ipar saya warganegara Turki. Hotel? Hostel? Tak perlu! Kekeke. Alhamdulillah. Tetapi, untuk pengetahuan umum, harga hostel yang paling murah bermula dengan RM 20 semalaman. Housemate saya yang bertiga tu pernah stay di hostel ini. Minta maaf, saya tak ingat nama! :D
Adik saya Izzah Khadijah bersama suaminya, Hasan Kuruz.
3) Kenderaan.
Di Turki ada sistem tram, bas dan metro yang sangat efektif. Juga ada feri. Tambang RM 2.00 macam naik bas jo. Semua ini ada lane sendiri termasuk bas. ^^ Kagum kan, Subhanallah. Sistem bayar tol pun maju! Bila kita drive kawasan tol, dia dah auto-deduct menggunakan sensor di kereta. Kalau teringat Malaysia punya, eh malu dan segan pula. Susah-susah kena keluarkan kad Touch N Go. Smart Tag pun kena perlahankan sekejap kenderaan. :P
Kadar bayaran, saya tidak pasti. Iyalah, kami memandu sendiri :) Alhamdulillah.
4) Makanan.
Jangan risau. Banyak yang halal, dan harga standard Malaysia. Yang paling best, ayam bakarnya terlampau murah! Untuk permulaan, Makanan Turki ini tidak pedas dan selalu kering, tidak berkuah macam kita. Kebanyakan tempat seperti gerai menjual berasaskan roti sahaja seperti kebab, syawirmah dan lain-lain. Untuk nasi, kita perlu ke restoran. Orang Turki tak makan nasi. Hew hew.
Sarapan disediakan oleh keluarga Hasan Kuruz pada hari pertama kami tiba di Istanbul. Kebanyakan makanan mereka suka dikocak bersama telur. Di dalam gambar; roti panjang, roti bijan, daging goreng telur, cheese bermacam-macam jenis, sosej, salad timun dan tomato serta kek. Alhamdulillah, kenyanggg. :)
Bagi saya, jika kita ke sesuatu negara tersebut, makanlah makanan mereka, supaya kita mengenali budaya mereka (antara salah satu tujuan berjalan). Toksah kalut cari tempoyak, budu, sambal dan nasi. Cili sebatang pun nan hado!
Tapi, coklat mereka lebih sedap dari kita. ^^ Sesuai dijadikan souvenir untuk mereka di Malaysia.
Yang asas, sudah diceritakan. InsyaAllah, entri selepas ini tentang perjalanan kami.
Qays Umar berkoya bersama Papanya.
Saya rumuskan tip bajet;
1) Beli tiket kapal terbang sewaktu promosi. Subscribe newsletter.
2) Hostel murah boleh dibook di booking.com
3) Ayam bakar SEEKOR sangat murah! Boleh makan 5 kali jika perut saiz sederhana.
4) Gunakan pas perjalanan sehari untuk mengurangkan bajet kenderaan.
5) Jika korang pelajar, manfaatkan kad pelajar dan buat ISIC! InsyaAllah banyakkk kemudahan di negara orang.
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin.
6 Rabiul Thani 1436 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.
Friday, 2 January 2015
Travelog Iskandariah: Magic Planet.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, menyepi bukan bermakna sakit. Tetapi.. tetapi..
Bukan kartun saya, tetapi diambil dari page Projek Iqra.
Arggh, kau punya banyak alasan! Tiada alasan yang saya nak beri, melainkan sikap saya sendiri iaitu malas. Astaghfirullah, jangan ditiru perangai ini.
Kasihan pelajar perubatan Iskandariah, cuti sekali sahaja seminggu, iaitu hari Jumaat. Jadi, mestilah hari ini dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan kan? Ya, dalam jadual saya, hari Jumaat ialah hari riadhah satu keluarga. Destinasi kami kali ini?
Magic Planet!
Tak teringat pula mahu ambil gambar pintu depan. Hehe. Lokasi Magic Planet ini tidak jauh pun, Carrefour je.
Saya suka konsep Magic Planet yang telah diperbaharui ini. Takdelah serabut sangat macam dulu, dan lebih bersih! Alhamdulillah. Untuk main game dalam Magic Planet ni, dah tak guna sistem token macam dulu tapi guna sistem debit kad. Reload duit pada kad tersebut dan swipe setiap kali mahu bermain game. Minima reload ialah LE 55. Pada machine game tersebut, sudah ditulis harganya.
Hmm.. Macam mana rupa benda swipe tu?
Perhatikan sikittt yang warna-warni itu, di situlah kad kita diswaip (bahasa Melayu?). Berhati-hati, jangan sampai swipe dua kali, kerana duit akan ditolak macam biasa T_T Selepas swipe sekali, terus tekan start. Jangan nak buat-buat pening kepala. Haha.
Game racing ini berharga LE 7 sekali main.
Jangan risau, Qays Umar tidak memandu berseorangan.
Papa pun ada! Sesiapa yang kenal Qays Umar, mesti tahu betapa fanatiknya dia terhadap stereng kereta. Jenuh Bonda pusing Kuala Lumpur mencari stereng untuk anakanda, masih belum berjumpa. Sementara itu, kita guna stereng original.
Setiap kali Atok dan Jiddah keluar kereta, terus dia hijack. Jangan risau, pemanduan dikawal dengan teliti. :) Teringat hobi anakanda ini, terus saya usulkan kepada Papa Qays untuk assist Qays Umar memandu dengan lebih real. Kereta sport saya pilih.
Namun, Qays Umar nampak agak kurang berminat. Mungkin pemanduan ini sedikit ngeri.
Nah, ambil yang ini!
Alhamdulillah, walaupun duit kami keluar sedikit sebanyak, namun melihat wajah ceria anakanda, berbaloi-baloi. ^^ Hmm.. Rasa bersalah sangat kepada Qays Umar sebab kena teman kami stadi, tak banyak masa untuk dia bermain-main di luar macam kanak-kanak lain. Berita gembira! Tahun ini tahun akhir. :)
Tiada yang rugi berbelanja untuk keluarga, moga Allah SWT ganti dengan yang lebih baik.
Wallahu A'lam
Nusaibah Sallehuddin
8 Rabiul Awwal 1436 H
Istana Darul Hana, Iskandariah.
Thursday, 21 August 2014
Mempunyai Anak Sewaktu Belajar?
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, hari ini genap umur anak bujang saya 1 tahun 2 hari. Ya, sangat cepat! Fast and furious! Sudah ada gigi 7 batang yang besar dan comel :D Tak perasan pun hari-hari dah burlily. Teringat kata-kata seorang ibu dalam iklan Pampers Japan.
"I didn't sleep properly for a year."
Cehhhh. Lebih kurang beginilah ayatnya. ^^ Ya, betul. Menjadi ibu ialah mengorbankan masa tidur. Yang bujang mungkin kurang faham perasaannya, tapi yang sudah jadi ibu, jomlah kita buat halaqah bersama sambil berkongsi cerita dan perasaan. Mesti ramai ibu-ibu muda menggunakan modal kata-kata ini, atau sengaja tag suami kita pada video tersebut untuk lebih menghargai kita yang kepenatan. Mana tahu dapat penghargaan berupa tiket penerbangan. Kekeke.
"Jadi, boleh terangkan sedikit tentang mempunyai anak sewaktu belajar?" Tanya seseorang kepada saya. Antara kriteria yang paling penting;
1) Disiplin.
Mempunyai anak bermaksud masa belajar kita hampir celaru biru. Yelah, letih kan. Hehe. Bila letih maka berehat lebih masa. Ops, tak boleh. :D Menjaga anak dan belajar harus dijalankan sekali. Dan pastikan waktu blear itu efektif. Jika saya, kami bahagikan masa selang seli 1 jam untuk menjaga Qays Umar. Alhamdulillah, kami hanya jaga waktu petang, kerana tugas kami dimudahkan dengan hadirnya nurseri yang lebih berkualiti dari nurseri di Malaysia pada pandangan saya.
2) Disiplin.
Kita tidak mahu dikenali sebagai ibu yang berminda lembap. No no no. Kita harus berdiri setanding orang bujang, malah mengalahkan orang bujang. Hehe. Memang agak susah di alam realiti, kerana keletihan kita berganda. Buktinya, berat saya turun 18 kg. (Proud mommy). Memang letih dari workout semalaman! Sekarang ini, Qays Umar suka sangat masuk dapur jenguk saya memasak. Hew hew. Pastikan makanan kita diambil sebetulnya untuk mengelakkan keletihan. Kita para ibu perlu banyak tenaga. Jangan mengikuti resmi saya yang makan sehari sekali kerana tak berjumpa sambal petai di Mesir. Bahasa lainnya, mogok makan. :P
3) Disiplin.
Takde cara lain. Memang kena disiplin.
Kalau kita jenis yang tak berdisiplin, sila fikir 1563 kali untuk mempunyai anak. Antara tugas utama ialah belajar dan buat yang terbaik! Jika dengan kehadiran anak menyebabkan kita tidak buat yang terbaik.. It's a shame for mommies :(
Ramai tokoh di Malaysia yang graduated with a child sebenarnya. :D Subhanallah, mereka mempunyai keazaman yang tinggi. Apa yang saya perasan dengan pemuda-pemudi zaman la, mereka masih hidup dalam keremajaan yang mengulit. Gituw. Padahal sewaktu zaman Al Fateh, umur 20 tahun mampu membina sejarah! Zaman sekarang, 16 tahun masih lagi kebudak-budakan. Gedick bak kata saya.
Sesiapa yang ada persoalan lebih tentang mempunyai anak sewaktu belajar, boleh message FB saya, Nusaibah Sallehuddin. I'm glad to share my experiences! Ada banyak lagi perkara yang saya tak cerita seperti kos, kos dan kos. Lagi elok jika kita prepare, kan?
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin.
Akhir Syawal 1435 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.
Friday, 9 May 2014
Bonda Jalani PRK.
Assalamualaikum WBT :)
Lemme photobomb post Bonda dulu!
Disebabkan pengaruh rakan sebaya =.=, pada Rabu lepas, saya telah menjalani pembedahan alternatif kepada LASIK, iaitu Photo Refractive Keratectomy (PRK). Melihat kecemerlangan rakan-rakan yang boleh membuka mata dengan riang ria sehari selepas membuat LASIK, okay PRK pun bolehlah.
NAMUN..
Ia tak seindah yang diimpikan.
Ketebalan cornea yang tak sekata menyebabkan saya bukanlah calon yang sesuai untuk LASIK. Jika ia terlalu nipis, lapisan cornea mudah prolapse. Jika terlalu tebal, kesan jangka masa panjang keratoconus akan berlaku. Tanpa berfikir panjang dan meminta nasihat rakan-rakan, saya setuju dengan pembedahan tersebut. Tsk tsk.
Ubat bius diberikan secara ubat titik mata. Bukannya jarum besi panjang macam bila jumpa doktor gigi. Haha. Kalau macam tu, awal-awal lagi saya dah cancel. Ohhhh, kepeningan tidak terhingga! Bau laser merah yang hangit bercampur baur dengan penglihatan yang tiba-tiba menjadi kabur dan putih semua. Ya Allah, selamatkanlah kami. Itulah yang diulangi dalam hati, moga Allah S.W.T. mengurangkan kesakitan. Yang sebenarnya, takdelah sakit sangat waktu proses pembedahan. Cuma takut. :)
***
Beberapa peristiwa yang menyebabkan saya hampir kehilangan mata..
1) Sakit tak terperi.
3 minit selepas pembedahan, dia datang! BZZINGG! Kesakitan tidak terhingga, mata tidak boleh dibuka. Penerangan Dr tentang ubat memang tak dapat dengar, sakit yang amat. Rasa mencucuk-cucuk pada mata. T_T Hari pertama hanya mampu tidur, hari kedua pun begitu. Stress akibat mata yang tidak boleh dibuka. Stress akibat buku yang tidak boleh dibaca. Stress akibat anak yang tidak boleh digomol. Pengambilan Benox (anaesthetic) secara berlebihan akan melambatkan proses penyembuhan.
2) Protes mengada yang tak perlu.
Sakit yang amat sangat menyebabkan saya protes untuk makan ubat. =.= Penyakit apakah ini? Jangan ditiru ya. Astaghfirullah. Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang berusaha. Akibatnya, mata kanan saya dijangkiti kuman. Yang merupakan AMAT bahaya. Alhamdulillah, saya menjalani pembedahan PRK yang tiada hirisan dibuat pada cornea. Jadi kuman statik di situ. Jika saya membuat pembedahan LASIK, dan kuman tersebut bersiar-siar dengan riang ria, kemungkinan saya akan hilang mata kanan saya. Pengajaran! Kata orang, dah kena baru tahu. :'(
3) Mula berubah.
Setelah dibebel dengan Dr. Emad yang sangat kecewa dengan perangai saya, saya mula mengambil ubat dan taraaaaaa, mata sihat dengan sangat cepat! Me so happy! Terus order Coffee Roastery untuk menggantikan masa seminggu yang makan tak teratur. Sebenarnya, kalau makan ubat, mata akan sihat dalam masa 3 hari je. Tapi kedegilan saya menyebabkan ia bercambah hingga seminggu lebih. Alhamdulillah :') Sangat sangat sangat bersyukur.
Allah SWT beri pengajaran dengan cara yang indah dan mendebarkan. :')
P/S: Dr Emad sangat bagus, Subhanallah. DIa hafal nama beribu-ribu patient dia. Dia angkat walaupun kita call pagi-pagi buta. Dia call balik kalau dia tak sempat angkat. Dia call suruh makan ubat. Dia amat menjaga patientnya. Didoakan Dr Emad akan dikurniakan oleh Allah SWT cahaya iman dan Islam. Amin.
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin
10 Rejab 1435 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.
Sunday, 12 January 2014
Qays Umar dan Zoo.
Assalamualaikum W.B.T.
Hari ini Maulid Nabi Muhammad S.A.W.! Sedang membaca berita terbaru di FB hari ini (ubat supaya tidak mengantuk selepas Subuh. Huehue. ^^), terlintas pada status terbaru Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
"Wajib bagi seorang Muslim bergembira dengan maulid ataupun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W." (Sentiasa berselawat apabila menyebut atau mendengar namanya disebut).
Teringat kisah Abu Lahab yang amat bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W., sehingga Abu Lahab dimuliakan untuk sebab yang itu. Sungguh tinggi dan mulia amalan ini.
* * *
Alhamdulillah, Bonda ada hari Jumaat sahaja untuk aktiviti outdoor kekeluargaan. :) Jadi.. Tolong fikir 659 kali untuk mengambil bidang perubatan. Huhu. Sangat mengharu birukan bagi saya yang tak berapa nak minat ni. Haha. Jadi, pada hari Jumaat mulia yang lepas, kami pergi..
ZOO!
Memang cinta saya terhadap aktiviti melihat ciptaan Allah S.W.T. sangat tinggi. Rasa sangat menarik sekali melihat binatang yang pelbagai rupa dan warna. Selepas menyiapkan sarapan ala piknik, kami bertolak menaiki sebuah teksi kuning ke Zoo Semouha. Dari Camp Shizar, harganya LE 7.
Dengan sangat konfidennya, saya berkata pada Qarafi,"bayaran masuk Le 2 sahaja. Murah kan!" Huh, zikir berulang kali. Rupa-rupanya LE 20! Siapa yang sebarkan berita palsu ini.. Hmph. Tapi takpe, kesedihan hilang tatkala melihat seekor unta yang sangaaaaaaaaaaaat besar.
Dalam gambar nampak kecil, tetapi sebenarnya unta ini besar sangat. :) Dia makan lobak merah.
Kemudian, burung unta! Antara haiwan darat yang berlari laju. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba terdengar bunyi mengaum.
Terjumpa Sarabi! Mufasa sangat kurus. Kasihan :( Salah satu kemunduran Mesir disebabkan oleh atitude meraka sendiri. Benda sebasic kencing tepi jalan masih tidak mampu atasi =.= Saya pernah suarakan hal ini kepada doktor saya.
Encik Hippo sedang bermalas-malasan, dan Qays Umar sudah lelap! Bonda dan Papa terasa dating kejap sambil menyuapkan roti telur. :3
Muka bear dan Papa hampir sama! Huehue. Hampir setiap binatang, kita diberi peluang untuk memberi makan kepada mereka. Namun, of course berbayar. Saya tak pasti dalam berapa junaih. Kat Mesir ni, nak plastik extra pun kena bayar. Heh.
"Qays, ini flamingo."
Dan inilah aktiviti anakanda Qays Umar rupanya. Papa dan Bonda yang terlebih exited. Hehe. Biasalah. Sebelum azan solat Jumaat berkumandang, kami bergegas pulang. Sedikit sedih sebab tak sempat tengok semua binatang. :( *Tidak semua binatang yang ada di Zoo Semouha disebut di sini. Banyak lagi binatang lain yang menarik. Antaranya, musuh Mufasa atau kawan Scar, Ed dan rakan-rakan. Serta, Encik Rafiki, kawan baik Mufasa.
Sentiasa cipta masa bersama keluarga walau sesibuk mana pun. Alhamdulillah atas peluang ini. Minggu depan, aktiviti lain pula. InsyaAllah :)
Wallahu A'lam.
Nusaibah Sallehuddin.
12 Rabi'ul Awwal 1435 H.
Istana Darul Hana, Iskandariah.
Subscribe to:
Posts (Atom)